Friday, September 28, 2012

Ucapan Bajet Tahun 2013


Teks penuh boleh dilayari di laman web Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian seperti berikut:




Namun begitu, teks ucapan boleh juga diperolehi di sini seperti di bawah:


UCAPAN BAJET / BELANJAWAN TAHUN 2013




















Thursday, September 27, 2012

PANTUN MAJLIS

Bagi pengacara majlis yang ingin mendapatkan pantun bolehlah merujuk kat bawah neh: 
Tabik kat pemilik asal blog neh kat sini ..

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa. 

Wednesday, September 26, 2012

Sunday, September 16, 2012

APLIKASI PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013 DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Murid dan ibu bapa / penjaga boleh membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2013 dan Sekolah Kawalan ((SMKA, SABK, KAA, KRK, Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan)) melalui laman web yang disediakan.

Laman web yang berkenaan boleh diakses di :





Manual permohonan boleh dibaca di bawah neh:

MANUALPERMOHONAN-IBUBAPA

Selain itu, baca juga makluman di bawah neh sebagai panduan :

Senarai SBP


SENARAI ALIRAN T1 Mengikut Sekolah


Mata Pelajaran t1


SUKAN SBP





GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI PENGELAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Untuk panduan semua:

Buku Garis Panduan (Pegawai Pengelas 2012)

Tuesday, September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Laporan Awal) ~ September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan pada 11 September 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang bersamaan dengan hari pertama UPSR tahun 2012. Berikut adalah maklumat berkaitan PPPM tersebut yang boleh diperolehi secara percuma di pautan di bawah. Dokumen tersebut juga boleh diperolehi diblog ini seperti berikut:


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English


 Preliminary Blueprint Executive Summary Bahasa Melayu

 

 

Preliminary Blueprint Bahasa Melayu

 

 

Preliminary Blueprint Executive Summary English

 

 

Preliminary Blueprint English

 

Lihat juga Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang telah dilancarkan pada tahun 2013 (versi baru) di sini - klik sini. 

 

Saturday, September 8, 2012

Koleksi Peperiksaan Akhir Tahun

Sila klik pada halaman yang dikehendaki:

Dinasihatkan untuk menyemak kembali soalan yang ada kerana berkemungkinan berlaku kesilapan yang tidak disengajakan.

Bermula tahun 2014, admin akan cuba memasukkan semua mata pelajaran dan tidak hanya mata pelajaran matematik sahaja.


TAHUN 2015

Final Exam 2015 - Tahun 5 (KSSR) dengan format baru UPSR 2016

Final Exam 2015 - Tahun 4 (KSSR) dengan format baru UPSR 2016

Final Exam 2015 - Tahun 3 (KSSR) (subjek teras sahaja)

Final Exam 2015 - Tahun 2 (KSSR) (subjek tertentu sahaja)

Final Exam 2015 - Tahun 1 (KSSR) (subjek tertentu sahaja)



TAHUN 2014

Final Exam 2014 - Tahun 5 (KBSR)

Final Exam 2014 - Tahun 4 (KSSR)




TAHUN 2013 (KBSR)

Final Exam 2013 : Year 5 (Mathematics) Paper 2

Final Exam 2013 : Year 5 (Mathematics) Paper 1

Final Exam 2013 : Year 4 (Mathematics) Paper 2

Final Exam 2013 : Year 4 (Mathematics) Paper 1


TAHUN 2012 (KBSR)

Final Exam 2012 : Year 5 (Mathematics) Paper 2

Final Exam 2012 : Year 5 (Mathematics) Paper 1

Final Exam 2012 : Year 4 (Mathematics) Paper 2

Final Exam 2012 : Year 4 (Mathematics) Paper 1

Final Exam 2012 : Year 3


TAHUN 2011 (KBSR)

Final Exam 2011 : Year 5 (Mathematics) Paper 2

Final Exam 2011 : Year 5 (Mathematics) Paper 1


TAHUN 2010 (KBSR)

Final Exam 2010 : Year 4 (Mathematics) Paper 1

Final Exam 2010 : Year 4 (Mathematics) Paper 2

Final Exam 2010 : Year 5 (Mathematics) Paper 1

Final Exam 2010 : Year 5 (Mathematics) Paper 2


Friday, September 7, 2012

Senarai Halaman Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2012

Sila klik pada kategori "KOLEKSI SOALAN" disebelah kanan blog ini untuk melihat lebih banyak koleksi soalan dari negeri lain.

Blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bergantung kepada sumber soalan yang diterima. 


Sila klik pada negeri-negeri yang dikehendaki:


Negeri Johor - semua subjek ada

Negeri Melaka - semua subjek ada

Negeri Sembilan - semua subjek ada

Negeri Selangor - subjek sains dan matematik sahaja

Negeri Perak - semua subjek ada

Negeri Kedah - semua subjek ada

Negeri Pahang - semua subjek ada

Negeri Terengganu - semua subjek ada
(soalan pra percubaan / OTI 3)

Negeri Terengganu - semua subjek ada
(soalan percubaan UPSR)

Negeri Terengganu - semua subjek kecuali BM Pemahaman & BI Paper 1
(soalan tambah nilai)

Negeri Sarawak
  
Negeri Perlis - subjek BM dan matematik sahaja

Negeri Kelantan - subjek matematik dan Bahasa Inggeris sahaja

Negeri Pulau Pinang - semua subjek ada

Wilayah Persekutuan- semua subjek ada



Negeri / kawasan yang masih belum ada maklumat diterima:



Negeri Sabah





Sila beritahu admin jika ada link di atas yang salah dengan meninggalkan komen di ruang bawah page neh. TQ.

Semua perkongsian / share blog ini sangat dialukan dan anda boleh berbuat demikian tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu.



Koleksi Soalan Tambah Nilai UPSR 2012 - Terangganu

Sila klik pada kategori "KOLEKSI SOALAN" disebelah kanan blog ini untuk melihat lebih banyak koleksi soalan dari negeri lain.

SENARAI KANDUNGAN - KLIK SINI



Kecuali kertas soalan BM Pemahaman dan Bahasa Inggeris Kertas 1 masih belum diterima.

Skema tidak disertakan.



BM Penulisan - Tambah Nilai - Terengganu 2012


BI Paper 2 - Tambah Nilai - Terengganu 2012


Matematik K1 - Tambah Nilai - Terengganu 2012


Matematik K2 - Tambah Nilai - Terengganu 2012


Sains - Tambah Nilai - Terengganu 2012



Monday, September 3, 2012

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2013

Admin dapat info neh dari sumber seperti yang dinyatakan diakhir blog neh. Sila baca sebagai panduan.


Muat Turun SURAT SIARAN di sini.

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah
Menengah dan Rendah Negeri Perak

Tuan/Puan,

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2013

Sukacita saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(PP)SULIT 0063/1/1 JILID 15 (12) bertarikh 14 Ogos 2012 berhubung dengan  perkara di atas.

 2.       Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak dalam proses menguruskan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma  Tahun 2013. Pegawai yang layak adalah seperti di LAMPIRAN A.(sila klik untuk lihat dan muat turun)

 3.       Sehubungan itu,  pihak  tuan/puan dikehendaki memperakukan semua pegawai di bawah penyeliaan tuan/puan dengan melengkapkan borang di LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9.
Sila klik untuk lihat dan muat turun:



 4.       Oleh kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan sistem epangkat sepenuhnya, maka pihak tuan/puan dikehendaki memastikan semua maklumat pegawai-pegawai yang layak dinaikkan pangkat Tahun 2013 dikemaskinikan. Maklumat-maklumat yang perlu dikemaskinikan dalam sistem epangkat adalah seperti berikut:

4.1Maklumat akademik;
4.2Maklumat Pengisytiharan harta  (Surat kelulusan pengisytiharan harta tahun 2009 ke atas);
4.3Maklumat pengalaman bekerja (5 tahun terakhir);
4.4Maklumat Perkhidmatan;
4.5Maklumat tempoh percubaan berdenda dan tatatertib (jika ada);
4.6Maklumat cuti; dan
4.7Maklumat markah prestasi (Tahun 2009, 2010 dan 2011).

5.       Selepas semua maklumat dikemaskini pihak tuan/puan selaku Ketua Jabatan hendaklah membuat pengesahan (‘Klik’ butang hantar pengesahan).  
  
6.       Bagi memudahkan jabatan ini membuat semakan dan memperakukan pegawai yang layak dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan Tahun 2013 tuan/puan dikehendaki mengemukakan ke jabatan ini (u.p Unit Naik Pangkat) sebelum atau pada 14 September 2012  dokumen-dokumen seperti berikut:

6.1Borang LAMPIRAN B1 hingga B9 (Mengikut mana berkenaan)
6.2Salinan diakui sah Kad Pengenalan di atas kertas A4;
6.3Salinan diakui sah surat pelantikan tetap Gred DGA29/DG41
6.4Salinan diakui sah surat pengesahan dalam perkhidmatan Gred DGA29/DG41
6.5Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DGA32/DGA34 (jika berkaitan)
6.6Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG44 (jika berkaitan)
6.7Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG48 (jika berkaitan)
6.8Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG52 (jika berkaitan)
6.9Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta tahun 2009 ke atas.
6.10Kenyataan Ketua Jabatan (klik untuk lihat dan muat turun)

  1. Markah LNPT – Tahun 2009, 2010 dan 2011 (Pegawai yang sedang cuti belajar, cuti tanpa gaji, cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun 2009, 2010 dan 2011 hendaklah mengemukakan markah LNPT bagi tahun  sebelumnya.

  1. Salinan surat laporan tatatertib/keputusan tatatertib/surat pertuduhan/kes mahkamah jenayah/perintah kebankrapan sekiranya pegawai yang pernah/sedang dalam tindakan tersebut.
6.11Salinan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.

7.       Sebarang masalah jika ada, sila hubungi Unit Naik Pangkat di talian 5015059, 5015060, 5015061, 5015306 dan 5015064 untuk penjelasan selanjutnya.

Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



sumber: http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=1354 pada 03 September 2012 jam 03:00 p.m (sumber sah pada masa dan tarikh yang dinyatakan jika tiada perubahan)