Admin dapat info neh dari sumber seperti yang dinyatakan diakhir blog neh. Sila baca sebagai panduan.
Muat Turun SURAT SIARAN di sini.
Muat Turun SURAT SIARAN di sini.
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah
Menengah dan Rendah Negeri Perak
Tuan/Puan,
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2013
Sukacita
saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia
KP(PP)SULIT 0063/1/1 JILID 15 (12) bertarikh 14 Ogos 2012 berhubung
dengan perkara di atas.
2.
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak dalam proses menguruskan
urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Tahun 2013. Pegawai
yang layak adalah seperti di LAMPIRAN A.(sila klik untuk lihat dan muat turun)
3.
Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki memperakukan semua
pegawai di bawah penyeliaan tuan/puan dengan melengkapkan borang di LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9.
Sila klik untuk lihat dan muat turun:
4. Oleh kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan sistem epangkat sepenuhnya, maka pihak tuan/puan dikehendaki memastikan semua maklumat pegawai-pegawai yang layak dinaikkan pangkat Tahun 2013 dikemaskinikan. Maklumat-maklumat yang perlu dikemaskinikan dalam sistem epangkat adalah seperti berikut:
| 4.1 | Maklumat akademik; |
| 4.2 | Maklumat Pengisytiharan harta (Surat kelulusan pengisytiharan harta tahun 2009 ke atas); |
| 4.3 | Maklumat pengalaman bekerja (5 tahun terakhir); |
| 4.4 | Maklumat Perkhidmatan; |
| 4.5 | Maklumat tempoh percubaan berdenda dan tatatertib (jika ada); |
| 4.6 | Maklumat cuti; dan |
| 4.7 | Maklumat markah prestasi (Tahun 2009, 2010 dan 2011). |
5. Selepas semua maklumat dikemaskini pihak tuan/puan selaku Ketua Jabatan hendaklah membuat pengesahan (‘Klik’ butang hantar pengesahan).
6.
Bagi memudahkan jabatan ini membuat semakan dan memperakukan pegawai
yang layak dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan
kecemerlangan Tahun 2013 tuan/puan dikehendaki mengemukakan ke jabatan
ini (u.p Unit Naik Pangkat) sebelum atau pada 14 September 2012 dokumen-dokumen seperti berikut:
| 6.1 | Borang LAMPIRAN B1 hingga B9 (Mengikut mana berkenaan) |
| 6.2 | Salinan diakui sah Kad Pengenalan di atas kertas A4; |
| 6.3 | Salinan diakui sah surat pelantikan tetap Gred DGA29/DG41 |
| 6.4 | Salinan diakui sah surat pengesahan dalam perkhidmatan Gred DGA29/DG41 |
| 6.5 | Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DGA32/DGA34 (jika berkaitan) |
| 6.6 | Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG44 (jika berkaitan) |
| 6.7 | Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG48 (jika berkaitan) |
| 6.8 | Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG52 (jika berkaitan) |
| 6.9 | Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta tahun 2009 ke atas. |
| 6.10 | Kenyataan Ketua Jabatan (klik untuk lihat dan muat turun)
|
| 6.11 | Salinan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini. |
7.
Sebarang masalah jika ada, sila hubungi Unit Naik Pangkat di talian
5015059, 5015060, 5015061, 5015306 dan 5015064 untuk penjelasan
selanjutnya.
Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
sumber: http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=1354 pada 03 September 2012 jam 03:00 p.m (sumber sah pada masa dan tarikh yang dinyatakan jika tiada perubahan)
sumber: http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=1354 pada 03 September 2012 jam 03:00 p.m (sumber sah pada masa dan tarikh yang dinyatakan jika tiada perubahan)
No comments:
Post a Comment