Monday, November 26, 2012

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI KALI KEDUA TAHUN 2012

Sebagaimana yang kita ketahui, kakitangan awam akan menerima 'bonus' pada bulan Disember 2012 dan bulan januari 2013. Berikut adalah pekeliling yang dikeluarkan berkaitan bayaran bonus itu nanti:


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2012

Tuesday, November 20, 2012

Malaysia Negara ke 8 Paling Bahagia !


Kalau ikut kedudukan, Malaysia menjadi negara ke 8 negara paling bahagia di dunia. Neh berdasarkan laporan berita neh lar:



Jadi, admin pun cari la laporan penuh tentang perkara neh. Yang ada cuma laporan edisi pertama mereka seperti di bawah neh. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laporan ini, sila baca link neh:

First World Happiness Report Launched at the United Nations - The Earth Institute - Columbia University


Laporan penuh tentang perkara neh boleh dibaca di sini:


World Happiness Report









Monday, November 19, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2013

Keputusan UPSR 2012 telah diumumkan pada pagi tadi iaitu pada 19 November 2012. Segala debaran telah terungkai. Bagi murid yang cemerlang, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pelbagai sekolah tetap terbuka. Antaranya ialah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).



Permohonan ke MRSM untuk tingkatan 1 tahun 2013 boleh dibuat di laman web MARA iaitu di sini (klik di sini). Namun, pengalaman admin melayari laman web tersebut menunjukkan kesesakan hingga tidak boleh dibuka langsung seperti paparan di bawah:





OH ! apalah nasib sistem-sistem online di Malaysia neh.. asyik tak dapat tampung bilangan pengguna yang ramai jerk. Kena ingat lar pengguna internet neh ramai.. bukan 20-50 orang jer.


Semakan pada 20 November 2012 pada jam 08:55 p.m pula mendapati sistem telah dibaiki tetapi admin tak dapat nak log in ke sistem tersebut kerana tak ada pin number. Iklan kemasukan ke MRSM yang boleh di muat turun pula masih lagi tidak boleh dimuat turun.








Monday, November 5, 2012

TAKWIM PENGELOLAAN SUKAN DAN PERMAINAN MSSM DAN MSSJ 2013

Untuk kegunaan pentadbir dan guru-guru di negeri Johor merancang aktiviti pada tahun 2013, disertakan ialah Takwim Sukan dan Permainan Tahun 2013. Berikut adalah surat siaran di laman web JPN Johor:

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pembinaan Takwim Sukan dan Permainan Tahun 2013 telah diadakan antara Urusetia MSSJ bersama Jawatankuasa Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) MSSJ dan Penyelia Kanan Sukan/Penyelia Sukan Daerah-Daerah pada 01 – 02 November 2012 di Kukup, Pontian.

2.        Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Takwim Sukan dan Permainan di Peringkat MSSM dan MSSJ bagi Tahun 2013 sebagai panduan kepada sekolah-sekolah untuk merancang takwim sukan dan permainan bagi 24 jenis permainan di sekolah masing-masing bagi tahun 2013.

3.        Untuk makluman, Takwin Sukan dan permainan di peringkat MSSD dalam negeri Johor boleh dirujuk daripada Penyelia Kanan Sukan/Penyelia Sukan daerah masing-masing.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.






Sunday, November 4, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013 / Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2013.

Berikut adalah maklumat yang telah berlegar di laman web terutama di blog-blog. Surat pekeliling penuh berkaitan perkara neh belum pula admin terima setakat ini.

Ada pembetulan yang mungkin tidak disengajakan oleh pembuat jadual neh iaitu tarikh 23.01.2013 tuh yang jatuh pada hari Rabu dan bukan Khamis seperti yang dinyatakan. Jadi mungkin ada pembetulan sama ada antara hari Rabu atau Khamis yang sebenarnya. Tak perlu risau sebab perbezaannya cuma 1 hari jer. 


KEMASKINI:

Berikut adalah Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 : Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013 yang dikeluarkan secara rasmi:


SPANM Bilangan 4 Tahun 2012

Nampaknya ada perubahan / perbezaan untuk gaji bulan Oktober. Gambar di atas menyatakan tarikh 08 Oktober manakala di dalam pekeliling menyatakan pada 10 Oktober. Berbeza 2 hari sahaja. Jika tiada pada 08 Oktober bermakna gaji dibayar pada 10 Oktober iaitu dalam minggu yang sama.


Sijil Berhenti Sekolah

Dah lama rasanya admin tak buat apa apa entry kat blog neh. Masa hujung-hujung tahun gini, masing-masing sibuk dengan rutin tahunan. Suasana agak sibuk dan banyak perkara hendak diselesaikan. Salah satunya ialah sijil berhenti sekolah. Sijil berhenti neh ada banyak jenis dan format digunakan oleh pelbagai sekolah. Namun maklumat di dalam sijil berhenti tuh lebih kurang sama jer. Disebabkan admin tengok sekolah admin masih menggunakan format lama dengan sijil ditulis tangan, maka admin rasa perlunya format tersebut diubah kepada format baru yang lebih sesuai dengan peredaran zaman. 

Di bawah neh ialah format dalam bentuk MS Word. Jadi, semasa anda muat turun dari scribd tuh, sila muat turun dalam format MS Word supaya anda boleh menaip maklumat tersebut dengan mudah. Selamat mencuba.