Monday, December 31, 2012

Perutusan Tahun Baru 2013

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya kita dapat menarik nafas lagi pada pagi 1 Januari 2013 yang sungguh bahagia ini. Walaupun 1 Januari bukan merupakan hari cuti umum bagi admin dan rakan-rakan, namun suasana tahun baru tetap dirasai dengan semangat yang begitu positif untuk terus berkhidmat pada tahun ini. 

Mengimbas kembali tahun 2012, admin dapat rasakan ianya merupakan suatu tahun kejayaan bagi admin secara peribadi. Beberapa kejayaan telah admin kecapi. Ia bukan kejayaan peribadi secara mutlak tetapi merupakan kejayaan bersama, kejayaan yang disumbangkan oleh berkat doa orang tua, rakan-rakan sekerja, pihak pentadbiran, anak murid, ibu bapa murid, pengunjung blog ini dan sesiapa juga yang secara langsung atau tidak langsung telah mewarnai kehidupan admin.

Antara kejayaan yang sudah tentu begitu istimewa bagi admin ialah telah dilantik dan disahkan di gred jawatan yang lebih baik dan lebih awal berbanding rakan yang sama-sama dipostingkan sebelum ini. Tahun 2012 merupakan tahun permulaan admin bertukar tempat tugas dan merasai suasana tempat bertugas ke dua dalam sejarah kehidupan admin. Pengalaman bertugas ditempat baru memberi suatu pengalaman yang menarik kerana tugas-tugas yang diberikan merupakan tugas yang belum pernah admin pegang ditempat lama. Tahun 2012 juga admin telah dilapangkan waktu dan diberi kesihatan yang sangat baik sehingga admin dapat membuat rekod bersih tanpa CRK dan MC sepanjang tahun ini. Keputusan peperiksaan UPSR sekolah admin juga telah meningkat dan mencipta rekod sebagai keputusan terbaik dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Semua ini merupakan berkat kerjasama kita semua.

Melabuhkan tirai 31 Disember 2012 bermakna admin sudah 8 tahun berkhidmat iaitu sejak Januari 2005. Tahun 2013 memasuki tahun ke sembilan admin berkhidmat. Masih terlalu lama untuk berkhidmat jika dipanjangkan usia dan kesihatan yang baik. 

Tahun 2013 yang mendatang sudah tentu akan menjadi satu platform untuk admin terus berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan bekerja lebih baik dan penuh bersemangat lagi untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Usaha ini bukan usaha secara individu. Ia usaha secara bersama. Bersama dengan rakan, bersama dengan murid, bersama dengan ibu bapa, bersama dengan masyarakat dan juga bersama dengan pengunjung blog admin. Walau hanya sebaris doa dari anda, ia tetap bermakna dan boleh membawa kejayaan. Beberapa sasaran kerja dan sasaran peribadi telah ditetapkan. Admin yakin sasaran itu boleh dicapai. 

Sebagai usaha perkongsian ilmu, admin akan terus memastikan blog ini memberikan manfaat kepada pengunjungnya. Semua bahan akan terus dikongsi secara percuma. Anda semua juga dialu-alukan untuk berkongsi bahan di sini. Ilmu tanpa disebarkan akan hanya reput begitu saja dimakan usia. 

Sebelum menutup tirai, bersama-samalah kita mengaminkan doa ini:

Ya Allah !
Sempena sesi persekolahan 2013, kami para guru memohon kepadaMu, engkau sampaikan hasrat kami ke arah melahirkan anak-anak kami menjadi insan kamil. Jadikan anak-anak murid kami sebagai ladang untuk kami mengutip pahala. Kurniakan kepada kami sikap murabbi seperti Engkau kurniakan kepada kekasih kami Nabi Muhammad .

Ya Allah engkau kurniakan kepada anak-anak murid kami akhlak terpuji,
Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah kefahaman mereka.
Lapangkanlah dada mereka untuk menuntut ilmu dan permudahkan segala urusan mereka sehingga mereka menempa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Perkenankanlah,perkenankanlah !




Akhir kata, selamat tahun baru sekali lagi. Tingkatkan azam untuk kejayaan. 

Yang benar,

Admin.
31 Disember 2012.



Buku Peraturan Sekolah (contoh)

Hasil google.

Format dalam MS Word


Buku-Peraturan Sekolah (Contoh)




Plan J Matematik Tahun 4, 5 dan 6

Plan J yang neh ikut je tahun lepas sebab tak terima lagi versi baru (jika ada). Tarikh ikut dalam RPT tapi kena sesuaikan dengan tajuk. Ruangan bilangan 'standard sekolah' tuh kena ubah suai mengikut ketetapan sekolah sama ada lebih rendah, sama, atau lebih tinggi berbanding standard yang diberi oleh JPN.


PLAN-J Matematik Tahun 4


PLAN-J Matematik Tahun 5


PLAN-J Matematik Tahun 6




Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4, 5 dan 6 Dalam Bahasa Melayu

Sukatan Pelajaran:
Sukatan Pelajaran Matematik KBSR



Tahun 4:
Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4, 2012 (Bahasa Melayu) - untuk SK


Tahun 5:
HSP Matematik Tahun 5 (KBSR) - Bahasa Melayu (Draf)


Tahun 6:
HSP Matematik Tahun 6 (KBSR) - BM





Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Bahan slide pembentangan oleh :



TN. HJ. SUFA’AT BIN TUMIN
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN
SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 

Buku Istiadat KRS (Kadet Remaja Sekolah) dan Panduan Kawad

Buku yang dihasilkan oleh pihak KPM:


Buku Istiadat KRS

 Baca juga buku panduan kawad untuk KRS neh:








Sunday, December 30, 2012

MELAYU JOHOR

MELAYU JOHOR

Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang - Sasterawan Negara

Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat

Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.



Huraian Sukatan pelajaran Sains Tahun 4, 5 dan 6 Dalam Bahasa Melayu

Pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sebelum neh ada mengeluarkan HSP versi Bahasa Melayu tetapi versi tersebut seolah ada kesilapan dimana ianya versi tahun 2003. Kemudian tidak berapa lama pihak BPK telah menyiarkan semula HSP versi Disember 2012 seperti di bawah neh. Diharap HSP kali neh ialah yang betul dan bertepatan dengan buku teks sedia ada.






#HSP sains tahun 4, HSP sains tahun 5, HSP sains tahun 6. 

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun 3

Sila semak halaman blog neh sebab admin akan kemas kini dari masa ke semasa (bergantung kepada sumber).


KSSR telah sampai ke tahun 3 pelaksanaannya pada tahun 2013. Maka sudah tentu ramai guru memerlukan Rancangan Pengajaran tahunan (RPT) untuk pelbagai subjek. Namun bagi admin dirasakan pada tahun neh agak kurang perkongsian RPT berbanding pada tahun lalu. Tinjauan di kssr online juga agak perlahan perkongsian bahan neh.

Di sini admin kongsikan beberapa bahan yang admin dapat dari laman web tersebut (kssr online). Kebanyakkan bahan admin ceduk je dari blog dan sumber lain. 

RPT ini juga ialah untuk Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja.

p/s: maaf yer sila download bahan neh dari scribd di bawah. admin tak dapat nak beri layanan istimewa dengan menghantar email secara peribadi.

RPT untuk matematik yang belum dikemas kini boleh diperolehi di page neh (klik di sini) : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/11/kssr-matematik-tahun-3-2013.html

Terima kasih juga kepada pemilik blog http://mohamadsyahmiharun.blogspot.com/2012/01/rpt-2012.html yang mana saya telah mengambil RPT Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dari situ.

Sila gunakan MS Office 2007.


RPT Matematik tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word) - edit by admin
Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 3 - 2013


RPT Matematik tahun 3 KSSR (fail dalam format ms excell)


RPT Bahasa Melayu tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)


RPT Dunia Seni Visual tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)


RPT Dunia Muzik tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)
Rpt Muzik Thn 3 Shared by Mary


RPT Dunia Sains dan Teknologi tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)
RPT KSSR Sains Tahun 3 SK - Mahmuddin Purag


RPT Pendidikan Islam Tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)
RPT KSSR Pendidikan Islam Tahun 3


RPT Bahasa Arab Tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)
RPT Bahasa Arab Tahun 3 KSSR PPD Gombak


RPT Pendidikan Kesihatan Tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)
RPT Pendidikan Kesihatan Tahun 3 (KSSR) by CIkgu Sahrom


RPT Bahasa Inggeris Tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word) - sumbangan Irma Zuraini (dari fb DGUG)
Rancangan Pengajaran Tahunan BI Tahun 3 KSSR - Yearly Scheme of Work Year Three 2013


RPT Pendidikan Moral Tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)
Rpt Moral Tahun 3 Kssr Ppdpg Shared by Suresh


RPT Pendidikan Jasmani Tahun 3 KSSR (fail dalam format ms word)
Rpt Kssr Pendidikan jasmani Tahun 3 Cikgu_laoshi








Thursday, December 27, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 2013

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) untuk tahun 2013 bagi mata pelajaran matematik adalah seperti di bawah neh. Beberapa nota penting sila baca neh:

1. RPT tahun 4, 5 dan 6 adalah dalam BM. Untuk tahun 6 ada disediakan RPT dalam BI juga. RPT neh mengikut tarikh / takwim tahun 2013. RPT disediakan dalam format ms excell. Jadi sila download dalam format ms excell tersebut (ada pilihan dalam scribd).

2. RPT tahun 4, 5 dan 6 dalam BM adalah mengikut susunan dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang disediakan oleh BPK. HSP neh dalam BM sepenuhnya.

3. RPT neh hanyalah cadangan sahaja. Sila ubah tarikh mengikut takwim sekolah masing-masing. Tarikh yang ada adalah mengikut takwim sekolah admin. 

4. Sila sebarkan tanpa perlu minta izin dari admin. Semua perkongsian bahan amat digalakkan.

5. Admin tak dapat beri layanan istimewa dengan menghantar email peribadi kepada anda untuk mendapatkan RPT neh.

6. Jika ada kesilapan sila maklumkan di bahagian komen di bawah blog neh. 

7. Tak boleh download dari scribd? Anda perlu daftar / register akaun scribd dan upload sesuatu fail ke dalam scribd terlebih dulu untuk membolehkan anda download dari scribd. Admin dah settingkan supaya semua fail di sini adalah percuma dan boleh didownload oleh semua pengguna. 

Sila gunakan MS Office 2007.

Sukatan Pelajaran Matematik KBSR






Tuesday, December 25, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 4 Dalam Bahasa Melayu

Seperti yang diketahui, buku teks matematik tahun 4 pada tahun 2013 ialah dalam Bahasa Melayu. Buku dalam BM ini diberi bermula pada tahun 2012. Buku ini disertakan bersama buku teks bahasa Inggeris yang sedia dibekalkan sebelum ini. Oleh itu sudah tentu guru memerlukan Rancangan Pengajaran tahunan (RPT) dalam Bahasa Melayu juga untuk memudahkan pengajaran.

Sebelum cikgu2 muat turun RPT dalam BM neh, sila ambil perhatian untuk perkara berikut:

1. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dalam BM tahun 4 boleh diperolehi di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atau di blog ini - sila klik di sini.

2. RPT untuk tahun 5 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.

3. RPT untuk tahun 6 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.

4. RPT yang disertakan perlu dimuat turun dalam format MS Excell. RPT neh disesuaikan dengan HSP dalam BM yang dikeluarkan oleh BPK.

5. Admin tak dapat beri layanan istimewa dengan menghantar email peribadi kepada anda untuk mendapatkan RPT neh.

6. RPT neh hanyalah cadangan sahaja. Sila ubah tarikh mengikut takwim sekolah masing-masing. Tarikh yang ada adalah mengikut takwim sekolah admin.

6. Sila sebarkan tanpa perlu minta izin dari admin. Semua perkongsian bahan amat digalakkan.


Rancangan Tahunan Math Tahun 4 - 2013 - Bm


Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 6 Dalam Bahasa Melayu

Seperti yang diketahui, buku teks matematik tahun 6 pada tahun (mulai) 2013 ialah dalam bahasa Melayu. Buku ini disertakan bersama buku teks bahasa Inggeris yang sedia dibekalkan sebelum ini. Oleh itu sudah tentu guru memerlukan Rancangan Pengajaran tahunan (RPT) dalam bahasa Melayu juga untuk memudahkan pengajaran.

Sebelum cikgu2 muat turun RPT dalam BM neh, sila ambil perhatian untuk perkara berikut:

1. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dalam BM tahun 6 boleh diperolehi di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atau di blog ini - sila klik di sini.

2. RPT untuk tahun 5 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.

3. RPT untuk tahun 4 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.

4. RPT yang disertakan perlu dimuat turun dalam format MS Excell. RPT neh disesuaikan dengan HSP dalam BM yang dikeluarkan oleh BPK.

5. Admin tak dapat beri layanan istimewa dengan menghantar email peribadi kepada anda untuk mendapatkan RPT neh.

6. RPT neh hanyalah cadangan sahaja. Sila ubah tarikh mengikut takwim sekolah masing-masing.

7. Sila sebarkan tanpa perlu minta izin dari admin. Semua perkongsian bahan amat digalakkan.

RPT dalam BM:

Rancangan Tahunan Math Tahun 6 - 2013 - Bm

RPT dalam BI:

Rancangan Tahunan Math Tahun 6 - 2013 - Bi





Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Matematik Tahun 6 Dalam Bahasa Melayu

HSP neh ada di laman web BPK .. admin kongsikan di sini jer.

HSP matematik tahun 5 dalam BM boleh ambil di sini - klik sini


HSP Matematik Tahun 6 (KBSR) - BM

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 5 Dalam Bahasa Melayu

Seperti yang diketahui, buku teks matematik tahun 5 pada tahun (mulai) 2013 ialah dalam bahasa Melayu. Buku ini disertakan bersama buku teks bahasa Inggeris yang sedia dibekalkan sebelum ini. Oleh itu sudah tentu guru memerlukan Rancangan Pengajaran tahunan (RPT) dalam bahasa Melayu juga untuk memudahkan pengajaran.

Sebelum cikgu2 muat turun RPT dalam BM neh, sila ambil perhatian untuk perkara berikut:

1. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dalam BM boleh diperolehi di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atau di blog ini - sila klik di sini.

2. Terdapat bahagian berwarna kuning di dalam RPT ini. Pada pandangan admin berlaku sedikit kesilapan di dalam HSP yang dibekalkan dengan tertinggal kemahiran tersebut. Maka admin ubah suai mengikut keperluan. Ubahsuai dilakukan secara 'agak-agak' sebab belum rujuk buku teks dalam BM tersebut (sangat sukar diperolehi dipasaran).

3. RPT yang disertakan perlu dimuat turun dalam format MS Excell.

4. Admin tak dapat beri layanan istimewa dengan menghantar email peribadi kepada anda untuk mendapatkan RPT neh.

5. RPT neh hanyalah cadangan sahaja. Sila ubah tarikh mengikut takwim sekolah masing-masing.

6. RPT untuk tahun 6 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.

7. RPT untuk tahun 4 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.


Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 5 dalam Bahasa Melayu (mulai 2013)

p/s : Buku teks matematik tahun 5 dan 6 ada dalam BM mulai tahun 2013. 


Sunday, December 23, 2012

Takwim Peperiksaan Utama (UPSR, PMR, SPM / STAM) Tahun 2013

Berikut adalah takwim peperiksaan utama di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk tahun 2013 yang merangkumi UPSR, PMR dan SPM / STAM.


Takwim Peperiksaan Utama Tahun 2013 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)


# tarikh UPSR 2013, tarikh PMR 2013, tarikh SPM 2013, takwim UPSR 2013

Friday, December 21, 2012

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2012

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah skim unit amanah kedua yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Unit amanah di Malaysia adalah seperti dana bersama di Amerika Syarikat. ASB hanya dibuka kepada Bumiputera warga negara Malaysia. Had input maksima ialah RM200,000 dan keuntungan modal pula tidak dikenakan cukai. Berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus ASB sejak ia mula dibuka.

Untuk tahun 2012 pula, ASB telah mengumumkan dividen dan bonus seperti berikut:

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun terakhir ini.

Tahun lalu agihan pendapatan ialah sebanyak 7.65 sen seunit. 

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, meningkat 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada 2011.

Peruntukan bagi bonus pula berjumlah RM712.21 juta berbanding RM600.4 juta tahun lalu.

~ Petikan dari MyMetro pada 21 Disember 2012.



Dividen ASB, Bonus ASB, Dividen ASB 2012, Bonus ASB 2012








Wednesday, December 19, 2012

Akaun FB Kena Hack

Sedang admin melayari facebook (FB) dan bersembang diruangan group KGM dan pelbagai lagi, dengan tidak disangka akaun admin telah ter log out secara tiba tiba selepas admin memberi komen di satu status yang berkaitan iklan dalam bahasa yang pelik (bukan Bm atau English).. dan hasilnya adalah begini:


 Temporary locked katanya.. sampai bila ??

 Disuruh isi capt tuh.. dah ler susah nak baca perkataan yang diberi tuh..


 

Lepas dah isi pon tak bole jugak .. grrrr...

Kejadian berlaku pada awal pagi (tengah malam) antara jam 12:00 tengah malam hingga 12:30 tengah malam pada 19 Disember 2012... harap ler takde apa apa masalah eg akaun kena hack dan berlaku sesuatu yang memalukan pulak.. tuh akaun fb rasmi dengan ada bermacam kandungan di dalamnya..



















Saturday, December 15, 2012

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Matematik Tahun 5 Dalam Bahasa Melayu

Seperti tahun lepas (2012) pihak BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) telah mengeluarkan draf HSP dalam bahasa Melayu untuk murid tahun 5. HSP neh boleh dimuat turun di bawah melalui scribd:


HSP matematik tahun 6 dalam BM boleh didapati di sini - klik sini



HSP Matematik Tahun 5 (KBSR) - Bahasa Melayu (Draf)


Jika anda gagal memuat turun melalui scribd, sila terus ke pautan neh: http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/kbsr/mathrendah/HSP%20Matematik%20Tahun%205%20%28KBSR%29.pdf



Wednesday, December 12, 2012

Sunday, December 2, 2012

The Essential 55

Cuti-cuti gini tak ada banyak perkara yang nak dikejarkan sangat. Jom baca artikel neh. Bagus untuk pengetahuan am kita bersama.


The Essential 55

sumber : http://teacherweb.com/LA/FontainebleauHighSchool/Zimmer/55rules.pdf