Saturday, January 12, 2013

Cuti Berganti, Cuti Peristiwa Untuk sesi Persekolahan tahun 2013 ~ kemaskini perubahan tarikh sekolah ganti ke 09 Mac

Untuk sesi persekolahan tahun 2013 sememangnya terdapat pelbagai cuti yang jatuh pada pertengahan minggu. Ini menyebabkan hari persekolahan pada minggu tersebut hanya ada beberapa hari. Untuk memudahkan perancangan, pihak KPM melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 33 Tahun 2012 telah menyusun cuti peristiwa dan cuti berganti seperti di bawah ini.

Namun begitu, cuti peristiwa / cuti berganti neh hanya melibatkan cuti Tahun Baru Cina dan Deepavali sahaja. Tiada cuti ganti / cuti peristiwa untuk cuti Hari Raya Aidilfitri yang mana akan bermula pada hari Rabu. Adakah ini bermakna hanya ada 2 hari persekolahan untuk minggu itu iaitu pada 5 dan 6 Ogos ?

Adakah cuti berganti secara mengejut untuk Hari Raya Aidilfitri pada saat-saat akhir akan berlaku lagi seperti mana sesi persekolahan pada tahun 2012 lepas ?

Selepas diteliti cuti berganti pada tarikh 26 Januari juga semacam 'bermasalah'. Ini kerana pada 24 Januari 2013 adalah cuti umum Maulidur Rasul dan pada 27 Januari 2013 adalah cuti umum hari Thaipusam. Ini menyebabkan tiada unsur 'kelegaan' dalam perjalanan aktiviti sesetengah guru yang terlibat.



Yang kat atas neh admin dapat dari laman web PPD di Perak.. tak ingat dari mana secara spesifik. Yang kat bawah neh pulak dari Melaka. Ada perbezaan (tuh yang kelakar sket) kat bilangan hari - rujuk halaman terakhir surat siaran tuh.


Surat Siaran KPM Bil 33 Tahun 2012: Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Tahun 2013 - Melaka


KEMASKINI ~ 10 JANUARI 2013

Pihak JPN Johor telah mengeluarkan surat rasmi berkaitan perkara ini. Sila rujuk surat di bawah.





KEMASKINI ~ 12 JANUARI 2013

Tarikh cuti berganti pada 26 Januari telah dipinda ke tarikh 09 Mac 2013 pula. Sila lihat surat di bawah neh:







Takwim ini hendaklah dibaca secara bersama dengan Takwim Persekolahan Tahun 2013. Klik di sini.


#cuti berganti 2013, cuti peristiwa 2013, cuti berganti dan cuti peristiwa tahun 2013, cuti berganti dan cuti peristiwa 2013



No comments:

Post a Comment