Friday, December 21, 2012

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2012

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah skim unit amanah kedua yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Unit amanah di Malaysia adalah seperti dana bersama di Amerika Syarikat. ASB hanya dibuka kepada Bumiputera warga negara Malaysia. Had input maksima ialah RM200,000 dan keuntungan modal pula tidak dikenakan cukai. Berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus ASB sejak ia mula dibuka.

Untuk tahun 2012 pula, ASB telah mengumumkan dividen dan bonus seperti berikut:

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun terakhir ini.

Tahun lalu agihan pendapatan ialah sebanyak 7.65 sen seunit. 

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, meningkat 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada 2011.

Peruntukan bagi bonus pula berjumlah RM712.21 juta berbanding RM600.4 juta tahun lalu.

~ Petikan dari MyMetro pada 21 Disember 2012.



Dividen ASB, Bonus ASB, Dividen ASB 2012, Bonus ASB 2012








No comments:

Post a Comment