Tuesday, December 25, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 5 Dalam Bahasa Melayu

Seperti yang diketahui, buku teks matematik tahun 5 pada tahun (mulai) 2013 ialah dalam bahasa Melayu. Buku ini disertakan bersama buku teks bahasa Inggeris yang sedia dibekalkan sebelum ini. Oleh itu sudah tentu guru memerlukan Rancangan Pengajaran tahunan (RPT) dalam bahasa Melayu juga untuk memudahkan pengajaran.

Sebelum cikgu2 muat turun RPT dalam BM neh, sila ambil perhatian untuk perkara berikut:

1. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dalam BM boleh diperolehi di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atau di blog ini - sila klik di sini.

2. Terdapat bahagian berwarna kuning di dalam RPT ini. Pada pandangan admin berlaku sedikit kesilapan di dalam HSP yang dibekalkan dengan tertinggal kemahiran tersebut. Maka admin ubah suai mengikut keperluan. Ubahsuai dilakukan secara 'agak-agak' sebab belum rujuk buku teks dalam BM tersebut (sangat sukar diperolehi dipasaran).

3. RPT yang disertakan perlu dimuat turun dalam format MS Excell.

4. Admin tak dapat beri layanan istimewa dengan menghantar email peribadi kepada anda untuk mendapatkan RPT neh.

5. RPT neh hanyalah cadangan sahaja. Sila ubah tarikh mengikut takwim sekolah masing-masing.

6. RPT untuk tahun 6 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.

7. RPT untuk tahun 4 dalam BM juga ada dalam blog neh - sila klik di sini.


Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 5 dalam Bahasa Melayu (mulai 2013)

p/s : Buku teks matematik tahun 5 dan 6 ada dalam BM mulai tahun 2013. 


3 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  2. tqsm...SHARING IS CARING....Akak mita izin nk download ye..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian. sya dh banyak download bahan di sini untuk panitia sya. TQVM.

    ReplyDelete