Tuesday, December 31, 2013

Tutorial : How to recover hidden Files from Virus infected USB Pendrive

Artikel ini diambil dari sini:
Here i going to tell the Permanent Solution for recovering hidden files by Command prompt in windows operating system.

Step One:

Plug your USB Pendrive or External HDD or Memory Card which is Affected.

Step Two:

Go to Start -> Run-> Type CMD and Enter

Step Three:

Find the drive letter for the connected USB drive. For Example, I:
In command prompt, type I:
and Hit enter. Command Prompt will show I:/

Step Four:

Then type
attrib -s -h /s /d *.*
Make sure that you put space between each elements in the code.
and hit enter and wait for few seconds.
Check the Screen Shot of Above Steps:
Virus Remover Command Prompt
Now check your USB pendrive you can see your files are back in their locations. If you have any doubts get our Solution Group at facebook www.facebook.com/groups/tech2hell

Tag:
Recover Hidden Files from Pendrive/Flash Drive/USB Drive
Files not showing in USB Drive/Pen drive
Files changed to Shortcuts in Pendrive/USB Drive
How to recover Lost files on Pendrive / USB Drive

Friday, December 27, 2013

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun 4

Sila semak halaman blog neh sebab admin akan kemas kini dari masa ke semasa (bergantung kepada sumber). Jadilah penyumbang RPT dengan menghantar ke email berikut - jgg4452@yahoo.com .Sumbangan anda amat dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih. 

Anda dinasihatkan menyemak bahan yang diberi di sini dan disesuaikan mengikut sekolah masing-masing. 

Admin cuba berkongsi bahan untuk RPT KSSR tahun 4 seperti berikut: (Versi untuk SK sahaja)


01. Matematik
02. Reka Bentuk dan Teknologi - versi 1
03. Sains
04. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
05. Sejarah
06. Reka Bentuk dan Teknologi - versi 2
07. Pendidikan Seni Visual
08. Pendidikan Kesihatan
09. Bahasa Inggeris
10. Pendidikan Moral 
11. Bahasa Melayu - versi 1
12. Pendidikan Jasmani
13. Pendidikan Muzik
14. Bahasa Arab - Versi Acrobat sahaja. Tidak boleh di edit kerana converter acrobat ke ms word tidak begitu baik (ejaan banyak berubah)
15. Pendidikan Islam - Versi Acrobat sahaja. Tidak boleh di edit kerana converter acrobat ke ms word tidak begitu baik (ejaan banyak berubah)
16. Pendidikan Islam - versi MS Office - sila semak jika ada ejaan yang berubah.

Bahan asal adalah dalam bentuk MS Office (Word atau Excell). Sila muat turun dalam format asal. Rujuk tutorial untuk panduan memuat turun bahan dari scribd - sini.


Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun 4 - Matematik SK 



Thursday, December 26, 2013

Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Bagi Tahun 2014

Seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan badget pada Oktober 2013 yang lalu, bantuan khas awal persekolahan kepada semua murid warga negara Malaysia akan diberi sekali lagi untuk tahun 2014. Berikut adalah surat siaran dan panduan pelaksanaannya.






Pentaksiran Pusat Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Peringkat Menengah Rendah Mulai Tahun 2014

Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bilangan 8 Tahun 2013 berkenaan Pentaksiran Pusat Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Peringkat Menengah Rendah Mulai Tahun 2014 ini adalah sangat penting untuk difahami oleh guru dan juga pelajar yang akan menduduki pentaksiran berasaskan sekolah untuk pelajar tingkatan 3 yang akan bermula pada tahun 2014. 

Surat siaran Lembaga Peperiksaan tersebut adalah seperti di bawah:




Tuesday, December 24, 2013

Takwim Peperiksaan Awam Bagi Tahun 2014

Peperiksaan awam bagi tahun 2014 yang melibatkan UPSR, SPM / STAM adalah seperti di dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bilangan 9 Tahun 2013 seperti di bawah. Di dalam surat siaran tersebut, tiada peperiksana untuk tingkatan 3 iaitu PMR seperti tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ini disebabkan pelajar tingkatan 3 yang akan terlibat dengan PBS sebagai kelompok pertama pada tahun 2014 nanti.








Sesi Persekolahan 2014 Bagi Sekolah-sekolah Negeri Johor

Pihak JPN telah menyatakan dengan jelas berkaitan sesi persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri Johor mulai tahun 2014 seperti di dalam surat arahan di bawah.



Isu ini adalah berkaitan dengan post di blog ini sebelum ini iaitu post ini (klik sini), yang ini (klik sini) dan yang ini (klik sini).


Peruntukan Waktu Untuk KSSR Tahap 2 Mulai Tahun 2014

Merujuk kembali post lama di sini berkaitan jumlah waktu KSSR, maka Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2013 ini dengan jelas menyatakan hal berkaitan peruntukan waktu untuk KSSR tahap 2 seperti berikut:

Peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSSR Tahap 2 adalah seperti berikut:


Masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum pula adalah seperti berikut:


Peruntukan masa untuk arus perdana adalah seperti berikut (lampiran 1):



Pekeliling penuh adalah seperti di bawah:



Monday, December 23, 2013

Tutorial : Mengenali Storan USB Tiruan

Artikel ini disalin sepenuhnya dari sumber sini:


Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu inipendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
IMAG0190
Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrivetersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
IMAG0250
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
IMAG0251
Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.


Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.

  1. Pendrive Fake



















Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.


Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.


Fake Pendrive Test

Setelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.


Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
7837704
Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.


Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

Friday, December 20, 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013: PENGGABUNGAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013:

PENGGABUNGAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA

Dengan keluarnya pekeliling ini, maka tiada lagi jawatan PPPS dan PPLD. Ia akan digabungkan sebagai PPP iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja. 

Perubahan yang ketara ialah pelantikan bagi pemegang Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah ke dalam perkhidmatan dengan permulaan tangga gaji yang lebih baik.

Baca pekeliling penuh tersebut seperti di bawah:




Thursday, December 19, 2013

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2013


Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah skim unit amanah kedua yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Unit amanah di Malaysia adalah seperti dana bersama di Amerika Syarikat. ASB hanya dibuka kepada Bumiputera warga negara Malaysia. Had input maksima ialah RM200,000 dan keuntungan modal pula tidak dikenakan cukai. Berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus ASB sejak ia mula dibuka.

Untuk tahun 2013 pula, ASB telah mengumumkan dividen dan bonus seperti berikut:



Untuk rekod, pembayaran dividen dan bonus ASB untuk beberapa tahun yang lepas adalah seperti berikut: 




Friday, December 6, 2013

Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bilangan 03 Tahun 2013 - Cuti Mingguan Negeri Johor Mulai 01 Januari 2014

Seperti mana diketahui bahawa cuti mingguan negeri Johor akan berubah dari Sabtu-Ahad kepada Jumaat-Sabtu. Berikut adalah pekeliling yang berkaitan untuk menjelaskannya:


Baca juga maklumat tambahan ini:


Rujuk juga surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti berikut:




Friday, November 29, 2013

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2013 / Pembayaran Bonus 2013

Bayaran imbuhan tahunan / bayaran khas prestasi atau nama umumnya bonus bagi kakitangan awam adalah mengikut pekeliling berikut di bawah. Keputusan pembayaran ini adalah selaras dengan pengumuman berkaitan dengannya semasa pembentangan belanjawan yang lalu. Antara intipati menarik tentang pekeliling tersebut ialah :

1. Bayaran dibuat pada 02 Januari 2014.
2. Bayaran sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 (tertakluk kepada syarat).
3. Minima bekerja ialah 30 hari untuk membolehkan anda menerima bayaran ini (tertakluk kepada syarat).

Sila baca PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 37 TAHUN 2013 yang dikeluarkan oleh JPA ini.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 37 TAHUN 2013 




Thursday, November 28, 2013

Peruntukan Waktu Untuk KSSR Tahap 1 dan Tahap 2

Peruntukan waktu untuk KSSR Tahap 1 dan 2 adalah seperti mana di dalam slide powerpoint yang ditaklimatkan oleh pihak BPK semasa kursus penyebaran KSSR tahun 4 lalu iaitu seperti berikut:

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas. 


Slide penuh adalah seperti berikut: (Rujuk slide ke 19 dan 20)



Untuk rujukan, peruntukan waktu untuk tahap 1 juga telah diberikan panduan sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 11 tahun 2010 seperti berikut:




KEMASKINI
Sila rujuk pekeliling terkini berkaitan peruntukan masa KSSR tahap 2 di sini - klik di sini.





Takwim Persekolahan, Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Tahun 2014

Takwim ini hendaklah dibaca bersama dengan takwim yang lain iaitu:
1. Takwim cuti umum Persekutuan dan negeri-negeri di Malaysia
2. Takwim cuti umum negeri Johor

KEMASKINI :
Takwim di bawah telah berubah. Sila klik di sini untuk melihat takwim terbaru yang dikeluarkan oleh pihak KPM.



KEMASKINI :
Takwim di atas telah berubah. Sila klik di sini untuk melihat takwim terbaru yang dikeluarkan oleh pihak KPM.




Saturday, November 23, 2013

Tutorial : Bagaimana Untuk Muat Turun Bahan Melalui Scribd?

Admin menerima beberapa persoalan daripada mereka yang tidak biasa menggunakan scribd. Persoalan utama ialah bagaimana untuk memuat turun / download bahan melalui scribd secara percuma dan dalam bentuk yang pelbagai. 

Dalam bentuk pelbagai ? 

Ya ! Scribd membolehkan kita memuat turun dalam format asal bahan tersebut seperti MS Word atau dalam bentuk acrobat (pdf). Namun ia bergantung kepada pemilik bahan tersebut sama ada membenarkan pengguna memuat turun dalam pelbagai format atau dalam satu format sahaja. 

Satu perkara penting untuk diketahui ialah scribd tidak membenarkan pengguna berkongsi bahan yang ada kata kunci atau di setkan sebagai 'secured'.

Bagi blog admin, penggunaan scribd diutamakan kerana kemudahan dan mesra pengguna dan mesra paparan untuk admin blog. Beberapa percubaan menggunakan enjin storan yang lain seperti 4shared, dropbox, slideshare dan beberapa aplikasi yang lain tidak begitu mesra seperti mempunyai batasan tertentu. Contohnya dropbox tidak membenarkan capaian berkapasiti tinggi. Akhirnya admin kembali menggunakan scribd. 

Sebagai permulaan, anda hendaklah ke laman sribd iaitu www.scribd.com

paparan laman scribd (pada 23/11/2013)


Klik pada Log in.


Sekiranya anda mempunyai akaun facebook, anda boleh log in menggunakan akaun facebook dengan klik pada 'Login with Facebook'.

Anda juga boleh log in menggunakan akaun scribd sendiri. 

Jika anda tidak ada akaun facebook atau akaun scribd sendiri, maka eloklah sekiranya anda mendaftar dan mencipta akaun scribd sendiri dengan klik pada 'Sign up for a free account'.


Teruskan mendaftar dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki. 

Semasa hendak memuat turun bahan di scribd, perhatikan paparan di bawah. Anda boleh 'Choose a format' untuk bahan tersebut (bergantung kepada setting pemilik asal bahan). Contoh gambar di bawah anda boleh muat turun dalam format .pdf atau dalam .docx (MS Word Office 2007). 

Anda tidak boleh muat turun dalam format .docx jika anda bukan pemilik akaun scribd. Sebab itulah pentingnya anda mendaftar sebagai pemilik akaun scribd (sama ada mendaftar dengan log in menggunakan facebook atau akaun khas scribd).


Bagaimana untuk muat turun bahan di blog admin ?

Perhatikan contoh bahan di blog admin seperti di bawah.

Tajuk bahan adalah 'Surat Arahan Perubahan RMT Mulai 01 Januari 2014'. 

Klik pada tajuk tersebut. Ia akan membawa anda ke web scribd di mana bahan tersebut berada. Jika anda sudah log in ke akaun scribd, maka anda bolehlah memuat turun bahan tersebut dalam pelbagai format (bergantung kepada setting pemilik bahan dan juga format asal bahan tersebut). 

Bahan yang di muat naik (upload) dalam format .pdf tidak boleh dimuat turun dalam format lain. Tapi bahan dalam format MS Word boleh dimuat turun dalam format .pdf atau dalam format asal (MS Word). 

Jika anda tidak ada akaun atau tidak log in ke akaun scribd, anda tidak boleh muat turun dalam format MS Word sebaliknya hanya boleh muat turun dalam format .pdf. 

Anda juga boleh terus memuat turun dengan klik pada butang  tetapi format yang ditetapkan mungkin bukan dalam format yang dikehendaki / mungkin berubah dari format asal bahan tersebut. 


Saya sudah mendaftar dan log in ke akaun scribd tetapi masih tidak boleh memuat turun bahan. 

Ada 2 sebab anda dikenakan sekatan seperti ini. Pertamanya ialah anda pengguna baru scribd. Keduanya ialah anda tidak ada atau tidak cukup bahan di muat naik ke scribd. 

Scribd adalah medium perkongsian. Untuk anda muat turun, anda perlu muat naik bahan juga. Admin juga mengalami peristiwa yang sama pada awal penggunaan scribd. Jadi langkah penyelesaian ialah dengan memuat naik seberapa banyak bahan ke scribd. 

Apakah bahan itu ? Terpulang kepada anda untuk memuat naik apa apa sahaja bahan yang ada asalkan bukan bahan yang sensitif. Bahan tersebut termasuklah bahan / file kosong sahaja. 


Klik pada 'Upload' yang berwarna biru itu untuk memuat naik bahan anda. 

Selain itu anda juga boleh menggunakan scribd uploader dengan memasang perisian tersebut di komputer anda. Penggunaan scribd uploader amat disarankan kepada pengguna yang kerap memuat naik bahan ke akaun scribd. 

contoh paparan scribd uploader



Pertukaran Cuti Hujung Minggu Johor dari Sabtu-Ahad ke Jumaat-Sabtu

Sila rujuk pekeliling yang berkaitan dengan penukaran waktu bekerja ini di sini : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/12/pekeliling-am-kerajaan-negeri-johor.html 

Berita penyebaran pertukaran cuti hujung minggu ini telah tersebar beberapa bulan lalu terutama apabila gambar kertas kerja berkenaannya telah tersebar di facebook / internet. Pada 23 November pula, Berita Harian telah menyiarkan berita terkini mereka seperti di bawah:

Gambar Berita Harian, 23/11/2013.

Selain Berita Harian, akhbar Kosmo! juga menyiarkan berita terkini mereka seperti berikut:

Gambar Kosmo!, 23/11/2013.

Gambar kertas kerja yang tersebar beberapa minggu lalu.

Sila rujuk pekeliling yang berkaitan dengan penukaran waktu bekerja ini di sini : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/12/pekeliling-am-kerajaan-negeri-johor.html 


Friday, November 22, 2013

What Teachers Make

Lakaran ini agak bermakna untuk seorang bergelar guru atau cikgu. *Abaikan unsur yang agak keras disitu (jika ada).

sumber : sini
sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas







Thursday, November 21, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Admin tidak menulis artikel ini tetapi hanya berkongsi artikel melalui sumber di sini dan sini:


Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7

Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com 


Satu lagi artikel di blog Tebu Manis juga menarik untuk dikongsi bersama:



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Nama Ahmad Ammar tiba2 menjadi sebutan ramai orang
Yang Istimewanya beliau dikenali setelah pergi dijemput ALLAH
Semua ini sudah direncana oleh ALLAH--
Untuk dikenali setelah meninggal dunia--
Persoalannya kenapa?
Saya ada jawapannya--
Setelah saya baca FBnya,dan FB ahli keluarganya saya dapati mereka adalah manusia yang baik2 untuk kita kenali


AHMAD AMMAR meninggal dunia pada 1 Muharram 1435h (2/11/13) kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di TURKEY.Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.


Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Nak tahu lagi baca sini 


almarhum ahmad ammar
AMMAR bersama ABAHnya
Sudah tiba masanya KIta menjadikan Kejadian ALLAH yang sebaik AHMAD AMMAR sebagai IKON dan IDOLA kita.AHMAD AMMAR adalah lambang anak muda yang menginfakkak dirinya berjuang kejalan ALLAH. Dalam usia 20 tahun beliau telah berfikir sejauh orang dewasa yang berusia sekaliganda dirinya

almarhum ahmad ammar

almarhum ahmad ammar
Raya terakhir AMMAR bersama keluarga (EIDULADHA 1434h)

Impiannya hebat
Begitu juga dengan Impian Ibubapanya
Mereka ingin mempersiapkan anak lelaki tunggal 
untuk UMMAT.Jarang sekali saya dengan impian IBU BAPA semulia
IBU BAPA AMMAR.Mereka menghantar AMMAR menimba ILMU sejauh BUMI TURKEY semata mendapat keredhaan ALLAH dan selebihnya supaya
anakanda mereka dapat memberi sumbangan terhadap AGAMA ISLAM

Sebagai guru--
Cerita AHMAD AMMAR menjadi 
penyuntik semangat kepada saya
agar lebih ramai jiwa AHMAD AMMAR dilahirkan disekolah 
Biar kanak2 melihat AHMAD AMMAR sebagai HERO
yang akan mereka kagumi dan teladani dan semoga
Kanak2 kecil menjadikan AHMAD AMMAR sebagai IDOLA
Agar apabila mereka dewasa mereka ingin menjalani 
kehidupan seperti AHMAD AMMAR
SELAIN HEBAT di Medan Akademik, AHMAD AMMAR tidak mahu sesaatpun dirinya jauh dari redha ALLAH.Baginya kerja DA'WAH adalah tanggungjawab penting yang harus digalas selain bersemangat mengikuti perbagai MISI KEMANUSIA seluruh dunia

http://tebumanis78.blogspot.com/2013/11/kenali-assyaheed-ahmad-ammar.html
Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bg mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkan utkNYA."Nur Azlina"

Catatan  Ahmad Ammar --
  • Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman.
  • Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru.
  • Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.. 
  • Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
  
almarhum ahmad ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”… 

Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau: 


“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini. 

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”


ammar
Perbualan bersama seorang temannya--katanya "Nak Jumpa Bidadari"


ammar
Rancangan masa depan AMMAR (diambil dari catatan notanya)
almarhum ahmad ammar



Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."


Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:


"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)


Bergenang air mata semasa menulis kisah AMMAR,ianya terkesan dijiwa saya
Semoga catatan ini juga akan terkesan dijiwa sesiapa sahaja yang membacannya.
Wahai anak2 muda bangkitlah--
ambilla teladan dari kehidupan AMMAR--lihatlah betapa ALLAh sayangkannya sehingga kuburnya
diletakkan bersebelah dengan sahabat NABI (sahabat yang memberi rumah kepada RASULULLAH ketika baginda mula2 sampai ke MADINAH) 
AlFatihah

--Ayuh sambung kerja Dakwah dan Misi kemanusiaan yang pernah AMMAR lakukan--
#tebumanis78