Saturday, January 26, 2013

Tutorial : LABEL BUKU UNTUK MURID MELALUI SISTEM DATA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Nak label buku yang cantik dan seragam ?

Baca tutorial kat bawah neh.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1.         Data dalam bentuk MS Excell dari sistem APDM.

Klik pada “Muat Turun Excel” untuk mendapatkan fail tersebut. Pastikan anda tahu dimana fail tersebut disimpan.



   
2.         Muat turun file Labeller APDM di pautan neh :


(kadang kala pautan ini bermasalah jika terlalu ramai pengguna)


            Ada 3 file kat situ (melalui dropbox) seperti dirajah bawah neh:
           




            3 file tersebut ialah Labeller.exe, VFP9R.dll dan VFP9Renu.DLL

            Download ke tiga-tiga file neh.

  
3.         Simpan semua bahan neh ke dalam satu folder.


Langkah penggunaan :

1.         Run atau double klik pada file labeller warna kuning tuh.

2.         Rajah berikut akan terpapar.




3.         Klik pada ikon  yang terletak disebelah atas – kiri paparan tadi.

4.         Sekarang pilih file format Excell dari sistem APDM tersebut. Klik OK.

Abaikan folder bernama Rekod dan tmpMNH tuh sebab ia auto terjadi selepas run sistem neh.




5.         Isikan data Tahun / Tingkatan, Mata Pelajaran dan Nama Guru pada paparan.

6.         Klik “Import” pada paparan sebelah atas – kanan.
            Paparan sekarang akan tersenarai nama murid.

7.         Klik pada “Terima Data”. (Sebelah bawah paparan)

8.         Klik pada “Cetak Label”. (Sebelah bawah paparan)

9.         Label untuk buku telah pun siap untuk dicetak. Contoh label yang dihasilkan ialah seperti berikut:


             
10.       Untuk rekod semakan buku latihan, klik pada Cetak Rekod Latihan. Hasilnya adalah borang semakan seperti berikut:





Tutorial di atas boleh dimuat turun dalam format MS Word melalui pautan scribd di bawah:






Kredit kat pencipta software neh - boleh join group https://www.facebook.com/groups/ujianscan1/ untuk maklumat lanjut.






2 comments:

  1. knapa bila nak print x kluaq tahun kluaq nama kelas ke contoh bestari, sepatutnya 6 bestari..

    ReplyDelete
  2. Saya dah cuba download software ini, tapi bila saya run seperti langkah2 yang terdapat di atas, pautan utk klik "Cetak Rekod Latihan" tidak ada. Mohon bantuan. Terima kasih

    ReplyDelete