Thursday, February 7, 2013

Dividen Tabung Haji tahun 2012

TH umum bonus 6.5%, tambahan bonus khas 1.5%

07/02/2013 2:02pm

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus Jubli Emas iaitu 6.5 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Ia melibatkan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM2.46 bilion merangkumi pembayaran bonus tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan bonus khas sebanyak RM325 juta yang mana merupakan yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah pembayaran sebanyak RM2.46 bilion itu adalah setelah mengambil kira pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM47 juta. - BERNAMA


Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012

        1994 : 9.5%
        1995 : 9.5%
        1996 : 9.5%
        1997 : 9.5%
        1998 : 8.0%
        1999 : 8.0%
        2000 : 5.5%
        2001 : 3.25%
        2002 : 3.5%
        2003 : 4.0%
        2004 : 4.3%
        2005 : 4.5%
        2006 : 4.75%
        2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
        2008 : 5.0%
        2009 : 5.0%
        2010 : 5.5%
        2011 : 6.0%
        Dividen Tabung haji 2012 : 6.5% + 1.5 Bonus (Terkini)


2 comments: