Friday, March 29, 2013

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Wednesday, March 27, 2013

TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA (TIMUR TENGAH) SESI 2013/2014 - Tawaran Pihak Jabatan Agama Johor

Sepertimana dimaklumkan di laman web JPN Johor:

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara (timur tengah) kini telah dibuka bagi pelajar yang memenuhi syarat.
 
Mulai tahun  2013 ini pihak Jabatan Agama Johor telah diberi tanggungjawab untuk menguruskannya. Satu sesi taklimat berkaitan tawaran akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 2 April 2013
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor.
Sila Bawa Bersama: Salinan SPM dan Sijil Kelahiran serta Wang Tunai RM 120.00.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Haji Sulaiman Bin Dumang, Ketua Pen. Pengarah, Bahagian Pendidikan, JAJ - 019-7500531
Nasir Bin Abdul Wahid, Penolong Pengarah, BP JAJ - 012-7557504
Haji Sulaiman Bin Aziz, Penolong Pengarah, BP JAJ - 019-7776772
Haji Arif Bin Jasiman @ Nin, Penolong Pengarah, BP JAJ - 019-7760070

Seksyen Hal Ehwal Pelajar (SHEP), Unit Pembangunan Pengurusan Kemanusiaan (UPPK), Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor - 07-2282932/30/32/33/55 sambungan 405/411/413/414





Saturday, March 23, 2013

Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

21 March 2013

Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara. Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com.

Harap maklum.


Admin sebenarnya kurang pasti neh program apa. Maklumat lanjut perlulah diajukan ke pihak yang berkenaan.







Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Mentor Mentee Di Sekolah

Panduan pelaksanaan dan modul Program Mentor Mentee ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam melaksanakan program mentor mentee di sekolah.

Seperti mana yang disiarkan di laman web KPM.



Monday, March 18, 2013

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti lampiran berikut. Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai 22 Mac 2013.

* Sebagaimana disiarkan di laman web KPM. 




Friday, March 15, 2013

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013: Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Selaras dengan pengumuman PM yang lalu - klik di sini - maka pihak JPA telah mengeluarkan pekeliling baru iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013: Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia seperti berikut:




Tuesday, March 12, 2013

Kenyataan Akhbar: KSN Di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Tahun 2013

Kenyataan Akhbar
YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa
Ketua Setiausaha Negara
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Tahun 2013
Pada 11 Mac 2013

* sebagaimana yang disiarkan di laman web JPA.





Monday, March 11, 2013

Bahan Latihan Matematik JKD Kulaijaya 2013

Dah lama admin tak share info berkaitan matematik. Neh bahan yang admin dapat lanjutan dari mesyuarat JKD Sains dan Matematik tempoh hari. Boleh diperbanyakkan untuk latihan anak murid nanti. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membina item neh.

Fail dalam bentuk win rar. Kena ada / install win rar jika tak boleh dibuka.

klik di sini -- (saiz dalam 13 MB) -- Bahan UPSR Matematik SK Kulaijaya 
























.

Jadual Gaji Baru Tahun 2012

Jadual neh dah lama admin dapat tapi baru sekarang nak letak kat blog neh.. sebagai panduan semua sempena pengumuman PM hari neh.

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih baik..


DG41 - P1

DG41 - P2

DG41 - P3

DG44 - P1

  DG48 - P1

DG48 - P2

 DG52 - P1
 
 DG52 - P2



Jadual Waktu Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2013 (Draf)

Jadual waktu bagi 3 peperiksaan utama di atas telah dipaparkan di laman web Lembaga Peperiksaan. Jadual tersebut adalah seperti berikut:


















PM umum 9 perkara 'berita baik'

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

Sumber: Sinar Harian

Dicopy paste dari http://facebookaans.blogspot.com/2013/03/pm-umum-9-perkara-berita-baik.html#d2YPsFuJMbKqocAl.99


Sunday, March 10, 2013

Sistem pendidikan di Finland

Admin kongsikan ciri-ciri sistem pendidikan negara luar untuk pengetahuan warga pendidik dan juga pengunjung blog neh. Gambar mungkin kelihatan kecil dan sila download gambar neh untuk memudahkan dibaca dengan lebih jelas. 



Gambar lebih jelas boleh di dapati di http://neomam.com/infographics/there-is-no-homework-in-finland/



Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah

Satu artikel yang sesuai dibaca oleh golongan pendidik. Admin kongsikan satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 neh.




PANDUAN KEURUSETIAAN PENGURUSAN PRESTASI DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

PANDUAN KEURUSETIAAN PENGURUSAN PRESTASI DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) ini dikeluarkan di laman web KPM.

Sunday, March 3, 2013

Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah

Tajuk penuh kajian neh ialah Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti. Diterbitkan di Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 March 2012, Pages 97-112 / ISSN: 2231-735X. Sebagai bahan bacaan warga pendidikan...