Friday, March 29, 2013

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

1 comment:

  1. Salam untuk semua. Warga pendidik sememangnya luar biasa. mereka perlu dilihat dari sudut berbeza. Lihat saja Hari Guru 2013 yang hampir tiba, jangan pula krn PRU13, Sambutan Hari Guru hilang meriahnya. Tapi seperti yang saya baca di entri Rahsia dan Misteri Hari Guru 2013, Pru13 ada memainkan peranan besar kepada warga pendidik. Lihat saja pada Perbandingan Manifesto Pendidikan PRU13 mungkin ada rasa serba salah dibuatnya. Kalau Warga pendidik di negeri pantai timur pula isu mengenai Cuti Umum 5 dan 6 Mei Sempena PRU13 pula masih lagi belum selesai. Bermacam ragam hal berlaku, semua akan selesai pada Tarikh PRU-13 Pada 5 Mei nanti. Insyaallah..
    Salam Ukhwah dari Hootoh Tudia
    Hootoh Blog

    ReplyDelete