Sunday, April 7, 2013

Program i-Think: Membudayakan Kemahiran Berfikir

Satu buku rujukan (draf) untuk panduan semua...





Sifir Pertanian

Bila bercakap pasal sifir, kita tentu akan terbayangkan sifir seperti 2 x 3, 3 x 3 dan sebagainya. Itu sifir matematik. Tapi dalam kehidupan seharian, kita juga ada sifir pertanian. Sifir neh penting kerana ia juga sebahagian dari unsur matematik.

Sifir pertanian itu adalah seperti berikut:

SIFIR KELUASAN STANDARD:
1 hektar = 2.471 ekar
1 hektar = 10,000 meter persegi
1 ekar = 0.407 hektar
1 ekar = 43,560 kaki persegi

SIFIR KELUASAN ROD DAN POL KE HEKTAR
1 pol = 0.0025 Hektar
1 rod = 40 pol = 0.1012 hektar
1 ekar = 4 rod = 0.407 hektar

SIFIR KELUASAN RELONG (PULAU PINANG)
1 relong = 1.3223 ekar = 0.5351 hektar
0.5 relong = 0.6612 ekar = 0.2676 hektar

SIFIR KELUASAN RELONG (KEDAH)
1 relong = 0.71 ekar = 0.2880 hektar
0.5 relong = 0.3550 ekar = 0.1440 hektar


Admin dapat sifir neh dari blog Anim Agro Technology. Ia satu blog yang sangat menarik untuk mendalami bidang pertanian. Banyak ilmu boleh kita perolehi dari blog tersebut.


Manifesto Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional Untuk Pilihanraya Umum ke 13 Tahun 2013

Demam pilihanraya kembali lagi. Bagi sesetengah pihak, pilihanraya neh dah sama macam hari raya. Malah pilihanraya lebih meriah sebab bendera dikibarkan di sana sini. Waktu hari raya mana ada meriah sampai kibar bendera kan ? Hehe.. neh admin gurau jer..

Manifesto dalam kamus dewan membawa maksud seperti berikut:


1. /manifésto/ pengumuman ttg dasar (polisi, tujuan) sesuatu parti politik dll.
2. (manifésto) pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll.

Sebagai rakyat yang matang, bersamalah kita renungkan manifesto kedua-dua pihak yang akan berlawan dalam PRU ke 13 kali neh:

Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13 - diumumkan pada 25 Februari 2013



Manifesto Barisan Nasional - PRU 13 - diumumkan pada 06 April 2013


Admin mengucapkan selamat mengundi dengan bijak kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk membuang undi pada PRU 13 kali neh.