Sunday, June 30, 2013

Peraturan Perniagaan Dalam Talian

Admin baca melalui blog neh. Berdasarkan situasi semasa, memang perniagaan online neh sangat menarik perhatian sebab ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Berikut adalah ayat yang admin salin dari blog tersebut:

Bermula esok, 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.

Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.




Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.

Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:

  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat-syarat
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.

Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Kesan Positif Kepada Pengguna Dan Pembeli

Dengan penguat-kuasaan undang-undang dan peraturan baru ini, ia akan memberikan lebih jaminan dan perlindungan kepada pengguna dan pembeli yang melakukan transaksi secara online. Mereka mungkin tidak lagi perlu bimbang mengenai seseorang penjual, dan boleh mengetahui data dan info berkenaan dengan seseorang penjual dengan mudah terus melalui laman jualan.

Panduan Pencukaian Untuk E-Dagang

Setiap perniagaan komersial tertakluk kepada cukai, dan tidak terkecuali adalah transaksi online. Selain pengumuman untuk menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, ia kelihatan pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) turut sama menyediakan sebuah panduan yang memberikan idea berkenaan bagaimanakah dan siapakah yang akan tertakluk untuk cukai dalam perniagaan elektronik. Dengan panduan yang disediakan pihak LHDN ini, ia akan memudahkan para penjual untuk mengetahui apakah yang tertakluk kepada pencukaian dan sebaliknya.





Penutup

Perkara ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam memastikan para pengguna dan pembeli tidak ditipu dengan mudah melalui laman-laman jualan yang terdapat dengan banyak di arena internet pada hari ini. Ia juga akan membolehkan pengguna mengetahui sepenuhnya, termasuk kos yang akan perlu dibayar oleh mereka dan masa yang akan diperlukan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan tiba pada mereka. Berkaitan dengan cukai, seperti biasa setiap perniagaan tertakluk kepadanya, dan tidak terkecuali adalah perniagaan berasaskan internet.

Wednesday, June 19, 2013

Surat Siaran KPM Bil 14 Tahun 2013 : Langkah-langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-murid di Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerubu Yang Dianggap Kritikal

Keadaan sekarang (terutama dikawasan sekitar Johor) yang berjerubu boleh mengundang bahaya dan menurunkan tahap kesihatan terutama bagi kanak-kanak yang alah dengan udara tercemar. Berikut adalah surat peringatan untuk pihak sekolah mengambil tindakan dengan segera berkaitan cuaca berjerubu yang sedang melanda negara ketika ini.





Sunday, June 16, 2013

Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Dokumen neh terjumpa secara tak sengaja semasa menggoogle bahan untuk program matematik. Tak sangka ada dokumen sebegini sebab tak pernah nampak di sekolah selama neh. Apa pun dokumen neh boleh dijadikan sebagai garis panduan disekolah. Ada beberapa bahagian yang telah berubah sejajar dengan pelaksanaan KSSR dan PBS disekolah dan juga PPSMI yang telah ditamatkan.

Dokumen neh ada 2 iaitu untuk sekolah rendah dan untuk sekolah menengah. Disertakan kedua-dua dokumen tersebut di bawah : 








Tuesday, June 11, 2013

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD)

Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) sedang dibuka bermula 10 Jun 2013 (Isnin) sehingga 14 Julai 2013 (Ahad) . Sila klik di sini.

SILA PATUHI ARAHAN DAN FAHAMI SEMUA TERMA-TERMA SYARAT YANG DIIKLANKAN.
 
Tempoh Permohonan bermula pada 10 Jun 2013 (Isnin) hingga 14 Julai 2013 (Ahad)
 
PROGRAM AMBILAN SEPTEMBER 2013 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DARI LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) YANG BERUMUR 49 tahun ke bawah pada 31 Disember 2013 (lahir pada 1964 dan ke atas), opsyen bersara wajib bagi yang berumur 46 dan 47 tahun ialah 58 atau 60 tahun dan bagi yang berumur 48 dan 49 ialah 60 tahun.
 
A Kalendar Program Pensiswazahan Guru
B Iklan/Surat Siaran Program
C Bidang Pengajian
D Garis Panduan
E Panduan Mengisi Borang Permohonan
F Contoh Permohonan
G Contoh Cetakan Borang Permohonan
H FAQ bagi permohonan PPG Ambilan 2013

Log masuk di sini: http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg2013/permohonan/index_utama.cfm (sila gunakan Internet Explorer)


Friday, June 7, 2013

HUBUNGAN ANTARA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) DENGAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI GURU DI SEKOLAH RENDAH RINTIS DAERAH JOHOR BAHRU

Artikel neh dah agak lama juga admin dapat selepas menjelajah laman web UTM. Kenapa artikel neh menarik? Sudah tentu kerana pelaksanaan SPSK disekolah yang mungkin menjadi antara beberapa sebab 'beban kerja' guru bertambah terutama semasa SPSK baru-baru dilaksanakan dahulu. Jadi kajian UTM neh bolehlah dibaca dan relevan dengan semua guru untuk pengetahuan tambahan.





Penambahan dan penolakan pecahan menggunakan rajah

Satu hasil ilmu baru (bagi admin) selepas hadir ke kursus KSSR tahun 4 sebelum cuti sekolah tempoh hari ialah kaedah untuk menambah dan menolak pecahan menggunakan gambar rajah. Kaedah ini sangat menarik untuk diperkenalkan kepada murid sebagai tambahan kaedah-kaedah sedia ada yang digunakan sebelum ini.

Fail boleh dimuat turun melalui scribd di bawah atau melalui dropbox - klik di sini.