Sunday, August 4, 2013

Koleksi Soalan Percubaan UPSR Tahun 2013

Soalan Percubaan UPSR Tahun 2012 boleh didapati di sini

Peperiksaan percubaan UPSR tahun 2013 agak kurang mendapat sambutan pada kali neh. Maksud admin ialah perkongsian soalan tersebut. Kurang meriah mungkin disebabkan suasana bulan Ramadhan yang menyebabkan kesuntukan masa dikalangan guru dan juga banyak pihak PPD / JPN tidak membuat soalan secara selaras lagi. Ada beberapa koleksi yang admin akan kongsikan dan bahan / sumber asal adalah dari perkongsian di internet seperti di KGMSR, KGM dan sebagainya. 

Pada kali ini juga admin akan berkongsi melalui perkongsian di Dropbox dan bukan di scribd lagi seperti tahun lepas (rujuk : koleksi soalan percubaaan upsr 2012). Namun ia bergantung kepada kemampuan akaun dropbox admin. Jika sudah penuh terpaksa berpindah balik ke scribd.

KEMASKINI:
Akaun dropbox telah digantung disebabkan trafik yang tinggi (rujuk rajah di bawah). Oleh itu, admin telah membuat alternatif lain dengan menggunakan akaun scribd (terpaksa pindah balik ke scribd). Sila klik pada negeri berkaitan untuk ke pautan tersebut.


12. Negeri Perlis
13. Negeri Kelantan
14. Negeri Sembilan



# Sedang berusaha mengumpul seberapa banyak soalan percubaan dari pelbagai sumber. Jika anda tidak keberatan, sila hantarkan ke email jgg4452@yahoo.com. Sumbangan anda didahului dengan ucapan terima kasih.

# Halaman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bergantung kepada sumbangan penderma soalan.

# Minta maaf awal-awal skema jawapan tidak disertakan untuk semua soalan. Ia bergantung kepada sumber soalan / pembekal.


Soalan Percubaan UPSR Tahun 2012 boleh didapati di sini


Saturday, August 3, 2013

Nasihat Perjalanan Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013 (PLUS)

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI: PLUS GESA ORANG RAMAI PATUHI JADUAL PERJALANAN TTA
Orang ramai digesa supaya merancang perjalanan balik kampung mereka menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.
Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “TTA memainkan peranan yang amat penting dalam membantu orang ramai merancang perjalanan mereka. Ini memandangkan sebanyak 1.4 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa.”
Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
“Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos (bagi perjalanan balik kampung) serta di antara 10 hingga 18 Ogos (bagi perjalanan balik ke Lembah Klang). Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat,” tambah Noorizah.
Jadual TTA kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti Hari Kemerdekaan iaitu di antara 30 Ogos hingga 1 September.
Noorizah ditemui pada majlis taklimat kepada wakil media berhubung TTA dan persediaan PLUS dalam menghadapi peningkatan trafik yang diadakan di Persada PLUS pada 2 Ogos.
“Kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA oleh orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu membuktikan keberkesanan TTA di mana ia berjaya mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan dan menjadikan perjalanan mereka lebih lancar, selamat dan selesa. Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang, kerana keberkesanan TTA bergantung kepada orang ramai,“ kata beliau.

Tema Hari Kemerdekaan ke 56, Ogos 2013

Tema sambutan hari kemerdekaan kali ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos 2013 ialah :

"Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku"

Info berkaitan program kemerdekaan ini boleh dilayari di http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/.




Lagu tema untuk sambutan kali neh seperti berikut: