Monday, September 30, 2013

Phishing - Maklumat Nombor Akaun Gaji Kakitangan Awam

Hari neh admin dikejutkan dengan berita aktiviti phishing yang telah mengakibatkan pendedahan maklumat sulit kakitangan awam (terutama / sasaran warga guru) di beberapa kawasan yang telah diterima menerusi email. Print screen email tersebut adalah seperti berikut:



Antara status facebook yang sempat admin kongsikan ialah seperti berikut:

1. Hafiz Fatash PoloKing: sekolah-sekolah di pendang dalam 2 - 3 hari nie heboh pasal email palsu yang meminta pihak sekolah kemaskini no akaun gaji, ada sekolah yg telah menghantar data ke email tersebut. mohon rakan-rakan semak dgn sekolah masing kerana pihak JPN telah memaklum ke sekolah yang email tersebut adalah email palsu..



*sekolah pendang selamat sebab belum bt data tersebut... Alhamdulillah.. — at Pejabat Pengurusan SK Pendang.


2. Yana Lyana: PT sekolah dan sekitar daerah saya tlh menerima email mlalui email sekolah yg meminta phk sekolah mengemaskini maklumat gaji para guru dan staf sblm 30 sep ni. Tanpa sebarang prejudis, pt melaksanakan tugasnya dn membalas email tersebut minggu lalu. Hari ini, maklumat yg diterima mengatakan email tu ialah tipu, scam. 

Sekarang, utk menyelamatkan duit dlm bank, cgu2 perlu keluarkan duit dr akaun bank gaji. Ada juga sekolah yg minta pihak bank bekukan sementara transaksi akaun guru/staf.

Ish...sapalah yg jahat nak mencuri hasil penat lelah orang ni? 



Beberapa status facebook lain juga bercakap mengenai isu yang sama. Kes setakat ini banyak berlaku di kawasan Kedah dan Negeri Sembilan. Laporan polis juga telah dibuat. 

Pengajaran dari isu ini bagi admin ialah kita semua perlu lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas. Walaupun niat dan kesungguhan kita melakukan sesuatu tugas sebaik sahaja menerima sesuatu arahan (termasuk melalui email) itu baik, namun akibatnya boleh menimpa pihak lain. 

Melalui sebaran di facebook, admin harap gejala ini dapat segera dihentikan dengan mengaktifkan langkah berjaga-jaga di semua pejabat kerajaan dan sesiapa sahaja yang mempunyai akses terhadap maklumat peribadi kakitangan awam. 




Dari satu status facebook seorang guru, aktiviti ini telah dirancang seawal April 2013 apabila penjenayah tersebut telah menghantar email ke sekolah-sekolah dan meminta sekolah membalas email tersebut. Ini boleh dikatakan usaha awal penjenayah untuk mengesahkan email sekolah itu aktif. Namun pada ketika itu maklumat yang dikehendaki masih lagi maklumat biasa. Ketika inilah (bulan September) penjenayah itu memasang perangkap dengan meminta maklumat sulit guru sebagai langkah kedua mereka. 


Beberapa langkah terkini untuk membendung kegiatan ini dan untuk mengelakkan kerugian di masa depan oleh guru-guru ialah dengan menutup akaun bank gaji guru yang terlibat dan membuka akaun baru. Berikut adalah antara arahan yang diberikan oleh JPN Negeri Sembilan.


Laporan Sinar Harian edisi online pada 03 Oktober 2013:

SEREMBAN – Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.

Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit.

"Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin. Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam masa sama, Kalsom turut menasihatkan guru-guru di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.

“Jika ada pihak-pihak yang meminta nombor akaun dalam bentuk e-mel, mereka perlu merujuk kepada jabatan berkenaan terdahulu. Jangan terperangkap dengan helah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Link : http://www.sinarharian.com.my/semasa/guru-hilang-gaji-di-n-sembilan-1.207941 (pada 03/10/2013 jam 08:45 p.m)

sumber: facebook (pelbagai)

No comments:

Post a Comment