Thursday, October 31, 2013

HALUAN KERJA PENDIDIKAN - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara

Artikel ini agak ketinggalan untuk admin siarkan di sini, sebab ia tulisan tahun 2011. Tapi daripada terus tidak disiarkan dan berada di dalam folder komputer admin sahaja, lebih baik admin siarkan juga di sini. Ada sesetengah bahagian / fakta agak ketinggalan disebabkan ia diterbitkan pada tahun 2011, tapi masih banyak lagi bahagian yang boleh diguna pakai sebagai panduan kita. 




Sunday, October 27, 2013

Tutorial : Bagaimana mengimport data murid SMM / APDM ke SPS

sumber : klik sini
Akhirnya saya berjaya menjumpai teknik mengimport data murid ke Sistem Pengurusan Sekolah. Ya, data murid SMM atau APDM boleh diimport ke dalam SPS. Pada mulanya saya berfikir guru kelas pasti akan terbeban sekiranya terpaksa menaip semula dari kosong data murid.
Saya pun go through SPS dan mendapati dalam Modul Pengurusan Murid terdapat submodul Perpindahan Murid. Terdapat menu Import Fail Perpindahan Murid.
Sebenarnya database kebanyakan sistem boleh dimuatnaik sama ada secara front-end mahupun back-end. Saya mendapat idea untuk memindahkan murid terlebih dahulu dengan mengeksport maklumat murid dalam sistem SPS. Setelah maklumat murid dieksport, fail murid boleh dimuatturun dalam Log Perpindahan Murid (dalam modul Pengurusan Murid). Setelah memilih Format SPS, fail zip akan dimuatturun. Sila extract, dan terdapat beberapa fail comma separated values (cvs). 
Fail yang perlu dikemaskini/modify adalah Maklumat Murid.csv. Sekiranya anda terlebih rajin, anda boleh modify semua fail csv berkenaan. Untuk memudahkan anda memindahkan data murid, saya akan kepilkan fail csv berkenaan dalam artikel ini. Sila rujuk bahagian bawah artikel untuk download fail Maklumat Murid.csv format SPS.
Namun dalam artikel saya ini, saya hanya akan menunjukcara modify fail asas murid. Anda perlu membuka sama ada fail SMM melalui SMMDATA.mdb ataupun fail Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) - eksport fail ke excel atau papar data online. 
  • Click to enlarge image 01tambah-jadual.jpg
  • Click to enlarge image 02pilih-medan.jpg
  • Click to enlarge image 03export-query.jpg
  •  
Kemudian, buat satu query sendiri. Sebagai contoh dalam fail SMM, buka SMMDATA.mdb, add table Tmurid dalam Query Designer. Pilih medan-medan seperti yang tercatat dalam fail Maklumat Murid.csv berkenaan. Untuk rujukan bagaimana membuat query ini, sila rujuk artikel bertajuk "Bagaimana membuat query dalam SMM".
Setelah query yang dibina siap, jana query dan simpan query anda sebagai query-import-sps. Masih dalam Microsoft Access, pergi ke senarai query dan right-click query-import-sps. Export fail ke dalam format Microsoft Excel.
Kemudian buka fail excel tersebut. Pastikan NoKP murid tiada ralat. Sebagai contoh, no kad pengenalan murid 010131083443. Apabila dieksport, mungkin nombor sifar di hadapan sekali hilang dan menjadi 10131083443. Sekiranya nombor sifar hilang, pastikan lajur NoKP diset sebagai TEXT dan bukannya nombor. Jika tidak, gunakan kemahiran excel anda, letak formula CONCATENATE 0 dan NoKP yang ralat dan jana lajur baru.
  • Click to enlarge image export-excel.jpg
  • Click to enlarge image murid-csv.jpg
  •  
Pastikan anda membuka Maklumat Murid.csv, copy paste fail dari excel hasil eksport query SMM ke lajur dalam Maklumat Murid.csv. Ikut lajur sedia ada dan jangan silap. Penuhkan Maklumat Murid.csv dengan maklumat murid mengikut hasil query yang telah anda eksport ke Excel. Simpan fail csv dan kita akan mengupload fail csv tersebut ke dalam sistem SPS.
Lajur FromLevelCode dan ToLevelCode, sila setkan ikut ketentuan: 
70 untuk darjah 6, 60 untuk darjah 5, 50 untuk darjah 4, 40 untuk darjah 3, 30 untuk darjah 2, 20 untuk darjah 1 dan sebagainya. Sila rujuk modul Pengurusan Maklumat Sekolah, dalam submodul Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan untuk kepastian kod darjah. 
Anda juga perlu menggabungkan KodTingkatan/Tahun dengan NamaKelas dalam satu lajur dalam format csv Maklumat Murid.csv.
  • Click to enlarge image 01pindah-murid.jpg
  • Click to enlarge image 02menu-import.jpg
  • Click to enlarge image 03import-csv.jpg
  • Click to enlarge image 04kepastian.jpg
  •  
Setelah fail Maklumat Murid.csv anda siap dimurnikan dengan data SMM, anda boleh membuka sistem SPS di url https://sps.1bestarinet.net/SPS. Login sebagai System Administrator. Setelah login, klik menu Pentadbir Sekolah. Pergi ke modul Pengurusan Murid dan klik submodul Perpindahan Murid. Klik Import Fail Perpindahan Murid, dalam medan Choose File, cari fail Maklumat Murid.csv anda. Akhir sekali, tekan Import. Sistem akan memapar alert Pasti untuk Import Data, tekan Ya. Tunggu sehingga sistem memapar fail csv berjaya diimport.
  • Click to enlarge image 01penempatan-manual.jpg
  • Click to enlarge image 02filter-tiadakelas.jpg
  • Click to enlarge image 03tik-murid.jpg
  • Click to enlarge image 04setting-pindah.jpg
  • Click to enlarge image 05d5-berjaya.jpg
  •  
Di dalam modul Pengurusan Murid, pergi ke submodul Penempatan Murid Secara Manual. Anda perlu filter terlebih dahulu rekod yang ingin dipindahkan. Sebagai contoh, saya baru mengimport data tahun 5. Jadi saya pilih Darjah 5 dan kelas pilih Tiada Kelas. Tekan Carian. Tunggu hingga sistem memapar senarai murid Darjah 5 yang masih Tiada Kelas.
Ok. Di sini anda memerlukan satu senarai murid mengikut kelas yang lengkap. Di sini saya menggunapakai senarai nama murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), login sebagai Sekolah. Eksport data murid ke format Excel, dan saya splitkan screen, satu sistem SPS dan satu fail eksport nama murid dari APDM.
Tikkan nama murid yang hendak dipindahkan dan tekan Pindah Murid. Dalam halaman Pindah Murid, tetapkansetting tarikh efektif (saya masukkan awal tahun persekolahan sebagai tarikh efektif) dan nama kelas. Nama-nama murid Darjah 5 tadi saya pindahkan ke D5 Ibnu Khaldun. Tekan Pindah Murid. Sistem akan memproses perpindahan murid bergantung kepada jumlah murid. Lagi ramai murid, lagi lama proses query pindah murid dilakukan.
Setelah selesai proses penempatan murid secara manual, jangan lupa Selenggara Maklumat Murid. Login sebagai guru kelas, kemudian selenggara maklumat murid. Cara import data SMM ke SPS ini hanya mengimport maklumat asas, namun maklumat-maklumat lain masih perlu diselenggara dalam SPS itu sendiri. Jadilah, daripada kena key-in nama murid dari kosong, setidak-tidaknya nama murid dah sedia ada dalam SPS. Baru tugas menyelenggara maklumat murid diagih kepada guru kelas.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Sekiranya anda telah login sebagai Guru Kelas tetapi tidak nampak menu untuk menyelenggara maklumat murid, sila rujuk artikel bertajuk "Ralat Guru Kelas dalam SPS".
Terima kasih sekali lagi kerana menggunakan artikel saya ini untuk menguruskan data murid sekolah anda. Pengunjung dibenarkan untuk share/copy paste maklumat ini ke dalam blog/web/laman sosial anda. Tapi jangan lupa nyatakan sumber url saya ini ya!
Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer Virtual Desktop Infrastructure Lab VDI Thin Client/Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
Attachments:
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-1.csv)Maklumat Murid D1[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 1 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-2.csv)Maklumat Murid D2[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 2 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-3.csv)Maklumat Murid D3[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 3 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-4.csv)Maklumat Murid D4[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 4 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-5.csv)Maklumat Murid D5[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 5 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-darjah-6.csv)Maklumat Murid D6[Mengandungi medan/lajur maklumat murid darjah 6 mengikut format SPS]1 kB
Download this file (maklumat-murid-format-prasekolah.csv)Maklumat Murid Prasekolah[Mengandungi medan/lajur maklumat murid prasekolah mengikut format SPS]1 kB
sumber : klik sini


Pelaporan Standard Prestasi KSSR Tahun 4 - Koleksi Templete Pelaporan KSSR

Pelaporan Standard Prestasi KSSR bermula tahun 4, 2014 adalah menggunakan file berformat MS Excell. Pengguna dinasihatkan membuka atau menyimpan dalam format MS Office 2017 untuk mengelakkan masalah dikemudian hari.

Format pelaporan ini mungkin boleh berubah mengikut perkembangan dan semua guru dinasihatkan peka dengan perubahan yang berlaku.


MUAT TURUN MELALUI GOOGLE DRIVE - sila klik sini


File pelaporan boleh dimuat turun di bawah untuk mata pelajaran seperti berikut:
     01. Pendidikan Islam - klik sini 
     02. Matematik - klik sini 
     03. Bahasa Melayu - klik sini 
     04. Bahasa Inggeris - klik sini 
     05. Pendidikan Muzik - klik sini 
     06. Sains - klik sini 
     07. Pendidikan Kesihatan - klik sini 
     08. Sejarah - klik sini 
     09. Pendidikan Jasmani - Akuatik - Versi pembetulan - klik sini 
     10. Pendidikan Jasmani - Rekreasi - Versi pembetulan - klik sini 
     11. Pendidikan Seni Visual - klik sini 
     12. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) - klik sini 
     13. Pendidikan Moral - klik sini 

Tidak dapat muat turun dalam format MS Excell ? Sila baca tutorial ini - klik di sini

Admin membuat rayuan sekiranya anda mempunyai templete pelaporan untuk mata pelajaran yang tiada disenaraikan seperti di atas untuk menghantar kepada admin dengan memberi pautan atau hantar terus ke email admin di jgg4452@yahoo.com Terima kasih.































Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 5 Kertas 2

Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 5 Kertas 2




Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 5 Kertas 1

Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 5 Kertas 1




Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 4 Kertas 2

Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 4 Kertas 2




Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 4 Kertas 1

Peperiksaan Akhir Tahun 2013 : Matematik Tahun 4 Kertas 1




Thursday, October 24, 2013

Aplikasi Interaktif Matematik Menggunakan Flash

Admin dapat bahan neh dari perkongsian dengan rakan semasa kursus KSSR tahun 4. Ia merupakan fail dalam format flash yang mana kita boleh mengubah beberapa setting tertentu supaya ia selari dengan objektif pengajaran kita. Bahan ini mungkin tidak sesuai untuk semua tajuk dan kemahiran pelajar, jadi guru hendaklah menyesuaikan bahan yang ada dengan kemahiran yang hendak diajar. Disertakan beberapa contoh printscreen aplikasi tersebut.

Admin sediakan 3 tapak untuk muat turun iaitu menggunakan Google drive, 4shared dan juga dropbox. Sesetengah pautan memerlukan anda mendaftar sebelum anda boleh muat turun.

Muat turun melalui Google Drive : klik sini

Muat turun melalui 4shared : klik sini

Muat turun melalui dropbox : klik sini


Contoh untuk koordinat (KSSR tahun 4 boleh guna yang neh)


Contoh untuk timbangan berat (sesuai untuk membaca skala)


Contoh untuk membina, membaca graf


Anda sangat digalakkan untuk mengguna dan menyebarkan bahan di blog ini kepada rakan-rakan yang lain.

Wednesday, October 23, 2013

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 4 (Draf) dan Modul PnP / PdP

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) matematik untuk sekolah rendah setakat ini (sehingga artikel ini ditulis) masih lagi dalam bentuk draf. Selain itu, masalah utama ialah DSKP untuk SKJT dan SKJC yang agak sukar untuk diperolehi walaupun kursus penyebaran KSSR telah bermula. Di sini admin kongsikan bahan-bahan tersebut (DSKP dan Modul)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 4 - SK


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 4 - SJKC


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 4 - SJKT



Modul PnP / PdP - SK


Modul PnP / PdP - SJKC


Modul PnP / PdP - SJKT




# DSKP untuk SK, DSKP untuk SJKC, DSKP untuk SJKT


Thursday, October 17, 2013

Friday, October 11, 2013

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013: PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan bertarikh 10 Oktober 2013 yang bertajuk PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA. Jika diambil kira perkhidmatan guru juga merupakan Perkhidmatan Awam, maka pekeliling ini mungkin memberi berita gembira untuk guru-guru dan kakitangan wanita untuk memilih lebih banyak gaya berpakaian ke tempat kerja. Tahniah kepada mereka. 





# SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013: PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA

Monday, October 7, 2013

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) - Manual dan dokumen berkaitan

Admin cuba upload bahan berkaitan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dari masa ke semasa untuk bahan bacaan semua. Sebagai permulaan admin sediakan bahan di bawah:

Bukan semua dokumen di sini untuk guru akademik biasa. Jadi guru akademik biasa (GAB) hanya perlu merujuk dokumen yang ditulis "Guru Akademik" sahaja untuk lebih mudah memahami proses yang berlaku.

Selain daripada dokumen yang ada di bawah ini, anda juga diminta merujuk bahan yang dikongsikan di 4shared untuk memahami TIME BASED Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Bahan dalam format winrar. Sila muat turun di sini - klik sini. (Anda mungkin dikehendaki mendaftar akaun di 4shared untuk memuat turun fail tersebut).




























Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah

Pengenalan

Manual IKAM ialah merupakan satu instrument matematik hasil dari penilaian semula Indicator for Mastery in Arithmatic ( IMA 1 dan 2 ) yang pernah digunakan dahulu. Instrumen tersebut terdapat kekeliruan kerana kandungannya merangkumi beberapa kemahiran dalam mata pelajaran Matematik yang menggunakan kaedah mode yang menyukarkan guru untuk melaksanakan dan mengesan masalah sebenar murid.

Manual ini mengandungi 3 item ujian :-
  • Ujian Saringan dan borang rekod ujian.
  • Ujian Diagnostik dan borang rekod ujian.
  • Ujian Pelepasan dan borang rekod ujian.

Apa itu IKAM

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Tahap Satu

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM THP1) adalah satu alat untuk mengesan dan mengenal pasti sama ada seseorang murid itu memerlukan bantuan atau perkhidmatan tambahan dari guru di Kelas Program Pemulihan Khas atau Program Pemulihan Dalam Bilik Darjah (KBSR).

IKAM Tahap Satu ini akan diguna-pakai oleh Guru Pemulihan Khas negeri Johor, bagi menyaring murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran matematik di Tahun 2 dan Tahun 3. Ujian diagnostik pula diguna-pakai sebagai mengesan tahap kelemahan murid pemulihan khas. Manakala Ujian Pelepasan diguna-pakai sebagai instrument untuk melayakkan murid ke kelas KBSR.

Matlamat IKAM

Memastikan 100% murid –murid sekolah rendah dan menengah di dalam negeri Johor menguasai kemahiran asas mengira dalam matematik .

Objektif IKAM
  • Murid dapat meningkatkan kemampuan dan keupayaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan sendiri.
  • Menentukan kumpulan yang sewajarnya diberikan bimbingan menerusi program Pemulihan Khas bermula pada tahun 2009.
  • Memberikan maklumat tentang tindakan akan diambil oleh guru mata pelajaran Matematik dan guru Pendidikan Pemulihan Khas untuk membantu murid yang berkenaan.
  • Murid Tahun 2 dan 3 dalam Tahun 2009 dapat menguasai kemahiran asas Matematik yang menggunakan modul IKAM oleh Program Pemulihan Khas (PPK) Negeri Johor.

Kumpulan Sasaran IKAM
  • Murid sekolah Rendah Tahap satu(Tahun 2 dan 3)
  • Murid Kelas Pemulihan Khas
  • Murid Sekolah Rendah yang kenal pasti gagal dalam matematik
  • Murid Pra Sekolah yang bermasalah.

Set Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah ini disediakan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan bahan sokongan untuk guru-guru Pemulihan Khas dalam membantu murid tahun 4, 5 dan 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas mengira. Set instrumen IKAM ini mengandungi 152 muka surat. 

Set IKAM ini mengandungi:

1) Instrumen Saringan  
  • dilaksanakan pada awal tahun.
  • diuji kepada murid yang dikenalpasti masih tidak menguasai kemahiran mengira.
  • melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
  • ditadbir oleh guru pemulihan atau guru guru mata pelajaran.
  • soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

2) Instrumen Pelepasan Tahap 1 
  • sebagai latihan kepada murid
  • soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.

3) Instrumen Pelepasan Tahap 2
  • dilaksanakan pada  3X setahun iaitu pada Januari, Jun dan Oktober
  • diuji kepada murid untuk tujuan pelepasan murid ke kelas perdana.
  • diuji selepas murid selesai belajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
  • sekiranya murid tidak lulus, murid dikira belum menguasai dan perlu mengulangi semula PdP
  • murid yang lulus boleh kembali ke kelas arus perdana.
  • tajuk diuji terdiri daripada operasi tambah, tolak, darab, bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.