Monday, October 7, 2013

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah

Pengenalan

Manual IKAM ialah merupakan satu instrument matematik hasil dari penilaian semula Indicator for Mastery in Arithmatic ( IMA 1 dan 2 ) yang pernah digunakan dahulu. Instrumen tersebut terdapat kekeliruan kerana kandungannya merangkumi beberapa kemahiran dalam mata pelajaran Matematik yang menggunakan kaedah mode yang menyukarkan guru untuk melaksanakan dan mengesan masalah sebenar murid.

Manual ini mengandungi 3 item ujian :-
  • Ujian Saringan dan borang rekod ujian.
  • Ujian Diagnostik dan borang rekod ujian.
  • Ujian Pelepasan dan borang rekod ujian.

Apa itu IKAM

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Tahap Satu

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM THP1) adalah satu alat untuk mengesan dan mengenal pasti sama ada seseorang murid itu memerlukan bantuan atau perkhidmatan tambahan dari guru di Kelas Program Pemulihan Khas atau Program Pemulihan Dalam Bilik Darjah (KBSR).

IKAM Tahap Satu ini akan diguna-pakai oleh Guru Pemulihan Khas negeri Johor, bagi menyaring murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran matematik di Tahun 2 dan Tahun 3. Ujian diagnostik pula diguna-pakai sebagai mengesan tahap kelemahan murid pemulihan khas. Manakala Ujian Pelepasan diguna-pakai sebagai instrument untuk melayakkan murid ke kelas KBSR.

Matlamat IKAM

Memastikan 100% murid –murid sekolah rendah dan menengah di dalam negeri Johor menguasai kemahiran asas mengira dalam matematik .

Objektif IKAM
  • Murid dapat meningkatkan kemampuan dan keupayaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan sendiri.
  • Menentukan kumpulan yang sewajarnya diberikan bimbingan menerusi program Pemulihan Khas bermula pada tahun 2009.
  • Memberikan maklumat tentang tindakan akan diambil oleh guru mata pelajaran Matematik dan guru Pendidikan Pemulihan Khas untuk membantu murid yang berkenaan.
  • Murid Tahun 2 dan 3 dalam Tahun 2009 dapat menguasai kemahiran asas Matematik yang menggunakan modul IKAM oleh Program Pemulihan Khas (PPK) Negeri Johor.

Kumpulan Sasaran IKAM
  • Murid sekolah Rendah Tahap satu(Tahun 2 dan 3)
  • Murid Kelas Pemulihan Khas
  • Murid Sekolah Rendah yang kenal pasti gagal dalam matematik
  • Murid Pra Sekolah yang bermasalah.

Set Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah ini disediakan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan bahan sokongan untuk guru-guru Pemulihan Khas dalam membantu murid tahun 4, 5 dan 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas mengira. Set instrumen IKAM ini mengandungi 152 muka surat. 

Set IKAM ini mengandungi:

1) Instrumen Saringan  
  • dilaksanakan pada awal tahun.
  • diuji kepada murid yang dikenalpasti masih tidak menguasai kemahiran mengira.
  • melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
  • ditadbir oleh guru pemulihan atau guru guru mata pelajaran.
  • soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

2) Instrumen Pelepasan Tahap 1 
  • sebagai latihan kepada murid
  • soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.

3) Instrumen Pelepasan Tahap 2
  • dilaksanakan pada  3X setahun iaitu pada Januari, Jun dan Oktober
  • diuji kepada murid untuk tujuan pelepasan murid ke kelas perdana.
  • diuji selepas murid selesai belajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
  • sekiranya murid tidak lulus, murid dikira belum menguasai dan perlu mengulangi semula PdP
  • murid yang lulus boleh kembali ke kelas arus perdana.
  • tajuk diuji terdiri daripada operasi tambah, tolak, darab, bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.



No comments:

Post a Comment