Friday, November 29, 2013

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2013 / Pembayaran Bonus 2013

Bayaran imbuhan tahunan / bayaran khas prestasi atau nama umumnya bonus bagi kakitangan awam adalah mengikut pekeliling berikut di bawah. Keputusan pembayaran ini adalah selaras dengan pengumuman berkaitan dengannya semasa pembentangan belanjawan yang lalu. Antara intipati menarik tentang pekeliling tersebut ialah :

1. Bayaran dibuat pada 02 Januari 2014.
2. Bayaran sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 (tertakluk kepada syarat).
3. Minima bekerja ialah 30 hari untuk membolehkan anda menerima bayaran ini (tertakluk kepada syarat).

Sila baca PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 37 TAHUN 2013 yang dikeluarkan oleh JPA ini.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 37 TAHUN 2013 




Thursday, November 28, 2013

Peruntukan Waktu Untuk KSSR Tahap 1 dan Tahap 2

Peruntukan waktu untuk KSSR Tahap 1 dan 2 adalah seperti mana di dalam slide powerpoint yang ditaklimatkan oleh pihak BPK semasa kursus penyebaran KSSR tahun 4 lalu iaitu seperti berikut:

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas. 


Slide penuh adalah seperti berikut: (Rujuk slide ke 19 dan 20)



Untuk rujukan, peruntukan waktu untuk tahap 1 juga telah diberikan panduan sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 11 tahun 2010 seperti berikut:




KEMASKINI
Sila rujuk pekeliling terkini berkaitan peruntukan masa KSSR tahap 2 di sini - klik di sini.





Takwim Persekolahan, Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Tahun 2014

Takwim ini hendaklah dibaca bersama dengan takwim yang lain iaitu:
1. Takwim cuti umum Persekutuan dan negeri-negeri di Malaysia
2. Takwim cuti umum negeri Johor

KEMASKINI :
Takwim di bawah telah berubah. Sila klik di sini untuk melihat takwim terbaru yang dikeluarkan oleh pihak KPM.



KEMASKINI :
Takwim di atas telah berubah. Sila klik di sini untuk melihat takwim terbaru yang dikeluarkan oleh pihak KPM.




Saturday, November 23, 2013

Tutorial : Bagaimana Untuk Muat Turun Bahan Melalui Scribd?

Admin menerima beberapa persoalan daripada mereka yang tidak biasa menggunakan scribd. Persoalan utama ialah bagaimana untuk memuat turun / download bahan melalui scribd secara percuma dan dalam bentuk yang pelbagai. 

Dalam bentuk pelbagai ? 

Ya ! Scribd membolehkan kita memuat turun dalam format asal bahan tersebut seperti MS Word atau dalam bentuk acrobat (pdf). Namun ia bergantung kepada pemilik bahan tersebut sama ada membenarkan pengguna memuat turun dalam pelbagai format atau dalam satu format sahaja. 

Satu perkara penting untuk diketahui ialah scribd tidak membenarkan pengguna berkongsi bahan yang ada kata kunci atau di setkan sebagai 'secured'.

Bagi blog admin, penggunaan scribd diutamakan kerana kemudahan dan mesra pengguna dan mesra paparan untuk admin blog. Beberapa percubaan menggunakan enjin storan yang lain seperti 4shared, dropbox, slideshare dan beberapa aplikasi yang lain tidak begitu mesra seperti mempunyai batasan tertentu. Contohnya dropbox tidak membenarkan capaian berkapasiti tinggi. Akhirnya admin kembali menggunakan scribd. 

Sebagai permulaan, anda hendaklah ke laman sribd iaitu www.scribd.com

paparan laman scribd (pada 23/11/2013)


Klik pada Log in.


Sekiranya anda mempunyai akaun facebook, anda boleh log in menggunakan akaun facebook dengan klik pada 'Login with Facebook'.

Anda juga boleh log in menggunakan akaun scribd sendiri. 

Jika anda tidak ada akaun facebook atau akaun scribd sendiri, maka eloklah sekiranya anda mendaftar dan mencipta akaun scribd sendiri dengan klik pada 'Sign up for a free account'.


Teruskan mendaftar dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki. 

Semasa hendak memuat turun bahan di scribd, perhatikan paparan di bawah. Anda boleh 'Choose a format' untuk bahan tersebut (bergantung kepada setting pemilik asal bahan). Contoh gambar di bawah anda boleh muat turun dalam format .pdf atau dalam .docx (MS Word Office 2007). 

Anda tidak boleh muat turun dalam format .docx jika anda bukan pemilik akaun scribd. Sebab itulah pentingnya anda mendaftar sebagai pemilik akaun scribd (sama ada mendaftar dengan log in menggunakan facebook atau akaun khas scribd).


Bagaimana untuk muat turun bahan di blog admin ?

Perhatikan contoh bahan di blog admin seperti di bawah.

Tajuk bahan adalah 'Surat Arahan Perubahan RMT Mulai 01 Januari 2014'. 

Klik pada tajuk tersebut. Ia akan membawa anda ke web scribd di mana bahan tersebut berada. Jika anda sudah log in ke akaun scribd, maka anda bolehlah memuat turun bahan tersebut dalam pelbagai format (bergantung kepada setting pemilik bahan dan juga format asal bahan tersebut). 

Bahan yang di muat naik (upload) dalam format .pdf tidak boleh dimuat turun dalam format lain. Tapi bahan dalam format MS Word boleh dimuat turun dalam format .pdf atau dalam format asal (MS Word). 

Jika anda tidak ada akaun atau tidak log in ke akaun scribd, anda tidak boleh muat turun dalam format MS Word sebaliknya hanya boleh muat turun dalam format .pdf. 

Anda juga boleh terus memuat turun dengan klik pada butang  tetapi format yang ditetapkan mungkin bukan dalam format yang dikehendaki / mungkin berubah dari format asal bahan tersebut. 


Saya sudah mendaftar dan log in ke akaun scribd tetapi masih tidak boleh memuat turun bahan. 

Ada 2 sebab anda dikenakan sekatan seperti ini. Pertamanya ialah anda pengguna baru scribd. Keduanya ialah anda tidak ada atau tidak cukup bahan di muat naik ke scribd. 

Scribd adalah medium perkongsian. Untuk anda muat turun, anda perlu muat naik bahan juga. Admin juga mengalami peristiwa yang sama pada awal penggunaan scribd. Jadi langkah penyelesaian ialah dengan memuat naik seberapa banyak bahan ke scribd. 

Apakah bahan itu ? Terpulang kepada anda untuk memuat naik apa apa sahaja bahan yang ada asalkan bukan bahan yang sensitif. Bahan tersebut termasuklah bahan / file kosong sahaja. 


Klik pada 'Upload' yang berwarna biru itu untuk memuat naik bahan anda. 

Selain itu anda juga boleh menggunakan scribd uploader dengan memasang perisian tersebut di komputer anda. Penggunaan scribd uploader amat disarankan kepada pengguna yang kerap memuat naik bahan ke akaun scribd. 

contoh paparan scribd uploader



Pertukaran Cuti Hujung Minggu Johor dari Sabtu-Ahad ke Jumaat-Sabtu

Sila rujuk pekeliling yang berkaitan dengan penukaran waktu bekerja ini di sini : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/12/pekeliling-am-kerajaan-negeri-johor.html 

Berita penyebaran pertukaran cuti hujung minggu ini telah tersebar beberapa bulan lalu terutama apabila gambar kertas kerja berkenaannya telah tersebar di facebook / internet. Pada 23 November pula, Berita Harian telah menyiarkan berita terkini mereka seperti di bawah:

Gambar Berita Harian, 23/11/2013.

Selain Berita Harian, akhbar Kosmo! juga menyiarkan berita terkini mereka seperti berikut:

Gambar Kosmo!, 23/11/2013.

Gambar kertas kerja yang tersebar beberapa minggu lalu.

Sila rujuk pekeliling yang berkaitan dengan penukaran waktu bekerja ini di sini : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/12/pekeliling-am-kerajaan-negeri-johor.html 


Friday, November 22, 2013

What Teachers Make

Lakaran ini agak bermakna untuk seorang bergelar guru atau cikgu. *Abaikan unsur yang agak keras disitu (jika ada).

sumber : sini
sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas







Thursday, November 21, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Admin tidak menulis artikel ini tetapi hanya berkongsi artikel melalui sumber di sini dan sini:


Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7

Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com 


Satu lagi artikel di blog Tebu Manis juga menarik untuk dikongsi bersama:



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Nama Ahmad Ammar tiba2 menjadi sebutan ramai orang
Yang Istimewanya beliau dikenali setelah pergi dijemput ALLAH
Semua ini sudah direncana oleh ALLAH--
Untuk dikenali setelah meninggal dunia--
Persoalannya kenapa?
Saya ada jawapannya--
Setelah saya baca FBnya,dan FB ahli keluarganya saya dapati mereka adalah manusia yang baik2 untuk kita kenali


AHMAD AMMAR meninggal dunia pada 1 Muharram 1435h (2/11/13) kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di TURKEY.Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.


Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Nak tahu lagi baca sini 


almarhum ahmad ammar
AMMAR bersama ABAHnya
Sudah tiba masanya KIta menjadikan Kejadian ALLAH yang sebaik AHMAD AMMAR sebagai IKON dan IDOLA kita.AHMAD AMMAR adalah lambang anak muda yang menginfakkak dirinya berjuang kejalan ALLAH. Dalam usia 20 tahun beliau telah berfikir sejauh orang dewasa yang berusia sekaliganda dirinya

almarhum ahmad ammar

almarhum ahmad ammar
Raya terakhir AMMAR bersama keluarga (EIDULADHA 1434h)

Impiannya hebat
Begitu juga dengan Impian Ibubapanya
Mereka ingin mempersiapkan anak lelaki tunggal 
untuk UMMAT.Jarang sekali saya dengan impian IBU BAPA semulia
IBU BAPA AMMAR.Mereka menghantar AMMAR menimba ILMU sejauh BUMI TURKEY semata mendapat keredhaan ALLAH dan selebihnya supaya
anakanda mereka dapat memberi sumbangan terhadap AGAMA ISLAM

Sebagai guru--
Cerita AHMAD AMMAR menjadi 
penyuntik semangat kepada saya
agar lebih ramai jiwa AHMAD AMMAR dilahirkan disekolah 
Biar kanak2 melihat AHMAD AMMAR sebagai HERO
yang akan mereka kagumi dan teladani dan semoga
Kanak2 kecil menjadikan AHMAD AMMAR sebagai IDOLA
Agar apabila mereka dewasa mereka ingin menjalani 
kehidupan seperti AHMAD AMMAR
SELAIN HEBAT di Medan Akademik, AHMAD AMMAR tidak mahu sesaatpun dirinya jauh dari redha ALLAH.Baginya kerja DA'WAH adalah tanggungjawab penting yang harus digalas selain bersemangat mengikuti perbagai MISI KEMANUSIA seluruh dunia

http://tebumanis78.blogspot.com/2013/11/kenali-assyaheed-ahmad-ammar.html
Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bg mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkan utkNYA."Nur Azlina"

Catatan  Ahmad Ammar --
  • Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman.
  • Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru.
  • Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.. 
  • Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
  
almarhum ahmad ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”… 

Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau: 


“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini. 

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”


ammar
Perbualan bersama seorang temannya--katanya "Nak Jumpa Bidadari"


ammar
Rancangan masa depan AMMAR (diambil dari catatan notanya)
almarhum ahmad ammar



Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."


Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:


"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. ─░nnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)


Bergenang air mata semasa menulis kisah AMMAR,ianya terkesan dijiwa saya
Semoga catatan ini juga akan terkesan dijiwa sesiapa sahaja yang membacannya.
Wahai anak2 muda bangkitlah--
ambilla teladan dari kehidupan AMMAR--lihatlah betapa ALLAh sayangkannya sehingga kuburnya
diletakkan bersebelah dengan sahabat NABI (sahabat yang memberi rumah kepada RASULULLAH ketika baginda mula2 sampai ke MADINAH) 
AlFatihah

--Ayuh sambung kerja Dakwah dan Misi kemanusiaan yang pernah AMMAR lakukan--
#tebumanis78


Winamp Bakal Ditamatkan Selepas 20 Disember 2013

Bagi penggemar komputer, aplikasi Winamp merupakan suatu aplikasi kegemaran terutama untuk mendengar lagu. Namun berita mengenai aplikasi ini mungkin sesuatu yang menyedihkan:



Winamp merupakan salah satu pemain media yang popular suatu ketika dulu. Versi awalnya telah diperkenalkan pada April 1997, dan kini selepas lebih kurang 16 tahun hadir ke pasaran, ia dilihat Winamp bakal ditamatkan dan tiada lagi kemaskini akan diperkenalkan selepas 20 Disember 2013.
Winamp sedia ditawarkan bukan sekadar untuk komputer Windows sahaja, tetapi turut sama untuk peranti Android. Ia sedia terkenal untuk pengurusan fail MP3, disamping tawaran tema yang berbeza mengikut minat pengguna.
Selepas tarikh 20 Disember 2013 ini, laman Winamp.com akan ditutup, sekaligus membuatkan tiada lagi tawaran muat-turun untuk Winamp Media Player. Bagi mereka yang berminat boleh memuat-turun versi stabilnya hari ini, dan masih kekal menggunakannya selepas tarikh tersebut. Namun, tiada sebarang kemaskini akan diterima untuknya selepas terikh berkenaan.
SUMBER RUJUKAN: TNW

Wednesday, November 20, 2013

10 Manusia Terbijak di Dunia (Versi Barat)




Admin ambil dari sini 

Perubahan Kadar Makan Murid RMT Mulai 01 Januari 2014

Merujuk kepada surat :  KP(BKEW/BT)1910/RMT/A 5 Jld.18 (68) bertarikh 01.11.2013 menerangkan bahawa Kadar Kos Makan Murid RMT Sekolah Rendah mulai hari pertama persekolahan 2014 telah dinaikkan daripada kadar asal RM 1.80 sehari kepada:

RM 2.50 seorang murid / sehari. (Semenanjung Malaysia)

RM 3.00 seorang murid / sehari. (Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)


Semoga dengan kenaikan ini akan membantu penyediaan makanan yang lebih berkhasiat dan menyelerakan penerima RMT nanti.



sumber: PPD Johor Bahru, 20/11/2013

Surat arahan adalah seperti berikut (hasil google):





Monday, November 18, 2013

Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2014

Jadual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Takwim Persekolahan Tahun 2014 dan Takwim Cuti Umum Persekutuan dan Negeri-negeri di Malaysia dan juga Takwim Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2014. 


# Sila ambil perhatian bahawa cuti umum Deepavali telah diubah ke 22 Oktober 2014 (Rabu) dan bukannya 23 Oktober seperti yang tertera di atas.


# Cuti umum negeri Johor 2014

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2014

Carian pekeliling penuh di Jabatan Akauntan Negara belum ada dikeluarkan tetapi sudah banyak berlegar di internet jadual ini. Admin akan kemaskini maklumat jika ada maklumat terbaru nanti.

Klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat

Kemaskini:

Berikut adalah Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2013 yang menerangkan tentang hal berkaitan pembayaran gaji tahun 2014.




# Jadual gaji 2014, jadual pembayaran gaji kakitangan awam 2014.

Wednesday, November 13, 2013

Tutorial : CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

sumber asal : klik sini

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:

Langkah 1
Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet.



Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.



Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).



Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).



Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan kata laluan.
Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, bergantung kepada pilihan pengguna.



* Sekiranya ibu bapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui" (1BestariNet Parent not found)sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada leadmin.bba9224@yes.my


sumber asal : klik sini


Monday, November 11, 2013

VISI DAN MISI KPM YANG BARU


11 November 2013

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Friday, November 8, 2013

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA UNTUK UPSR, PMR, SPM, SPMU & STAM

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN UNTUK UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR), PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR), SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN), SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM).

Buku panduan ini hanyalah sebagai rujukan sahaja dan terdapat fakta yang perlu diubah supaya selari dengan perkembangan semasa.





Thursday, November 7, 2013

Tarikh Keputusan UPSR 2013

Berdasarkan berita dan pengumuman yang dibuat, keputusan UPSR 2013 akan diumumkan pada hari Khamis, 14 November 2013.


Berdasarkan pengalaman lalu, pengumuman dan keputusan boleh diperolehi seperti berikut:

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada 14 November 2013.

Semakan secara online pula boleh dibuat di :-
  • Buka ke laman Sesawang SAPS - klik sini
  • Tekan butang (Warna Hijau) Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
  • Pilih Sekolah Rendah
  • Pilih Tahun
  • Tekan butang Semak Laporan.
Manakalan  bagi semakan Keputusan UPSR 2013 secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), caranya adalah seperti berikut :-

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR A123456 hantar ke 15888

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Nov dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 Nov ini. 




# keputusan UPSR 2013, pengumuman keputusan UPSR 2013