Sunday, November 3, 2013

Tema Sambutan Maal Hijrah 2013 M / 1435 H


Tema sambutan pada kali ini ialah  ''Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'' seperti mana berita di bawah. Sambutan Maal Hijrah tahun ini jatuh pada 05 November 2013 iaitu pada hari Selasa. 

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan kali ini yang sekali lagi membawa tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah', akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Selasa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, sambutan itu akan menyaksikan penyertaan 4,500 orang mewakili 100 kontinjen terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan swasta.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis itu.

Othman berkata, pemimpin-pemimpin negara termasuk menteri kabinet, duta-duta dan kenamaan lain turut dijemput menyertai acara yang bermula 9.30 pagi itu.

Beliau berkata, kemuncak majlis sambutan ialah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan dan seorang lagi tokoh peringkat antarabangsa.

Othman berkata, penerima anugerah itu masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Forum Perdana Khas sempena Maal Hijrah akan berlangsung di Masjid Negara mulai 5.30 petang esok, disusuli majlis bacaan Yasin serta bacaan doa akhir dan awal tahun. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment