Saturday, November 23, 2013

Tutorial : Bagaimana Untuk Muat Turun Bahan Melalui Scribd?

Admin menerima beberapa persoalan daripada mereka yang tidak biasa menggunakan scribd. Persoalan utama ialah bagaimana untuk memuat turun / download bahan melalui scribd secara percuma dan dalam bentuk yang pelbagai. 

Dalam bentuk pelbagai ? 

Ya ! Scribd membolehkan kita memuat turun dalam format asal bahan tersebut seperti MS Word atau dalam bentuk acrobat (pdf). Namun ia bergantung kepada pemilik bahan tersebut sama ada membenarkan pengguna memuat turun dalam pelbagai format atau dalam satu format sahaja. 

Satu perkara penting untuk diketahui ialah scribd tidak membenarkan pengguna berkongsi bahan yang ada kata kunci atau di setkan sebagai 'secured'.

Bagi blog admin, penggunaan scribd diutamakan kerana kemudahan dan mesra pengguna dan mesra paparan untuk admin blog. Beberapa percubaan menggunakan enjin storan yang lain seperti 4shared, dropbox, slideshare dan beberapa aplikasi yang lain tidak begitu mesra seperti mempunyai batasan tertentu. Contohnya dropbox tidak membenarkan capaian berkapasiti tinggi. Akhirnya admin kembali menggunakan scribd. 

Sebagai permulaan, anda hendaklah ke laman sribd iaitu www.scribd.com

paparan laman scribd (pada 23/11/2013)


Klik pada Log in.


Sekiranya anda mempunyai akaun facebook, anda boleh log in menggunakan akaun facebook dengan klik pada 'Login with Facebook'.

Anda juga boleh log in menggunakan akaun scribd sendiri. 

Jika anda tidak ada akaun facebook atau akaun scribd sendiri, maka eloklah sekiranya anda mendaftar dan mencipta akaun scribd sendiri dengan klik pada 'Sign up for a free account'.


Teruskan mendaftar dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki. 

Semasa hendak memuat turun bahan di scribd, perhatikan paparan di bawah. Anda boleh 'Choose a format' untuk bahan tersebut (bergantung kepada setting pemilik asal bahan). Contoh gambar di bawah anda boleh muat turun dalam format .pdf atau dalam .docx (MS Word Office 2007). 

Anda tidak boleh muat turun dalam format .docx jika anda bukan pemilik akaun scribd. Sebab itulah pentingnya anda mendaftar sebagai pemilik akaun scribd (sama ada mendaftar dengan log in menggunakan facebook atau akaun khas scribd).


Bagaimana untuk muat turun bahan di blog admin ?

Perhatikan contoh bahan di blog admin seperti di bawah.

Tajuk bahan adalah 'Surat Arahan Perubahan RMT Mulai 01 Januari 2014'. 

Klik pada tajuk tersebut. Ia akan membawa anda ke web scribd di mana bahan tersebut berada. Jika anda sudah log in ke akaun scribd, maka anda bolehlah memuat turun bahan tersebut dalam pelbagai format (bergantung kepada setting pemilik bahan dan juga format asal bahan tersebut). 

Bahan yang di muat naik (upload) dalam format .pdf tidak boleh dimuat turun dalam format lain. Tapi bahan dalam format MS Word boleh dimuat turun dalam format .pdf atau dalam format asal (MS Word). 

Jika anda tidak ada akaun atau tidak log in ke akaun scribd, anda tidak boleh muat turun dalam format MS Word sebaliknya hanya boleh muat turun dalam format .pdf. 

Anda juga boleh terus memuat turun dengan klik pada butang  tetapi format yang ditetapkan mungkin bukan dalam format yang dikehendaki / mungkin berubah dari format asal bahan tersebut. 


Saya sudah mendaftar dan log in ke akaun scribd tetapi masih tidak boleh memuat turun bahan. 

Ada 2 sebab anda dikenakan sekatan seperti ini. Pertamanya ialah anda pengguna baru scribd. Keduanya ialah anda tidak ada atau tidak cukup bahan di muat naik ke scribd. 

Scribd adalah medium perkongsian. Untuk anda muat turun, anda perlu muat naik bahan juga. Admin juga mengalami peristiwa yang sama pada awal penggunaan scribd. Jadi langkah penyelesaian ialah dengan memuat naik seberapa banyak bahan ke scribd. 

Apakah bahan itu ? Terpulang kepada anda untuk memuat naik apa apa sahaja bahan yang ada asalkan bukan bahan yang sensitif. Bahan tersebut termasuklah bahan / file kosong sahaja. 


Klik pada 'Upload' yang berwarna biru itu untuk memuat naik bahan anda. 

Selain itu anda juga boleh menggunakan scribd uploader dengan memasang perisian tersebut di komputer anda. Penggunaan scribd uploader amat disarankan kepada pengguna yang kerap memuat naik bahan ke akaun scribd. 

contoh paparan scribd uploader



12 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Cikgu Shamsudin,
    Saya mohon izin cikgu untuk linkkan entri cikgu di blog subjek saya.

    Terima kasih atas perkongsian. Semoga ramai yang mendapat manfaat daripadanya..

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..cg shamsudin..terima kasih di atas perkongsian ilmu...hanya Allah dpt membalas jasa cg...TQVM

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cikgu samsudin.... saya mohon utk buat pautan pada vle saya ye... terima kasih banyak2....

    ReplyDelete
  4. Akum Cikgu.. Dengan izin saya memohon untuk buat pautan..TQ

    ReplyDelete
  5. Assallam cgu,
    mohon share apa yg dpt, mudah2an menjadi amal jariah..aamiin

    ReplyDelete
  6. T.ksh cikgu atas perkongsian maklumat.Mohon kebenaran dari cg utk muat turun / copy bahan.

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM...CG.SAMSUDIN..TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum

    Terima kasih di atas perkongsian Cikgu.

    Jika dapat cikgu kongsikan lagi maklumat tentang KSSR lagi

    Anak saya tahun 5 tahun ini

    Terima kasih

    ReplyDelete