Monday, January 28, 2013

Modul Ujian Diagnostik Matematik Tahun 6

Masa zaman PPSMI berada di zaman kemuncaknya, ada modul untuk ujian diagnostik dan guru-guru diminta melakukan ujian ini kepada murid. Setelah PPSMI menuju zaman penamat, ujian diagnostik neh semakin malap dan dilupakan. 

Admin ada simpan ujian diagnostik neh dalam bentuk softcopy tapi hanya yang tahun 6 jer. Tahun 4 dan 5 takde dalam simpanan pula. 

Soalan tahun 6 neh telah diubah suai menjadi soalan dwi bahasa. Sila muat turun melalui 4shared di pautan di bawah neh:

Fail dalam bentuk winrar.


http://www.4shared.com/rar/APlWYHFR/MODUL_Ujian_Diagnostik_Dwi_Bah.html


Program Guru Ganti Terancang (GGT) JPN Johor

Apabila awal tahun 2013 hangat dengan isu Mengurus Masa Instruktional (MMI), admin rasakan isu neh boleh dikawal dan diperbaiki dengan Program Guru Ganti Terancang yang telah sedia dilakukan pada tahun 2012 lalu. Baca bahan rujukan di bawah untuk maklumat lanjut:

Rujuk isu di sini untuk MMI.








Panduan Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Isu MMI menjadi satu perkara yang hangat diperkatakan untuk tahun 2013 neh. Sila baca slide - klik di sini - dan baca panduan tentang pelaksanaan MMI neh:





Anda boleh mendapatkan buku MMI yang tebal beratus halaman di sini :



Untuk muat turun sila ke pautan neh : https://docs.google.com/file/d/0BzJtj6QZ6cs6UXcyT19YQVFCMDA/edit?pli=1 



Saturday, January 26, 2013

Tutorial : LABEL BUKU UNTUK MURID MELALUI SISTEM DATA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Nak label buku yang cantik dan seragam ?

Baca tutorial kat bawah neh.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1.         Data dalam bentuk MS Excell dari sistem APDM.

Klik pada “Muat Turun Excel” untuk mendapatkan fail tersebut. Pastikan anda tahu dimana fail tersebut disimpan.



   
2.         Muat turun file Labeller APDM di pautan neh :


(kadang kala pautan ini bermasalah jika terlalu ramai pengguna)


            Ada 3 file kat situ (melalui dropbox) seperti dirajah bawah neh:
           




            3 file tersebut ialah Labeller.exe, VFP9R.dll dan VFP9Renu.DLL

            Download ke tiga-tiga file neh.

  
3.         Simpan semua bahan neh ke dalam satu folder.


Langkah penggunaan :

1.         Run atau double klik pada file labeller warna kuning tuh.

2.         Rajah berikut akan terpapar.




3.         Klik pada ikon  yang terletak disebelah atas – kiri paparan tadi.

4.         Sekarang pilih file format Excell dari sistem APDM tersebut. Klik OK.

Abaikan folder bernama Rekod dan tmpMNH tuh sebab ia auto terjadi selepas run sistem neh.




5.         Isikan data Tahun / Tingkatan, Mata Pelajaran dan Nama Guru pada paparan.

6.         Klik “Import” pada paparan sebelah atas – kanan.
            Paparan sekarang akan tersenarai nama murid.

7.         Klik pada “Terima Data”. (Sebelah bawah paparan)

8.         Klik pada “Cetak Label”. (Sebelah bawah paparan)

9.         Label untuk buku telah pun siap untuk dicetak. Contoh label yang dihasilkan ialah seperti berikut:


             
10.       Untuk rekod semakan buku latihan, klik pada Cetak Rekod Latihan. Hasilnya adalah borang semakan seperti berikut:





Tutorial di atas boleh dimuat turun dalam format MS Word melalui pautan scribd di bawah:






Kredit kat pencipta software neh - boleh join group https://www.facebook.com/groups/ujianscan1/ untuk maklumat lanjut.






Wednesday, January 23, 2013

Buku SETITIK NILA; Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

Admin pernah buat entry tentang Penguatkuasaan Kawalan dan Pengawasan Tatatertib Oleh Penyelia / Ketua Jabatan  - sila klik di sini - dan salah satu buku tuh bertajuk SETITIK NILA; Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib.

Pada kali neh buku tuh dalam format acrobat. Sila baca di bawah:





Tuesday, January 22, 2013

Rancangan Pelajaran Tahunan Berfokus dan Plan J Versi Bahasa Melayu (Matematik)

Selepas 2 kali bengkel bersama rakan-rakan pada 17 Januari dan 22 januari 2013, berikut adalah Rancangan Pengajaran Tahunan Berfokus dan Plan J versi Bahasa Melayu untuk tahun 4, 5 dan 6.

Tarikh dan minggu pada kedua-dua bahan ini perlulah diubah mengikut takwim sekolah masing-masing.

Semua bahan dalam format MS Excell (Office 2007).

























Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 35 Tahun 2012 : Peluasan Program jQAF Semua Sekolah Rendah Tahun 2013








Siaran Kepada Guru-guru Tentang Ketidakhadiran Murid

Siaran ini diedarkan kepada semua guru untuk memastikan pengurusan rekod kehadiran murid direkodkan sebaik-baiknya.





Monday, January 21, 2013

Fail Meja GPK Kokurikulum

Ada rasa nak jadi GPK ? Terutamanya nak jadi GPK Kokurikulum...??
Baca fail meja neh dulu untuk menambah pengetahuan...






DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum adalah wajib dilaksanakan disemua sekolah. Baca kenyataan berikut:






Sunday, January 20, 2013

Cuti Peristiwa : Penerangan dan definisi

Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa "cuti peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:

(1) Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
(2) Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.

Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa.

Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

sumber : Buku Takwim NUTP 2013, Johor; halaman 12.


Baca Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 di bawah neh:





Cikgu-cikgu juga boleh baca Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) Tahun 1997 di bawah neh:





p/s: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...



#cuti peristiwa, makna cuti peristiwa, maksud cuti peristiwa, definisi cuti peristiwa.



Guru dan politik ~ Kebenaran untuk guru siswazah terlibat dengan aktiviti politik

Cuaca pada 20 Januari 2013 yang hujan berterusan menyebabkan admin hanya berada di rumah dan melayari pelbagai sumber maklumat di internet. Tiba-tiba admin terbaca berita di Utusan Malaysia dengan tajuk "Hanya 6 daripada 290,457 guru siswazah mohon sertai politik".. artikel penuh ada di bawah neh:





Untuk kemudahan guru-guru, surat kebenaran untuk berpolitik bolehlah rujuk surat pekeliling yang ada di bawah neh :










INSTRUMEN PEMANTAUAN PENJAMINAN KUALITI PBS 2013

Kunjungan admin ke laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia - klik sini - pada 20 Januari 2013 menemukan admin dengan instrumen neh yang sangat baik untuk dikongsi kepada semua. Instrumen neh boleh dimuat turun di sini atau melalui blog admin dengan muat turun melalui scribd seperti di bawah:

File adalah menggunakan MS Excell - Office 2007.











Saturday, January 19, 2013

Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah menengah

Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk semua guru:

Bilangan Waktu Mengajar Guru

Bilangan waktu mengajar guru kadang kala menjadi isu. Jadi untuk merungkai permasalahan ini, admin cuba untuk kumpulkan semua pekeliling atau apa apa surat arahan yang berkaitan di halaman neh supaya senang nak rujuk. Sumber bahan adalah pelbagai. 

   Bilangan Waktu Mengajar Guru - sumber dari google













    Pekeliling Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa 








Agak mudah untuk cari surat pekeliling perkhidmatan / ikhtisas tapi nak cari pekeliling pentadbiran, dan surat arahan biasa yang lain agak sukar sebab tiada sumber di internet. Jadi bagi mereka yang ada maklumat silalah berkongsi dengan admin.











Thursday, January 17, 2013

Lagu KSSR Dunia Muzik Tahun 1, 2 dan 3

Bagi guru-guru yang mengajar Dunia Muzik KSSR dan mahu mencari cd untuk pengajaran tahun 1, 2 dan 3 bolehlah muat turun di laman web BPK di http://kssr.bpk.my/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_tema/dunia_muzik atau klik pautan di bawah:
.
Berdasarkan tinjauan, lagu-lagu tersebut tidak diletakkan tajuknya tetapi hanya ada nombor track.


Wednesday, January 16, 2013

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Surat Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran malaysia berkaitan PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) dan GARIS PANDUAN PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) adalah seperti berikut:




Monday, January 14, 2013

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)

sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)


Asal usul sambutan Maulidur Rasul - sumber klik di sini


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.


#Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013, Tema Maulidur Rasul 1434 / 2013

Saturday, January 12, 2013

Cuti Berganti, Cuti Peristiwa Untuk sesi Persekolahan tahun 2013 ~ kemaskini perubahan tarikh sekolah ganti ke 09 Mac

Untuk sesi persekolahan tahun 2013 sememangnya terdapat pelbagai cuti yang jatuh pada pertengahan minggu. Ini menyebabkan hari persekolahan pada minggu tersebut hanya ada beberapa hari. Untuk memudahkan perancangan, pihak KPM melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 33 Tahun 2012 telah menyusun cuti peristiwa dan cuti berganti seperti di bawah ini.

Namun begitu, cuti peristiwa / cuti berganti neh hanya melibatkan cuti Tahun Baru Cina dan Deepavali sahaja. Tiada cuti ganti / cuti peristiwa untuk cuti Hari Raya Aidilfitri yang mana akan bermula pada hari Rabu. Adakah ini bermakna hanya ada 2 hari persekolahan untuk minggu itu iaitu pada 5 dan 6 Ogos ?

Adakah cuti berganti secara mengejut untuk Hari Raya Aidilfitri pada saat-saat akhir akan berlaku lagi seperti mana sesi persekolahan pada tahun 2012 lepas ?

Selepas diteliti cuti berganti pada tarikh 26 Januari juga semacam 'bermasalah'. Ini kerana pada 24 Januari 2013 adalah cuti umum Maulidur Rasul dan pada 27 Januari 2013 adalah cuti umum hari Thaipusam. Ini menyebabkan tiada unsur 'kelegaan' dalam perjalanan aktiviti sesetengah guru yang terlibat.



Yang kat atas neh admin dapat dari laman web PPD di Perak.. tak ingat dari mana secara spesifik. Yang kat bawah neh pulak dari Melaka. Ada perbezaan (tuh yang kelakar sket) kat bilangan hari - rujuk halaman terakhir surat siaran tuh.


Surat Siaran KPM Bil 33 Tahun 2012: Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Tahun 2013 - Melaka


KEMASKINI ~ 10 JANUARI 2013

Pihak JPN Johor telah mengeluarkan surat rasmi berkaitan perkara ini. Sila rujuk surat di bawah.





KEMASKINI ~ 12 JANUARI 2013

Tarikh cuti berganti pada 26 Januari telah dipinda ke tarikh 09 Mac 2013 pula. Sila lihat surat di bawah neh:







Takwim ini hendaklah dibaca secara bersama dengan Takwim Persekolahan Tahun 2013. Klik di sini.


#cuti berganti 2013, cuti peristiwa 2013, cuti berganti dan cuti peristiwa tahun 2013, cuti berganti dan cuti peristiwa 2013



Eviden Matematik KSSR Tahun 3

Terlebih dulu admin ucapkan terima kasih atas hasil kerja guru-guru (PPD Kulaijaya) yang mengikuti kursus KSSR tahun 3 pada tahun 2012 yang telah menghasilkan koleksi eviden neh. Bahan neh bagi admin sesuai untuk disebarkan kepada semua guru matematik untuk kegunaan ramai. 

Sebelum tuh admin bagitau bahawa admin tak sempat untuk menyemak bahan neh. Jadi jika ada kesilapan sila beritahu dengan memberi komen di bawah supaya orang lain menyedari kesilapan tersebut dan seterusnya membetulkannya. 


sila klik di sini - bahan disimpan di 4shared dalam bentuk winzip / winrar


Alang-alang kongsikan eviden admin kongsikan sekali contoh RPH. Ada banyak contoh untuk pelbagai tajuk yang admin tengok kat dalam folder tuh.

sila klik di sini untuk contoh RPH tuh.

http://www.4shared.com/zip/-K8I3_zn/CONTOH_RPH_KSSR_Matematik_Tahu.html

Usaha menyebar luaskan bahan ini sangat admin alukan tanpa perlu meminta izin dari admin. Admin pun hanya kongsikan bahan neh kat blog neh.

Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 11 Januari 2013 (Jumaat).

Semakan boleh dibuat di pautan berikut:








Monday, January 7, 2013

TARIKH KEMASUKAN DATA PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH TAHUN 2013

Berikut adalah tarikh-tarikh kemasukan data peperiksaan sekolah yang telah dikeluarkan oleh BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2013

Sunday, January 6, 2013

Pusat Akses Sekolah (PuAS)

1.  Apakah maksud Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'.  Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

2.  Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  •     Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  •     Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  •     Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid 
3.  Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  •     Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
  •     Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  •     Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk  pengajaran dan pembelajaran 
4.  Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah menengah.

5.  Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
  •     Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  •     Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
  •     Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  •     Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  •     Berkolaborasi dengan murid lain

6.  Apakah peralatan yang diletakkan dalam Pusat Akses Sekolah?
Setiap sekolah akan memerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut akan dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

7.  Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut:
  •     Ada ruang/bilik yang sesuai
  •     Ada akses kepada Internet
  •     Ada Makmal Pengkomputeraan
  •     Ada elektrik 24 jam
  •     Kemahiran ICT warga sekolah Komitmen pihak pentadbiran sekolah
8.  Apakah waktu operasi Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

9.  Bilakah Pusat Akses Sekolah mula dilaksanakan?
Penubuhan Pusat Akses Sekolah telah mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006. Sehingga kini, terdapat 3022 Pusat Akses Sekolah di seluruh negara yang dilaksanakan melalui 3 fasa.

10.  Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklimat dari Internet. Kemudahan Pusat Akses Sekolah juga dibuka kepada komuniti setempat /PIBG, dll.

11.  Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut:

• Ada ruang/bilik yang sesuai
• Ada akses kepada Internet
• Ada Makmal Pengkomputeraan
• Ada elektrik 24 jam
• Kemahiran ICT warga sekolah
• Komitmen pihak pentadbiran sekolah

12.  Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
 Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.

Bahan tersebut terdiri daripada:

• Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista dan sebagainya

• Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, Portal Sumber Pendidikan (bibliografi.moe.edu,my), MySchoolNet,My Tutor, Online Smart Learning dan sebagainya

• Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD Audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat

sumber: klik sini


Instrumen pemantauan di bawah pula hanyalah sebagai panduan sahaja. Maklumat mungkin berubah mengikut peredaran masa.





Dokumen Standard Prestasi (DSP) KSSR Tahun 1

Semua fail dalam format acrobat reader (.pdf). Semua DSP di bawah ialah untuk SK sahaja.

Dokumen disimpan di dalam Scribd. Pastikan anda mempunyai akaun scribd untuk memudahkan anda memuat turun dokumen berkaitan. Semua dokumen adalah percuma. 


2 DSP Bahasa Inggeris SK Tahun 1


1 DSP Bahasa Malaysia SK Tahun 1


15 DSP Pendidikan Islam Tahun 1


14 DSP Dunia Sains & Teknologi Tahun 1


13 DSP Bahasa Kadazandusun Tahun 1


12 DSP Bahasa Iban Tahun 1


11 DSP Pendidikan Moral Tahun 1


10 DSP Dunia Muzik Tahun 1


9 DSP Dunia Seni Visual Tahun 1


8 DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1


7 DSP Pendidikan Jasmani Tahun 1


6 DSP Matematik SK Tahun 1


5 DSP Bahasa Arab Tahun 1


4 DSP Bahasa Tamil SK Tahun 1


3 DSP Bahasa Cina SK Tahun 1





Dokumen Standard Prestasi (DSP) KSSR Tahun 2

Semua fail dalam format acrobat reader (.pdf). Semua DSP di bawah ialah untuk SK sahaja.

Dokumen disimpan di dalam Scribd. Pastikan anda mempunyai akaun scribd untuk memudahkan anda memuat turun dokumen berkaitan. Semua dokumen adalah percuma. 


1 DSP Bahasa Malaysia SK Tahun 2


2 DSP Bahasa Inggeris SK Tahun 2


3 DSP Bahasa Cina SK Tahun 2


4 DSP Bahasa Tamil SK Tahun 2


5 DSP Bahasa Arab Tahun 2


6 DSP Matematik SK Tahun 2


7 DSP Pendidikan Jasmani Tahun 2


8 DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2


9 DSP Dunia Seni Visual Tahun 2


10 DSP Dunia Muzik Tahun 2


11 DSP Pendidikan Moral Tahun 2


12 DSP Bahasa Iban Tahun 2


13 DSP Kadazandusun Tahun 2


14 DSP Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2


15 DSP Pendidikan Islam Tahun 2