Monday, December 29, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4551 pada 29/12/2014 jam 12:00 tengah hari



Kenyataan tambahan dari KPM pula adalah seperti berikut:












Thursday, December 25, 2014

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL. 21 TAHUN 2014 : PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Berikut adalah Surat Siaran berkenaan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yanag akan berkuat kuasa mulai Januari 2015. Disertakan sekali ialah Garis Panduan pelaksanaannya yang hampir 20 muka surat.

Pautan laman web adalah seperti berikut:







Namun begitu, semakan admin pada 25 Disember 2014 sekitar jam 3 petang mendapati pautan di atas sangat perlahan. Ini bermakna masalah kualiti capaian laman web masih tidak diatasi dengan baik.

Selain itu, pautan yang disediakan pula adalah ke pautan laman web asal sistem emis dan apdm yang sememangnya telah digunakan sebelum ini.












Tuesday, December 23, 2014

Pinjaman Bank ASB ? Baik Hindarkan Segera - Part 1

Ramai juga rupanya dikalangan kawan-kawan admin bertanya tentang hal ini. Membuat pinjaman bank untuk pelaburan ASB; atau mana-mana pelaburan lain dengan cara meminjam bank di bank atau institusi kewangan yang lain dan wang itu dilaburkan semula di suatu tempat untuk tujuan mendapat keuntungan.

Baiklah. Untuk hujah berkaitan halal haram isu pinjam duit untuk menambah duit neh admin serah kepada yang lebih pakar. Banyak hujah tentang aspek agama neh dalam internet. Anda kena rajin google jer. Admin bagi hujah bukan dari aspek agama tetapi dari aspek matematik, iaitu aspek mengira. Ramai malas atau tak tahu nak kira. Jadi admin cuba kirakan. Jika tak betul sila betulkan pengiraan yang admin buat neh...

Andaian pengiraan admin ialah seperti berikut:

1. Pinjaman bank yang hendak dibuat ialah RM100,000 dengan tempoh pinjaman 25 tahun.
2. Kadar dividen diberi oleh ASB ialah 6% setahun sepanjang tempoh. 
3. Dividen atas baki terendah tahunan (bukan atas baki bulanan).
4. Kedua dua pengiraan ialah simpanan / dividen hanya dikeluarkan selepas 25 tahun (tempoh matang).

Admin ambil jadual bayaran balik untuk jumlah pinjaman RM100,000 dari laman web Maybank dengan pembiayaan ASB Financing-i (produk pembiayaan Islamic Maybank). Ini sebagai suatu contoh pengiraan sahaja. 


Berdasarkan jadual di atas, bayaran bulanan untuk RM100,000 bagi tempoh 25 tahun ialah RM598 sebulan. Admin akan bundarkan menjadi RM600. Senang nak kira. 

Jadi, selama 25 tahun anda akan membayar balik kepada pihak Maybank sebanyak : RM600 x 12 bulan x 25 tahun = RM180,000.

Jumlah wang yang anda akan dapat adalah seperti jadual di bawah. Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1 di atas, dengan andaian-andaian yang diberi seperti diperenggan awal, jumlah wang yang akan anda dapat ialah RM429,187 iaitu jumlah wang pinjaman RM100,000 di tambah dengan dividen selama tempoh itu (25 tahun). Banyak bukan ?

Anda silap. Itu bukan jumlah bersih yang anda dapat. Setiap bulan anda membayar RM600 untuk pinjaman bagi mendapatkan wang RM100,000 itu. Kosnya ialah RM180,000 bagi tempoh 25 tahun itu.

Hasilnya, pendapatan bersih anda ialah hanya RM249,187 sahaja.

Sekarang, andaikan pula jika anda menyimpan sendiri RM600 setiap bulan tanpa membuat apa-apa pinjaman dari bank.

Simpan secara konsisten selama tempoh yang sama seperti pengiraan di atas, iaitu selama 25 tahun dan renungkan jadual di bawah (jadual 2).

Jadual 2

Dalam jadual 2, memang dana permulaan anda sangat rendah. Hanya berjumlah RM7,200 untuk tahun pertama. Teruskan menyimpan secara konsisten dan hasilnya pada akhir tempoh 25 tahun itu, wang anda ialah sebanyak RM395,024. Cara kira dividen admin gunakan cara baki terendah tahunan untuk memudahkan pengiraan. Jika guna baki terendah bulanan jumlahnya akan lebih tinggi. Selain itu, admin abaikan dividen untuk tahun pertama tersebut. 

Adakah anda perlu membayar RM180,000 untuk pinjaman bank ? Sudah tentu tidak kerana anda tidak membuat apa-apa pinjaman. Ia adalah wang anda sepenuhnya. 

Berapa beza jika anda membuat pinjaman bank dengan menyimpan secara konsisten?

RM395,024 - RM249,187 = RM145,837

Bagi admin, ia adalah jumlah yang sangat banyak. Secara purata, ia berjumlah RM486 sebulan !

Jika anda bercadang untuk membuat pinjaman untuk pelaburan seperti ASB, admin cadangkan untuk anda hentikan niat tersebut dan mulalah menyimpan secara konsisten tanpa membuat apa-apa pinjaman bank. Namun begitu, ini hanyalah pengiraan secara matematik sahaja. Faktor yang lain perlu diambil kira juga. 

Selamat menyimpan !

Sambung di part 2 untuk beberapa ulasan - klik ke part 2 di sini.



Thursday, December 18, 2014

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2014

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah skim unit amanah kedua yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Unit amanah di Malaysia adalah seperti dana bersama di Amerika Syarikat. ASB hanya dibuka kepada Bumiputera warga negara Malaysia. Had input maksima ialah RM200,000 dan keuntungan modal pula tidak dikenakan cukai. Berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus ASB sejak ia mula dibuka.

Untuk tahun 2014 pula, ASB telah mengumumkan dividen dan bonus seperti berikut:



Untuk rekod, pembayaran dividen dan bonus ASB untuk beberapa tahun yang lepas adalah seperti berikut: 


Tahun Dividen (sen) Bonus (sen) Jumlah (sen)
1990 8.00 6.00 14.00
1991 8.50 4.00 12.50
1992 7.50 5.00 12.50
1993 9.00 4.50 13.50
1994 9.50 4.50 14.00
1995 10.00 3.00 13.00
1996 10.25 3.00 13.25
1997 10.25 1.25 11.50
1998 8.00 2.50 10.50
1999 8.50 1.50 10.00
2000 9.75 2.00 11.75
2001 7.00 3.00 10.00
2002 7.00 2.00 9.00
2003 7.25 2.00 9.25
2004 7.25 2.00 9.25
2005 7.25 1.75 9.00
2006 7.30 1.25 8.55
2007 8.00 1.00 9.00
2008 7.00 1.75 8.75
2009 7.30 1.25 8.55
2010 7.50 1.25 8.75
2011 7.65 1.15 8.80
2012 7.75 1.15 8.90
2012 7.75 1.15 8.90
2013 7.70 1.00 8.70
2014 7.50 1.00 8.50

Monday, December 1, 2014

Permohonan BR1M dan Kemaskini Maklumat Bagi Tahun 2015

Permohonan semula / kemaskini boleh dibuat secara dalam talian atau secara manual mulai 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014.

Pautan secara dalam talian ialah seperti berikut :



(sila klik pada gambar di bawah untuk lebih jelas)
 
 

Sebagai alternatif, jika anda tidak mahu mengisi / kemaskini secara online, anda bolehlah mengisi borang secara manual seperti berikut :





















Saturday, November 29, 2014

Kemasukan Murid Bagi Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Ke Tingkatan 1 Tahun 2015


Pendidikan Vokasional dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan ditawarkan pada dua peringkat iaitu pada peringkat Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan peringkat Kolej Vokasional (KV).

Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan pada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan. Murid yang mengikuti program Pendidikan Asas Vokasional berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sehingga Tahap 2.

Murid juga akan diberi pendedahan kepada modul asas akademik. Nisbah komponen vokasional berbanding akademik dalam pendidikan asas vokasional adalah 70:30. Laporan Deskriptif PAV akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Untuk gambaran lebih jelas bolehlah membaca artikel di bawah :



Pautan untuk permohonan online ialah :


Tarikh tutup pada 10 Disember 2014.




Antara maklumat yang diperlukan untuk mengisi permohonan ini ialah seperti paparan berikut:




Walau bagaimanapun, permohonan kemasukan ke PAV hendaklah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah terutama untuk mendapatkan kursus yang ditawarkan dan bilangan tempat / bilangan murid yang boleh di ambil bagi sesuatu kemasukan. 

Antara maklumat lain berkaitan PAV adalah seperti berikut:





Bidang yang ditawarkan pula ialah seperti berikut:
(Sila klik pada gambar untuk lebih jelas)







Pelajar di Tingkatan Satu akan diajar enam bidang asas vokasional antaranya kejuruteraan, pertanian dan ekonomi rumah tangga, manakala pengkhususan dalam 20 bidang pilihan boleh dibuat apabila berada di Tingkatan Dua. Melalui PAV juga, pelajar ditawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua apabila menamatkan pembelajaran Tingkatan Tiga sebelum boleh memilih sama ada mahu ke alam kerjaya atau menyambung pengajian di Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Kolej Vokasional.

Maklumat tambahan boleh rujuk di laman web berikut : http://www.bptv.edu.my/v4/




Sunday, November 23, 2014

Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2015

Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh dibuat di pautan berikut:



Permohonan dibuka bermula pada 27 November 2014 (jam 9 pagi) hingga 05 Disember 2014.



Untuk rujukan dan bahan bacaan, pihak yang berminat bolehlah melayari pautan di bawah untuk melihat maklumat berkaitan MRSM:

Kurikulum MRSMhttp://www.mara.gov.my/kurikulum-mrsm

Kemudahan belajar di MRSMhttp://www.mara.gov.my/kemudahan-pelajar-di-mrsm

Senarai lokasi MRSMhttp://www.mara.gov.my/senarai-mrsm

Alamat MRSMhttp://www.mara.gov.my/alamat-mrsm










sumber : http://www.mara.gov.my/




Monday, November 17, 2014

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2015

Berdasarkan gambar yang tersebar, berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi tahun 2015. Pekeliling berkaitan akan disiarkan di sini selepas admin mendapatkannya dari sumber yang sahih.



Kemaskini : Jadual Pembayaran Gaji 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara adalah seperti berikut:


Jika diteliti gambar yang atas dengan gambar yang bawah, terdapat sedikit perbezaan iaitu pada bulan Mac, Mei, Ogos dan November. Berikut adalah pekeliling penuh jadual pembayaran gaji tersebut.








# Jadual bayaran gaji 2015, pembayaran gaji 2015, gaji 2015, jadual gaji 2015





Thursday, November 6, 2014

Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Tahun 4 (KSSR)

# Kertas yang disediakan di bawah ialah koleksi dari MGB dan hanya meliputi subjek teras (BM, BI, matematik dan sains). Soalan yang digubal sendiri oleh guru tidak disertakan. 

# Skema mungkin ada perubahan - sila buat semakan semula.

# Koleksi soalan di blog ini hanyalah sebagai rujukan dan kesesuaian penggunaannya terhadap anak murid bergantung kepada tahap murid itu sendiri.

# Muat turun melalui scribd adalah percuma. Sila ke ruangan tutorial jika anda kurang faham tentang scribd berfungsi - klik di sini.

MUAT TURUN MELALUI GOOGLE DRIVE - SILA KLIK DI SINI












Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Tahun 5 (KBSR)

# Kertas yang disediakan di bawah ialah koleksi dari MGB kecuali Pendidikan Islam. Hanya subjek teras disediakan.

# Skema mungkin ada perubahan - sila buat semakan semula.

# Koleksi soalan di blog ini hanyalah sebagai rujukan dan kesesuaian penggunaannya terhadap anak murid bergantung kepada tahap murid itu sendiri.

# Muat turun melalui scribd adalah percuma. Sila ke ruangan tutorial jika anda kurang faham tentang scribd berfungsi - klik di sini.


MUAT TURUN MELALUI GOOGLE DRIVE - SILA KLIK DI SINI



























Friday, October 31, 2014

Perubahan Tarikh SPM Daripada 04 Disember ke 27 November 2014

Pada 19 September 2014, pihak Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan surat perubahan tarikh peperiksaan SPM dari 27 November 2014 ke 04 Disember 2014 (rujuk sini). 

Namun pada hari ini, pihak Lembaga Peperiksaan sekali lagi mengeluarkan surat perubahan bahawa tarikh 27 November akan berjalan seperti biasa dan tidak perlu di ubah ke 04 Disember 2014. Harap maklum kepada pihak yang berkenaan supaya tidak keliru dengan perubahan ini terutama kepada calon SPM.







Pautan berita berikut mungkin boleh dijadikan rujukan: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perak-umum-pembatalan-cuti-27-nov-1.19078


IPOH 31 Okt. - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pembatalan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini yang sepatutnya bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, surat pekeliling mengenai pembatalan itu telahpun diedarkan kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan
persekutuan hari ini.

Menurutnya, pengumuman pembatalan itu dibuat setelah sebelum ini iaitu pada 5 September lalu kerajaan negeri mengedarkan pekeliling mengumumkan bahawa 27 November ini merupakan cuti umum negeri.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang berlangsung semalam telah bersetuju membatalkan penetapan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
"Cuti umum sempena hari keputeraan baginda hanya akan mula disambut tahun depan.

"Selaras dengan keputusan ini, pelepasan cuti umum negeri Perak yang sepatutnya pada 27 November ini dibatalkan dan tarikh tersebut merupakan hari bekerja seperti biasa," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 19 April lalu merupakan cuti umum negeri Perak sempena Keputeraan Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE



Saturday, October 18, 2014

Hari Kelepasan Am Negeri Johor Tahun 2015

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi kerajaan negeri, berikut adalah senarai cuti umum / hari kelepasan am bagi negeri Johor untuk tahun 2015.





Hari Kelepasan Am
Tarikh
Hari
Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. (Maulidur Rasul)
3 Januari
Sabtu
Hari Thaipusam **
3 Februari
Selasa
Tahun Baru Cina
19 & 20 Februari
Khamis & Jumaat
Hari Pekerja
1 Mei
Jumaat
Hari Wesak
3 Mei
Ahad
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
6 Jun
Sabtu
Awal Ramadhan *
18 Jun
Khamis
Hari Raya Puasa
17 & 18 Julai
Jumaat & Sabtu
Hari Kebangsaan
31 Ogos
Isnin
Hari Malaysia
16 September
Rabu
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1436H *
24 September
Khamis
Awal Muharam (Maal Hijrah) 1437 H
14 Oktober
Rabu
Hari Deepavali *
10 November
Selasa
Hol Almarhum Sultan Iskandar **
18 November
Rabu
Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor **
22 November
Ahad
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
24 Disember
Khamis
Hari Krismas
25 Disember
Jumaat



# Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.


# Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.


Berdasarkan senarai di atas, cuti hujung minggu yang panjang ialah seperti berikut (tertakluk bagi mereka yang berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja) :

1. 19 Februari hingga 22 Februari - Khamis (Tahun Baru Cina) + Jumaat (Tahun Baru Cina) + Sabtu + Ahad (Gantian cuti hari Jumaat - tahun Baru Cina).

2. 01 Mei hingga 04 Mei - Cuti Hari Pekerja (Jumaat) + Sabtu + Ahad (Hari Wesak) + Isnin (Gantian cuti hari Jumaat).

3. 18 Jun hingga 20 Jun - Cuti Awal Ramadhan (Khamis) + Jumaat + Sabtu.

4. 17 Julai hingga 19 Julai - Cuti Hari Raya Puasa (Jumaat) + Sabtu + Ahad (Gantian cuti hari Jumaat).

5. 24 September hingga 26 September - Cuti Hari Raya Haji (Khamis) + Jumaat + Sabtu.

6. 20 November hingga 22 November - Jumaat + Sabtu + Ahad (Hari Keputeraan Sultan)

7. 24 Disember hingga 27 Disember - Khamis (Maulidur Rasul) + Jumaat (Krismas) + Sabtu + Ahad (Gantian cuti hari Jumaat).


Untuk memudahkan perancangan, anda dinasihatkan untuk melayari juga halaman bagi maklumat berikut:

1. Cuti umum persekutuan dan negeri-negeri diseluruh Malaysia.

2. Takwim persekolahan tahun 2015 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.