Tuesday, January 7, 2014

Hari Kelepasan Am Yang Dipinda Untuk Tahun 2014

Cuti umum bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terdapat pertukaran tarikh dan cuti am tambahan. Cuti yang dipinda adalah seperti berikut:
1. Pengumuman: Nuzul Al-Quran diisytiharkan sebagai hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.[P.U.(B) 474/2013] dan [P.U.(B) 475/2013]
2. Pengumuman: Hari kelepasan am tambahan diisytiharkan pada 3 Februari 2014 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan sempena pertindihan Tahun Baru Cina (Hari Kedua) dan Hari Wilayah Persekutuan.[P.U.(B) 471/2013] dan [P.U.(B) 472/2013]
3. Pengumuman: Hari Deepavali bagi tahun 2014 telah dipinda dan ditetapkan pada22_Oktober_2014_(Rabu) melalui Pemberitahuan Warta No.43367 bertarikh 6 Disember 2013.[Pemberitahuan Warta No.43367]




No comments:

Post a Comment