Friday, January 17, 2014

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS) DI BAWAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN 2014

Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi pembentangan Bajet 2013, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.), sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mengumumkan skim perlindungan insurans murid-murid sekolah telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014.

Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.
Antara bentuk perlindungan insurans yang diberikan adalah yang melibatkan kematian akibat kemalangan (RM100,000), hilang keupayaan kekal (sehingga RM 100,000), bayaran perubatan sehingga RM5,000, manfaat hospital (RM150 sehari sehingga 30 hari) dan khairat kematian (RM2,500). Skim perlindungan ini juga meliputi kegunaan bas sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum tambahan yang dilulus / dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk lebih lanjut, sila baca panduan di bawah dan borang berkaitan:





No comments:

Post a Comment