Friday, January 10, 2014

Tutorial : Cara Mudah Memuat Turun (Download) Video Dari Facebook

Memuat turun video dari facebook adalah salah satu kemahiran yang perlu ada bagi netizen untuk kegunaan di kemudian hari. Berikut adalah cara mudah untuk memuat turun video tersebut:

1. Buka video yang anda mahu download tersebut.

2. Perhatikan pada link (alamat Url) video tersebut.

Ganti url asal iaitu www. menjadi "m" seperti contoh berikut:

Contoh :

http://www.facebook.com/photo.php?v=10150769437892631

gantikan menjadi

http://m.facebook.com/photo.php?v=10150769437892631

Tekan enter.

3. Tunggu laman video tersebut terpapar di skrin.

4. Klik 'play' untuk memainkan video tersebut.

5. Arahkan tetikus ke video tersebut. Klik tetikus kanan dan pilih "Save Video As"

6. Tunggu sehingga video selesai dimuat turun.

Sangat mudah bukan !


6 comments: