Saturday, February 22, 2014

Ujian Aptitud Tahun 3

Lembaga Peperiksaan telah menerbitkan panduan pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3 yang akan dijalankan bermula tahun 2014. Berikut adalah panduan yang diberi dan contoh soalan untuk SK, SJKC dan SJKT.













Friday, February 7, 2014

Kalkulator Matematik Dengan Jalan Pengiraan ?

Kebanyakkan aplikasi berbentuk kalkulator boleh dikatakan hanya membuat pengiraan biasa dan memberikan jawapan akhir sahaja. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin melihat jalan kerja pengiraan untuk penyelesaian sesuatu masalah?
DLD Calc menawarkan fungsi pengiraan dan memperlihatakan jalan kerja pengiraan untuk sesuatu masalah.
DLD Calc Android
Menggunakannya, pengguna boleh menyelesaikan masalah matematik berbentuk pecahan, disamping pada masa yang sama mempelajari bagaimanakah sesuatu jawapan didapati. DLD Calc memaparkannya langkah demi langkah, memudahkan lagi untuk pengguna dan pelajar memahaminya.
DLD Calc hanya ditawarkan untuk Android, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
Post di atas di ambil dari sini : klik di sini

Admin telah memuat turun aplikasi di atas dan berdasarkan tinjauan tersebut, ia kurang sesuai untuk peringkat admin di sekolah rendah. Ini kerana jalan pengiraan yang berlainan dengan yang biasa admin terapkan disekolah. Contoh gambar adalah seperti berikut:

 Contoh soalan menambah pecahan 2/3 dengan 1/4.

Jalan pengiraan yang ditunjukkan oleh aplikasi ini. 

Adakah ini memudahkan murid untuk menyelesaikan tugasan mereka nanti? Admin harap aplikasi sebegini boleh dimanfaat dan membawa kebaikan kepada murid dan bukan sebaliknya. 


Thursday, February 6, 2014

Buku Panduan Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi - 177 pages

Buku panduan ini diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan boleh diperolehi melalui pautan http://web.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/Buku_KBAT_2014.pdf (rujuk laman web LPM). Versi asal bersaiz besar iaitu 106 MB tetapi admin telah 'optimize' kan menjadi sekitar 20MB seperti mana di bawah ini:




Monday, February 3, 2014

Permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) telah dibuka untuk tahun 2014 di pautan berikut : http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/

Surat siaran berkaitan pembukaan permohonan untuk mengikuti kursus ini ialah seperti di bawah:




PENGENALAN PROGRAM
  • Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  • Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  • PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  • Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21
Matlamat dan Objektif:-
  • Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan
Kumpulan Sasaran :-

Kursus adalah ditawarkan kepada kumpulan sasaran berikut:
BilKod KumpulanKumpulan GuruGredTahun Lantikan Gred SemasaBuka Permohonan
(Permohonan Online)
Bulan PelaksanaanCatatan
141SR0910Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG412009, 2010JanuariMac - Oktober
241SM091011Guru Akademik Sekolah Menengah
PPS DG41
2009, 2010 dan 2011JanuariMac - Oktober
341SGBK091011Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SMPPS DG412009, 2010 dan 2011JanuariMac - Oktober
441SRXPPLD10Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD)PPS DG412010JanuariMac - Oktober
541JS091011Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih SeniPPS DG412009, 2010 dan 2011JanuariMac - OktoberKhas Sekolah Sukan dan Sekolah Seni
644SR1112Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG442011 dan 2012MeiJun- Oktober
744SM1112Guru Akademik Sekolah MenengahPPS DG442011 dan 2012MeiJun - Oktober

Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada kumpulan Guru Akademik/ Guru Kaunseling/ Jurulatih Sukan dan Seni sahaja.

Bagi kumpulan pengurusan (Pegawai di PPD/ JPN/ Guru Besar) adalah tidak termasuk dalam kumpulan ini.



TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url
    http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN secara online bermula pada tarikh 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014
  3. Pengesahan dan Sokongan ketua jabatan secara online akan dilakukan bermula pada 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014
  4. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara online dari masa kesemasa.
  5. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta borang permohonan secara online yang dicetak dan disahkan oleh ketua jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus
Diharapkan mereka yang terlibat dapat membuat permohonan dengan baik dan sebarang perubahan permohonan (edit) hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja.