Friday, February 7, 2014

Kalkulator Matematik Dengan Jalan Pengiraan ?

Kebanyakkan aplikasi berbentuk kalkulator boleh dikatakan hanya membuat pengiraan biasa dan memberikan jawapan akhir sahaja. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin melihat jalan kerja pengiraan untuk penyelesaian sesuatu masalah?
DLD Calc menawarkan fungsi pengiraan dan memperlihatakan jalan kerja pengiraan untuk sesuatu masalah.
DLD Calc Android
Menggunakannya, pengguna boleh menyelesaikan masalah matematik berbentuk pecahan, disamping pada masa yang sama mempelajari bagaimanakah sesuatu jawapan didapati. DLD Calc memaparkannya langkah demi langkah, memudahkan lagi untuk pengguna dan pelajar memahaminya.
DLD Calc hanya ditawarkan untuk Android, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
Post di atas di ambil dari sini : klik di sini

Admin telah memuat turun aplikasi di atas dan berdasarkan tinjauan tersebut, ia kurang sesuai untuk peringkat admin di sekolah rendah. Ini kerana jalan pengiraan yang berlainan dengan yang biasa admin terapkan disekolah. Contoh gambar adalah seperti berikut:

 Contoh soalan menambah pecahan 2/3 dengan 1/4.

Jalan pengiraan yang ditunjukkan oleh aplikasi ini. 

Adakah ini memudahkan murid untuk menyelesaikan tugasan mereka nanti? Admin harap aplikasi sebegini boleh dimanfaat dan membawa kebaikan kepada murid dan bukan sebaliknya. 


1 comment:

  1. Tapi kalau aplikasi macam ni, budak boleh tipu dlm peperiksaan kalau dorang ada smartwatch...

    ReplyDelete