Monday, February 3, 2014

Permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) telah dibuka untuk tahun 2014 di pautan berikut : http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/

Surat siaran berkaitan pembukaan permohonan untuk mengikuti kursus ini ialah seperti di bawah:




PENGENALAN PROGRAM
  • Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  • Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  • PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  • Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21
Matlamat dan Objektif:-
  • Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan
Kumpulan Sasaran :-

Kursus adalah ditawarkan kepada kumpulan sasaran berikut:
BilKod KumpulanKumpulan GuruGredTahun Lantikan Gred SemasaBuka Permohonan
(Permohonan Online)
Bulan PelaksanaanCatatan
141SR0910Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG412009, 2010JanuariMac - Oktober
241SM091011Guru Akademik Sekolah Menengah
PPS DG41
2009, 2010 dan 2011JanuariMac - Oktober
341SGBK091011Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SMPPS DG412009, 2010 dan 2011JanuariMac - Oktober
441SRXPPLD10Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD)PPS DG412010JanuariMac - Oktober
541JS091011Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih SeniPPS DG412009, 2010 dan 2011JanuariMac - OktoberKhas Sekolah Sukan dan Sekolah Seni
644SR1112Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG442011 dan 2012MeiJun- Oktober
744SM1112Guru Akademik Sekolah MenengahPPS DG442011 dan 2012MeiJun - Oktober

Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada kumpulan Guru Akademik/ Guru Kaunseling/ Jurulatih Sukan dan Seni sahaja.

Bagi kumpulan pengurusan (Pegawai di PPD/ JPN/ Guru Besar) adalah tidak termasuk dalam kumpulan ini.



TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url
    http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN secara online bermula pada tarikh 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014
  3. Pengesahan dan Sokongan ketua jabatan secara online akan dilakukan bermula pada 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014
  4. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara online dari masa kesemasa.
  5. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta borang permohonan secara online yang dicetak dan disahkan oleh ketua jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus
Diharapkan mereka yang terlibat dapat membuat permohonan dengan baik dan sebarang perubahan permohonan (edit) hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja. 

3 comments: