Wednesday, April 30, 2014

Modul Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (CPD) DG41 / DG44

Kursus Pembangunan Kompetensi atau lebih dikenali dengan singkatan CPD akan bermula secara berperingkat pada tahun 2014 bagi PPP yang telah berada di sekolah. Modul untuk peserta boleh dirujuk seperti di bawah ini. Beberapa maklumat juga disertakan seperti berikut:

Jadual pelaksanaan adalah 5 hari dan ia tidak semestinya bermula pada hari Isnin (seperti jadual di bawah) kerana ada sesetengah tempat kursus bermula pada hari Sabtu (seperti di Johor).

Contoh jadual pelaksanaan

Guru yang memohon untuk mengikuti kursus ini perlu mengawasi maklumat di laman web tertentu dari masa ke semasa. Sebagai contoh, kursus di sekitar Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang, Mersing dan Kota tinggi perlu mengawasi laman web http://cpd.ipgkti.edu.my/ untuk menyemak senarai nama dan jadual kursus.



Kursus ini mengandungi 4 Modul iaitu Modul A, Modul B, Modul C dan Modul D.

MODUL A

Nama Modul :  Dasar dan Hala Tuju KPM

Objektif :

1.     Memahami dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia
2.     Memberikan pandangan kekuatan dan kelemahan dasar baharu yang sedang dilaksanakan.
3.     Menghayati peranan guru sebagai pelaksana dasar dan boleh memberikan cadangan penambahbaikan.

Kandungan :

1.     Latar Belakang dan Konsep (Pengenalan)
2.     Perbincangan Kepentingan Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
3.     Penghayatan Peranan Guru Sebagai Pelaksana Dasar Pendidikan

Sinopsis :

Modul latihan ini memberi pendedahan kepada peserta tentang Dasar dan hala tuju Kementerian Pendidikan malaysia (KPM), pekeliling dan peraturan, konsep kurikulum dan ko-kurikulum serta Ilmu Pendidikan. Peserta akan meneroka dasar-dasar baharu dengan lebih mendalam dan impaknya dalam sistem pendidikan negara


MODUL B

Nama Modul : Pembelajaran dan Pengajaran

Topik 1:  Perancangan Pengajaran

Objektif :
1.     Mendalami konsep dan keperluan perancangan;
2.     Mengenal pasti tahap keupayaan dan potensi murid;
3.     Menentukan sasaran pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan dan potensi murid; dan
4.     Menguasai kemahiran merancang secara strategis.

Topik 2: Penyampaian Pengajaran

Objektif :
1.     Meningkatkan kualiti pengurusan kelas dan strategi pengajaran
2.     Mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam penyampaian kandungan, teknik penyoalan dan penilaian
3.     Menggunakan pelbagai sumber yang berkesan untuk mengukuhkan pembelajaran murid

4.     Melibatkan diri secara ‘hands-on’ sebagai ahli komuniti pembelajaran profesional (PLC).

Topik 3: Pentaksiran dan Penilaian

Objektif :
1.     Mendalami konsep pentaksiran
2.     Memahami ciri-ciri pentaksiran
3.     Memahami dan mengenali instrumen pentaksiran yang digunakan
4.     Membezakan instrumen dan item

Topik 4: Keusahawanan dan TMK dalam PdP

Objektif :
1.     Mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan
2.     Mendalami konsep keusahawan dalam pendidikan
3.     Mengaplikasi konsep keusahawanan dalam peningkatkan pencapaian murid Mendalami konsep TMK dalam pendidikan
4.     Meningkatkan kemahiran penggunaan TMK dalam PdP yang berkesan
5.     Mengaplikasi kemahiran TMK dalam penghasilan tugasan


MODUL C

Nama Modul :  Pengurusan dan Kepimpinan Pengajaran dan
                               Pembelajaran
Objektif :

1.     Mengenal pasti masaalah atau isu PdP yang perlu tindakan penyelesaian
2.     Mengenal pasti strategi penyelesaian kepada masalah atau isu PdP
3.     Menyediakan pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah atau isu PdP yang dikenal pasti; dan
4.     Mengaplikasikan kemahiran menggunakan data dan maklumat untuk meningkatkan PdP

Kandungan :

1.     Latar belakang dan Konsep
2.     Merangka Kes dan Pelan Tindakan
3.     Kajian tindakan dan pengurusan data dan maklumat pengurusan masalah atau isu PdP untuk meningkatkan amalan bilik darjah.


MODUL D

Nama Modul :  Nilai Profesional

Objektif :

1.     Membentuk Personaliti Guru
2.     Membangunkan Efikasi Diri Guru (Self-Efficacy)
3.     Memantapkan Kemahiran Komunikasi

Baca juga prosedur standard kursus ini seperti di bawah:

Prosedur Standard Pelaksanaan Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG41




Modul CPD, Modul Kursus CPD

1 comment:

  1. Salam...semua guru lantikan 2009 & 2010 wajib hadiri kursus ni ke?..mohon pencerahan..tidak dapat sbrg maklunan drpd pihak sekolah pn..

    ReplyDelete