Tuesday, May 27, 2014

Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia: Tawaran Bermula 26 Mei - 05 September 2014

Permohonan untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia telah dibuka bermula pada 26 Mei 2014 hingga 05 September 2014. Permohonan boleh dilakukan di pautan berikut:





Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3. Tidak Cacat
4. Lulus Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
5. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014

Maklumat Am
1. Tarikh tutup permohonan pada 6 September 2014
2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
3. Borang permohonan hendaklah dicetak dalam DUA salinan
4. Guru Besar/Pentadbir Sekolah hendaklah membuat pengesahan di ruangan yang disediakan di kedua-dua salinan.
5. Satu salinan borang permohonan dihantar kepada sekolah rendah di mana anda belajar sekarang dan satu lagi hendaklah dibawa sewaktu Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat) yang akan diadakan pada bulan September 2014.





Sunday, May 25, 2014

Selfie, hashtag, tweet masuk Kamus Dewan

Ini sesuatu yang menarik untuk perkembangan bahasa kita. Selain mengikuti perkembangan matematik, admin akan selitkan juga perkembangan bahasa di blog ini. Berikut adalah perkembangan baru berkaitan Kamus Dewan: Sumber: di sini


Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan. 
 
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan (bawah,berbaju hijau) berkata ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat. 
 
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.  
 
"Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yang menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel 'bp', supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku," katanya kepada Bernama hari ini. 
 
Beliau berkata kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas, disertai penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi. 
 
"Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus. Tetapi bagi yang sudah meluas (pengunaannya), ia akan dimasukkan berserta penjelasan taraf dan akan dinilai oleh pekamus kerana ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus," katanya. 
 
Awang juga berharap masyarakat tidak membuat tanggapan DBP memasukkan banyak bahasa asing kerana fungsi kamus ialah perakam kata yang digunakan secara meluas oleh masyarakat. 
 
Perkataan seperti 'selfie' merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial yang semakin menjadi trend, termasuk dalam kalangan pemimpin, selepas telefon bimbit pintar dilengkapi aplikasi kamera.  
 
'Hashtag' yang merujuk kepada simbol # pula digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial itu. 
 
Penggunaan perkataan 'moden' itu juga dimasukkan ke dalam beberapa kamus terkemuka dunia, termasuk Kamus Oxford, yang mana 'selfie' menjadi perkataan paling popular pada 2013. 
 
Kamus Merriam-Webster juga menambah perkataan 'selfie, hashtag dan Tweet' yang menyaksikan editornya, Peter Sokolowski dalam wawancara dengan media baru-baru ini menyifatkan ia sebagai kesan perkembangan teknologi dalam kehidupan. 
 
- Bernama

Saturday, May 24, 2014

PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK - 24 MEI 2014

Beberapa hari lepas komuniti internet menerima mesej tentang coklat Cadbury yang mengandungi DNA Porcine. Pada hari ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara rasmi mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu di facebook KKM dan juga Twitter. Berikut adalah kenyataan penuh pihak KKM.



Pihak JAKIM pula telah mengadakan mesyuarat tergempar dan keputusan berikut dikeluarkan oleh pihak JAKIM.



Friday, May 23, 2014

Matematik Tahun 1 : Tolak (mempelajari konsep asas tolak)

Admin kongsikan ilmu neh dari cikgu Joe (profil fb dia). Menarik untuk admin kongsikan hasil dari penulisan Cikgu Joe di blog dia - klik sini

Kaedah yang nampak kecik bagi kita yang dewasa sebenarnya boleh beri impak yang besar untuk kanak-kanak. Konsep yang diguna di sini ialah "visual" di mana kumpulan atau bulatan asal yang mengandungi sejumlah benda akan diasingkan ke tempat lain. Hayati penulisan di bawah untuk lebih lanjut.

------------------------------------------------------------------------------


Sebelum ini anak-anak murid Cikgu Joe telah menguasai pengiraan tambah walaupun mengambil masa yang lama untuk Cikgu Joe memikirkan kaedah yang sesuai untuk mereka belajar mengira. Pelbagai kaedah digunakan setiap kali proses PnP dijalankan sehingga kaedah latihan ini dipilih kerana murid jelas dengan konsep tambah tetapi lemah dalam membuat pengiraan dan tidak mampu membuat pengiraan lebih dari 10


hasil selepas kaedah ini diperkenalkan.


Alhamdulillah, itulah ucapan yang yang mampu Cikgu Joe sebut ketika itu. Kegembiraan yang tidak terkata. Kali ini Cikgu Joe memperkenalkan konsep tolak. Pada permulaan Cikgu Joe menggunakan kaedah biasa untuk memperkenalkan konsep tolak. Cikgu berikan mereka beberapa batang lidi dan mengajar konsep tolak, walaupun beberapa kali Cikgu Joe menerangkan dan melakukan aktiviti pengiraan bersama tetapi Cikgu Joe sedar, mereka masih lagi tidak mengerti secara jelas. Setelah membuat bacaan dan bertanyakan kepada rakan-rakan Cikgu Joe, ada sesuatu yang menarik yang boleh Cikgu Joe kongsi. Selain daripada muzik, murid-murid Orang Asli cenderung kepada visual. Menggunakan visual mampu memberikan kefahaman kepada mereka. Visual di sini bukan berarti memperlihatkan proses tolak itu berlaku sahaja tetapi melihat juga kepada bagaimana tolak itu berfungsi sehingga mewujudkan bilangan baru dan bilangan yang dibuang, dengan erti kata lain 'tolak' itu perlu diwujudkan supaya mereka melihat proses yang jelas. Berdasarkan idea itu, Cikgu Joe mewujudkan apa yang dinamakan sebagai 'kad tolak' untuk mempelihatkan proses tolak itu sendiri.

Penggunaan kad tolak ini adalah mudah :-

1) Dua buah ruang diperkenalkan. Ruang yang ada 'petak' dan ruang buangan 'tolak'
2) Murid akan diberikan soalan, contoh : 5-3 = __
3) Murid perlu meletakan bilangan objek yang mewakili nombor 5 didalam ruang yang ada dan kemudian 
    murid akan membuang 2 objek daripada ruang yang ada ke dalam ruang buangan melalui anak panah. 
    kemudian objek di ruang yang ada akan dihitung.








dan ini hasil pencapaian sebahagian mereka






    

Tuesday, May 20, 2014

Tutorial : Membetulkan Pendrive Yang Dijangkiti Virus - PENDRIVE SHORTCUT VIRUS

Admin kongsikan ilmu neh dari perkongsian dari facebook saudara Mohamad Zahlan.

Assalamualaikum..
Ada antara cikgu-cikgu yang menghadapi masalah isi kandungan pendrive yang mana fail atau folder menjadi shortcut? 

dah scan antivirus pun tak jadi juga.. akhir sekali bila dah frust, cikgu padam terus fail !!
Ada user panggil benda ni PENDRIVE SHORTCUT VIRUS. 

Perkara ini dah lama jadi dalam kalangan guru dan pengguna lain terutamanya apabila menggunakan pendrive/thumbdrive/flash drive yang sama dari 1 pc/laptop ke pc/ laptop yang lain. Oleh itu folders tertera seperti dalam gambar yang diberikan.

Penyelesaian
Windows 7
1. Klik START
2. Taip 'cmd' di bahagian [search program and files]
3 TAIP attrib -h -r -s /s /d g:\*.* (copy '-h -r -s /s /d g:\*.*' n paste ke ruangan cmd untuk memudahkan cikgu )
4. GANTIKAN 'g' tersebut dengan huruf yang mewakili pendrive/thumbdrive/flash drive anda , then tekan ENTER

Selepas itu semua akan kembali dalam keadaan asal tapi folder yang menjadi shorcut tersebut masih ada walaupun folder asal sudah kembali sediakala.. dan anda boleh padam shortcut tersebut....
panduan bergambar diberikan ...





BAHAN SUMBER PENINGKATAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

BAHAN SUMBER PENINGKATAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PANDUAN PENGGUNAAN SOALAN PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT (PISA) - Matematik

Bahan terbitan BPK tahun 2013.




Thursday, May 15, 2014

Koleksi Soalan Pertengahan Tahun

Koleksi soalan ini lebih mengutamakan soalan Matematik


TAHUN 2015
Subjek teras UPSR sahaja

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


TAHUN 2014
Sila klik pada tahun yang berkenaan - pelbagai subjek

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


TAHUN 2013
Sila klik pada tahun yang berkenaan - matematik sahaja

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


TAHUN 2012 
Sila klik pada tahun yang berkenaan - matematik sahaja

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6







Koleksi Soalan - Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 4

Lihat juga Koleksi Soalan Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 5

Lihat juga Koleksi Soalan Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 6

Terdapat beberapa pembetulan bagi sesetengah mata pelajaran. Adalah diminta sesiapa yang memuat turun bahan di sini untuk membuat semakan dan pembetulan mengikut kesesuaian. 

Bahan yang disediakan di bawah adalah untuk mata pelajaran yang tidak disediakan sendiri oleh pihak sekolah. Jika mata pelajaran tersebut tidak ada di bawah, maka soalan adalah disediakan secara dalaman sahaja (pihak sekolah sendiri sediakan). 

Semua bahan di blog ini dibenarkan untuk disebarkan dan digunakan secara umum. Semua bahan adalah dalam format pdf (acrobat). 

Tidak dapat muat turun dalam format MS Excell ? Sila baca tutorial ini -klik di sini

Mata pelajaran yang ada untuk pertengahan tahun 2014 tahun 4 ialah:
01. BM Pemahaman
02. BM Penulisan
03. BI kertas 1
04. BI kertas 2
05. Matematik kertas 1
06. Matematik kertas 2
07. Sains
08. Pendidikan Islam
09. Rekabentuk dan Teknologi (RBT)
10. Sejarah
11. Pendidikan Kesihatan
12. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

























Koleksi Soalan - Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 5

Lihat juga Koleksi Soalan Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 4

Lihat juga Koleksi Soalan Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 6

Terdapat beberapa pembetulan bagi sesetengah mata pelajaran. Adalah diminta sesiapa yang memuat turun bahan di sini untuk membuat semakan dan pembetulan mengikut kesesuaian. 

Bahan yang disediakan di bawah adalah untuk mata pelajaran yang tidak disediakan sendiri oleh pihak sekolah. Jika mata pelajaran tersebut tidak ada di bawah, maka soalan adalah disediakan secara dalaman sahaja (pihak sekolah sendiri sediakan). 

Semua bahan di blog ini dibenarkan untuk disebarkan dan digunakan secara umum. Semua bahan adalah dalam format pdf (acrobat). 

Tidak dapat muat turun dalam format MS Excell ? Sila baca tutorial ini -klik di sini

Mata pelajaran yang ada untuk pertengahan tahun 2014 tahun 5 ialah:
01. BM Pemahaman
02. BM Penulisan
03. BI kertas 1
04. BI kertas 2
05. Matematik kertas 1
06. Matematik kertas 2
07. Sains
08. Pendidikan Islam
09. Kajian Tempatan
10. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
11. Kemahiran Hidup
12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
13. Skema jawapan





























Koleksi Soalan - Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 6

Lihat juga Koleksi Soalan Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 4

Lihat juga Koleksi Soalan Pertengahan Tahun 2014 - Tahun 5

Terdapat beberapa pembetulan bagi sesetengah mata pelajaran. Adalah diminta sesiapa yang memuat turun bahan di sini untuk membuat semakan dan pembetulan mengikut kesesuaian. 

Bahan yang disediakan di bawah adalah untuk mata pelajaran yang tidak disediakan sendiri oleh pihak sekolah. Jika mata pelajaran tersebut tidak ada di bawah, maka soalan adalah disediakan secara dalaman sahaja (pihak sekolah sendiri sediakan). 

Semua bahan di blog ini dibenarkan untuk disebarkan dan digunakan secara umum. Semua bahan adalah dalam format pdf (acrobat). 

Tidak dapat muat turun dalam format MS Excell ? Sila baca tutorial ini -klik di sini

Mata pelajaran yang ada untuk pertengahan tahun 2014 tahun 6 ialah:
01. BM Pemahaman
02. BM Penulisan
03. BI kertas 1
04. BI kertas 2
05. Matematik kertas 1
06. Matematik kertas 2
07. Sains
08. Pendidikan Islam
09. Kajian Tempatan
10. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
11. Kemahiran Hidup
12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
13. Skema jawapan

PEMBETULAN SOALAN MATEMATIK KERTAS 1
Soalan 19 : G = 1 1/2 liter, R = 7/10 liter, S = 0.35 liter
Soalan 20 : Tukar jarum jam menjadi jam 08:30
Soalan 35 : P = 800, Q = 400, R = 600, S = 700

PEMBETULAN SOALAN MATEMATIK KERTAS 2
Soalan 03 : Garisan adalah bentuk piramid bertapak segi empat
Soalan 14 : bacaan / skala 500 ml tidak jelas


























  pertengahan tahun 2014 - tahun 6 - skema