Friday, May 9, 2014

Menu makan tengahari di sekolah seluruh dunia

Ini adalah gambar yang disiarkan di Astro Awani - klik sini - berkisar tentang menu makan tengah hari di sekolah serata dunia (tidak semua negara kerana gambar hanya ada 13 keping). Perkara yang menarik bagi admin ialah tentang budaya makan tengah hari bagi pelajar di Malaysia sebenarnya "hampir tiada" disekolah kerana murid akan terus balik ke rumah selepas sesi pembelajaran yang tamat sekitar jam 1++ tengah hari (masa balik boleh mencecah jam 2 petang ++ untuk sesetengah sekolah terutama disekolah menengah). Tambahan pula sesi rehat bagi sekolah di Malaysia biasanya hanya satu kali iaitu di waktu pagi sahaja.

Sekolah rendah Bahria di Rawalpindi menyediakan pelbagai hidangan untuk murid sekolah itu. Pihak sekolah memastikan makanan yang sihat dan menasihatkan ibu-bapa agar tidak memberikan makanan ringan kepada anak-anak mereka - AP Photo/Anjum Naveed
Sekumpulan pelajar sekolah rendah di Jammu India, tekun berbaris menunggu giliran mendapat makanan percuma sewaktu sesi rehat tengahari. Kebiasaannya hidangan nasi berperisa manisan disajikan. - AP Photo/Channi Anand
Ini sebuah beg berisi makanan milik seorang pelajar di Quito, Ecuador. Set makan tengaharinya mengandungi sandwich,daging,keju, tomato dan minuman kotak. - AP Photo/Dolores Ochoa
Sri seorang pembantu rumah, menunjukkan bekas makan tengahari untuk anak majikannya di sebuah sekolah rendah di Jakarta, Indonesia. Antara yang dihidangkan, nasi, sup bebola daging, taufu dan sayur. - AP Photo/Achmad Ibrahim
Sebuah sekolah tadika El Caminet del Besos di Barcelona, Sepanyol memilih menu sup krim sayur, daging lembu digoreng, salad sayur, roti, pisang dan air sejuk.- AP Photo/Manu Fernandez
Ini menu sekolah Anne Franck di Lambersart, ke utara Perancis. Antaranya nasi, ikan salmon dan sayur "ratatouille". - AP Photo/Michel Spingler
Seorang pelajar sekolah rendah sempat menjeling barisan kuih yang dijual penjaja berhampiran sekolahnya di Jakarta, Indonesia. Ia sudah menjadi kebiasaan untuk pelajar sekolah awam di negara itu. - AP Photo/Achmad Ibrahim
Milagro Ramos, seorang pelajar dari Angela Landa Elementary School di Havana Cuba sedang menatang dulang berisi makanan tengaharinya yang antara lain terdiri dari nasi, ubi, ayam dan kacang pea. (AP Photo/Franklin Reyes)
Makanan gaya masyarakat wilayah selatan Amerika Syarikat untuk pelajar di sekolah rendah Mirror Lake, Washington Amerika Syarikat. Antaranya salad jagung, daging, kacang pea, lobak, roti dan kuah.- AP Photo/Ted S. Warren
Mamadou Diagana memilih donut goreng sebagai makanan tengahari di sekolah. Dia yang bersekolah di Mali kebiasaannya pulang ke rumah untuk makan makanan lebih berat dan lengkap bersama keluarga. -- AP Photo/Baba Ahmed
Mangkuk-mangkuk berisi salad sayuran segar disediakan untuk hidangan sebuah tadika di tengah-tengah kota metropolitan Singapura. Tabiat makanan sihat menjadi keutuamaan pihak sekolah. - AP Photo/Wong Maye-E
Kelihati Bani, pelajar berusia lima tahun menjamah hidangannya di Jammu, India. Antara yang dibekalkan roti nan, masakan lobak putih dan mangga. - AP Photo/Channi Anand
Bagi sekumpulan kanak-kanak Palestin di Nablus, Tebing Barat, mereka memilih roti pita sebagai pilihan makanan tengahari. Turut dibekalkan makanan berempah yang dikenali sebagai zaatar. - AP Photo/Majdi Mohammed

Sumber: semua gambar dan caption diambil dari laman web Astro Awani

1 comment:

  1. Kalau kita lihat di Malaysia, makanan paling digemari pasti makanan segera. Kadang-kadang kantin sekolah walau sudah ada panduan tetapi masih mahu menjual makanan ringan dengan alasan lebih digemari berbanding makanan yang berkhasiat.

    ReplyDelete