Tuesday, May 27, 2014

Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia: Tawaran Bermula 26 Mei - 05 September 2014

Permohonan untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia telah dibuka bermula pada 26 Mei 2014 hingga 05 September 2014. Permohonan boleh dilakukan di pautan berikut:





Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3. Tidak Cacat
4. Lulus Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
5. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014

Maklumat Am
1. Tarikh tutup permohonan pada 6 September 2014
2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
3. Borang permohonan hendaklah dicetak dalam DUA salinan
4. Guru Besar/Pentadbir Sekolah hendaklah membuat pengesahan di ruangan yang disediakan di kedua-dua salinan.
5. Satu salinan borang permohonan dihantar kepada sekolah rendah di mana anda belajar sekarang dan satu lagi hendaklah dibawa sewaktu Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat) yang akan diadakan pada bulan September 2014.





No comments:

Post a Comment