Monday, June 30, 2014

Teknik Pengajaran Matematik Kepada Murid Lemah

Buku catatan ini dibuat oleh Cikgu Wong Yick Yim dan admin hanya berkongsi bahan dari beliau yang disediakan di slideshare.net. Baik untuk rujukan guru matematik sekolah rendah. Terima kasih cikgu Wong yang sudi berkongsi bahan. 


21 Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik

Menarik artikel kat blog Cikgu Hilmi neh... jadi admin kopipes dari situ jer...




1. Pertandingan Fotografi Sains
Pertandingan fotografi ini adalah seperti pertandingan fotografi yang lain. Janji gambar nampak cantik di mata cikgu, maka cikgu dah boleh isytiharkan siapa pemenangnya. Bagi pertandingan ini, subjek dan temanya mesti lah ada kena mengena dengan Sains. Sebagai contohnya, tumbuhan berbunga atau tumbuhan tidak berbunga. 


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan Fotografi Sains


Penggunaan kamera bergantung kepada cikgu sendiri, sama ada nak sediakan banyak-banyak kamera, atau pun benarkan pelajar menggunakan kamera sendiri. Pertandingan ini sebenarnya saya dah kongsikan secara detail dalam entri yang terdahulu




2. Pameran Sains

Ini adalah aktiviti yang agak biasa dijalankan di mana-mana sekolah. Bezanya mungkin bergantung kepada apa benda yang nak dipamerkan. Jika ada bahan pameran yang menarik dan boleh membuatkan pelajar rasa teruja nak melihat dan membelek bahan pameran anda, maka dipersilakan. Jika bahan pameran adalah biasa-biasa sahaja, maka saya rasa aktiviti ini agak membosankan.
Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pameran Sains


3. Pertandingan Telur Kebal

Pertandingan Telur Kebal ini adalah pertandingan mencipta bahan sokongan bagi telur, supaya tak pecah jika dijatuhkan daripada tempat yang tinggi. Kalau tak pecah, maka kebal lah telur itu. Pelajar boleh menggunakan kaedah masing-masing sekreatif mungkin, tetapi masih berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan telur kebal


Semakin ketat peraturan yang cikgu tetapkan, maka semakin kreatif lah hasil daripada pelajar nanti. Aktiviti ini agak menarik dan cukup menghiburkan. Jangan terkejut dengan kreativiti anak murid cikgu dalam menghasilkan produk mereka!



4. Kuiz Sains (bertulis)

Ini juga adalah aktiviti turun temurun dan menjadi kebiasaan kepada hampir semua sekolah. Namun, rakan guru boleh mengkreatifkan kuiz ini dalam bentuk yang lebih terkini. Sebagai contoh, dengan menggunakan Makmal Komputer bagi menjawab soalan yang sudah diselaraskan. Minta bantuan daripada rakan guru yang mahir dalam menetapkan penggunaan ICT, inshaAllah aktiviti kuiz ini juga boleh jadi aktiviti yang menarik.



5. POPKUIZ Sains
Aktiviti kuiz yang berbentuk seperti POPKUIZ ini juga dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti Bulan Sains dan Matematik dengan jayanya. Adakan kumpulan daripada setiap kelas yang terdiri daripada 2 / 3 orang dalam satu kumpulan. 


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Kuiz Sains


Beberapa pusingan boleh diadakan bergantung kepada kreativiti cikgu. Mungkin pusingan pertama memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk memilih soalan, diikuti pusingan kedua yang memberi peluang kepada kumpulan yang paling pantas menjawab soalan. 




6. Pertandingan Amali

Pertandingan amali adalah pertandingan yang mengkhususkan kepada kemahiran menjalankan eksperimen dengan baik. Pemilihan eksperimen adalah bergantung kepada guru. Lebih susah eksperimen yang dijalankan, lebih mencabar pertandingan tersebut kepada pelajar.
Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan Amali Sains


Pemarkahan boleh dinilai pada hasil akhir eksperimen, kemahiran menjalankan eksperimen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai semasa menjalankan eksperimen.




7. Drama Sains

Aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang menarik. Ada kelainannya. Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit bagi mempersembahkan drama yang berunsurkan Sains. Kreativiti adalah bergantung kepada pelajar sama ada mahu menggunakan konsep sketsa, puisi dan lagu, atau apa-apa seni persembahan lain. 
Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan Drama Sains


Pemarkahan diberi pada kandungan Sains yang dinyatakan dalam drama, kreativiti dan penggunaan bahan yang sesuai. Jika ada faktor lain yang boleh dinilai, seperti mutu lakonan dan persembahan, maka mungkin rakan guru boleh berikan markah bonus.


8. Pertandingan Video

Jika sekolah anda mempunyai budaya 'video' yang bagus, maka saya sarankan diadakan pertandingan mencipta video berunsurkan Sains. Jika tak ada pun, masih rakan guru boleh teruskan aktiviti ini dengan seringkas mungkin.






Pelajar menghasilkan video pendek, dalam jangka masa 2 - 5 minit yang menerangkan mengenai apa-apa yang berkaitan dengan Sains. Video boleh dirakam terus dengan menggunakan apa jua jenis kamera (termasuk kamera telefon), dan boleh juga dalam bentuk yang sudah di-edit. 




9. Membina model

Pertandingan ini juga dapat membina kreativiti pelajar anda. Guru-guru boleh tetapkan syarat dan juga peraturan yang perlu dipatuhi pelajar. Sebagai contohnya, wajib menggunakan bahan terpakai. 


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan Membina Model


Tujuan model dibina juga boleh dipelbagaikan dengan menetapkan tema perhiasan rumah, tema projek alam sekitar, tema barang pelbagai-guna dan macam-macam lagi.




10. Pertandingan Memasang Model

Pertandingan ini saya dapat idea semasa menjalankan pdp dalam kelas. Pelajar sangat teruja mahu siapkan memasang model dengan masa yang paling pendek. Maka saya anjurkan pertandingan memasang model paling cepat.


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan Memasang Model


Model yang cikgu boleh gunakan adalah model manusia dan juga model litar elektrik (selari dan bersiri). Hati-hati juga. Takut ada yang terlebih excited nak pasang model, sampai habis rosak model yang ada.




11. Explorace Sains / Saintis Muda

Pertandingan ini dicedok daripada pertandingan Explorace yang popular suatu ketika dahulu. Konsepnya lebih kurang sama, iaitu ditetapkan beberapa stesyen, dengan setiap stesyen mempunyai tugasan tertentu yang perlu diselesaikan. Kumpulan yang paling awal menamatkan cabaran, akan dikira sebagai pemenang.


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Explorace Sains / Saintis Muda


Bagi setiap stesyen, banyak aktiviti atau tugasan yang boleh ditetapkan. Kalau cikgu mahu lebih menarik, jalankan aktiviti ini di luar daripada kelas dan juga makmal. Tentu meriah melihat kumpulan pelajar terkejar-kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan jawapan!




12. G-Math

Ini adalah pertandingan yang mirip kepada permainan sahibba. Bezanya permainan ini memerlukan kemahiran asas mengira + - / x dalam menghasilkan sesuatu persamaan matematik itu.


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik G-Math


Bagi yang belum pernah mencuba, mungkin agak sukar. Namun jika sudah mula bermain, G-Math ini pasti menyeronokkan. 




13. Pertandingan Sudoku

Tak sahlah kalau permainan ini tak dimasukkan dalam senarai aktiviti bulan Sains dan Matematik. Permainan Sudoku ini agak menarik dan mencabar kemampuan pelajar untuk berfikir dengan pantas dan tepat.


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan Sudoku


Mungkin rakan guru boleh kreatif kan lagi permainan ini dengan mengadakan perlumbaan siapa yang dapat selesaikan masalah Sudoku ini dengan lebih pantas! Adakan dalam beberapa pusingan, dengan setiap pusingan menyaksikan sebilangan pelajar akan tersingkir. Tentu lebih menarik!




14. Pertandingan Teka Berat / Teka Bilangan

Ini juga pertandingan yang agak menarik. Guru boleh meletakkan apa-apa barang dalam balang besar / akuarium dan kemudiannya menyuruh pelajar untuk meneka bilangan atau pun berat barang tersebut. Guru-guru boleh gunakan guli, biji kacang hijau, biji getah dan apa-apa yang difikirkan sesuai. 
Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan Teka berat / teka bilangan


Sediakan borang kecil yang mencatatkan maklumat peneka dan terus sediakan kotak pertandingan. Letakkan juga balang besar / akuarium tersebut di tempat laluan yang strategik. Tentu banyak sambutan. Sekurang-kurangnya pelajar juga dapat menggunakan kemahiran menganggar dengan logik dan bijak.  




15. Pertandingan Sudut Matapelajaran

Setiap kelas di sekolah diminta untuk menghias sudut matapelajaran 'Sains'. Bahan yang dilekatkan perlulah bahan yang berkualiti dan dengan persembahan yang menarik dan ceria.


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan sudut matapelajaran


Bagi memudahkan penilaian dari kelas ke kelas, rakan guru boleh menetapkan tema bagi sudut Sains tersebut. Contohnya, tema angkasa, tema hidupan air, keseimbangan ekosistem dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Sains.




16. Pertandingan Artikel Sains
Pertandingan menyediakan artikel Sains dengan maklumat yang menarik. Pelajar dibenarkan untuk menggunakan sebarang bahan untuk mendapatkan artikel Sains yang menarik. 


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan artikel sains


Jika ditetapkan penggunaan saiz A4 serta bahan yang digunakan, mungkin juga artikel Sains yang dihasilkan oleh pelajar dalam pertandingan tersebut dapat di-laminate dan dijadikan bahan hias sekitar sekolah. Bahan info Sains yang menarik!




17. Buku Skrap

Penghasilan buku skrap Sains juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tema yang ditentukan kepada pelajar boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Sebagai contohnya senarai tumbuhan yang terdapat dalam kawasan sekolah. Bagi menambahkan lagi cabaran, guru boleh tetapkan juga nama saintifik bagi setiap tumbuhan yang dimasukkan dalam buku skrap. 
Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan buku skrap sains


Selain daripada cadangan tema di atas, guru juga boleh tetapkan tema lain seperti senarai tumbuhan berbunga dan tidak berbunga, monokotiledon dan dikotiledon serta serangga yang wujud dalam kawasan sekolah. 




18. Pelancaran Roket Air

Roket air juga merupakan aktiviti Bulan Sains yang boleh memberi kelainan kepada pelajar. Pertandingan sebegini sudah tentu merangsang kreativiti pelajar dalam menghasilkan roket air dengan inovasi yang tersendiri.
Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik Pertandingan roket air


19. Lawatan ke Agensi / Pusat Sains


Bagi sekolah yang berada berdekatan dengan mana-mana agensi atau pusat Sains, maka anda bolehlah membuat lawatan sambil belajar ke pusat tersebut. Rancang aktiviti dengan baik, inshaAllah ini akan jadi pengalaman yang berharga buat pelajar. 

Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik lawatan ke pusat sains


Mana tahu dengan lawatan tersebut menyebabkan pelajar akan lebih berminat untuk mendalami Sains. Selain daripada agensi / Pusat Sains, antara tempat lain yang anda boleh adakan lawatan sambil belajar adalah institusi seperti universiti, Pusat Kimia, kilang industri, pusat rawatan air, pusat pelupusan sampah, empangan hidroelektrik dan apa-apa yang berkaitan dengan Sains.




20. Ceramah / Bengkel

Ini lagi satu aktiviti yang agak membosankan untuk diadakan di Bulan Sains dan Matematik. Namun aktiviti zaman berzaman ini kalau nak diadakan jugak, boleh disegarkan dengan ceramah atau bengkel oleh individu yang lebih berpengaruh (artis, tokoh). Pokok pangkalnya mestilah ceramah atau bengkel yang berkaitan dengan Sains.


Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik ceramah bengkel


Selain daripada individu, pihak sekolah juga boleh memohon pihak universiti atau mana-mana institusi yang berkaitan dengan Sains untuk datang memberi ceramah di sekolah. Semoga terhibur.. ;)




21. Mencerap Bintang

Bagi sekolah yang mempunyai peralatan yang mencukupi, pihak sekolah boleh juga mengadakan sesi mencerap bintang di langit. Saya rasa aktiviti ini menarik dan sangat bersesuaian dengan bulan Sains dan Matematik. 
Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik mencerap bintang


Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diambil kira. Terutamanya yang berkaitan dengan perjalanan pelajar pada malam hari serta kesediaan guru untuk meluangkan masa malam di sekolah bersama pelajar, sambil melihat bintang yang berkerlipan. 




Inilah antara beberapa cadangan aktiviti menarik yang boleh dianjurkan sepanjang Bulan Sains dan Matematik. Hampir kebanyakan daripada aktiviti di atas ada dan pernah dianjurkan di sekolah saya. Ada yang mendapat sambutan hangat dan ada yang mendapat sambutan suam-suam kuku. Semuanya bergantung kepada kreativiti cikgu dalam melaksanakan pertandingan dan aktiviti tersebut.


Jika sekiranya cikgu-cikgu mempunyai cadangan aktiviti lain, boleh lah kongsikan juga di ruangan komen supaya boleh diambil manfaat oleh rakan guru yang lain. Selamat mencuba!

Tuesday, June 24, 2014

BAHAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH DAN GEOGRAFI

Bahan untuk PT 3 bagi mata pelajaran sejarah dan geografi telah mula diedarkan. Berikut adalah bahan-bahan tersebut.













PT3 Sejarah, PT3 Geografi


Logo dan Lagu Tema Kemerdekaan ke-57 Tahun 2014

Sambutan kemerdekaan kali ke 57 bagi tahun 2014 akan menggunakan logo seperti di bawah. Logo ini disebarkan melalui facebook Jabatan Penerangan seperti mana print skrin di bawah:

Klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas




Berikut pula adalah lagu tema...



Klik di sini untuk lagu tema versi minus one


# Lagu tema hari kemerdekaan kali ke 57, minus one lagu tema Di sini Lahirnya Sebuah Cinta...

Sunday, June 22, 2014

Kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2014M / 1435H

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2014M / 1435H *akan dikemaskini kemudian


NegeriTahun 2013 (RM)Tahun 2014 (RM)
Perlis6.006.50
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.506.50
Johor5.00/8.00*5.00/8.00*
Pahang7.007.00
Terengganu4.50/7.00/7.60*4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.007.00
Sarawak6.507.00
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

Saturday, June 21, 2014

Contoh Penulisan Impak dan Refleksi

Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya kita akan menulis secara sama sahaja seperti hari-hari lalu tanpa ada kelainan dalam penulisan. Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:

"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."

"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan guru."

Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif. Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada kuantiti. Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap. 

Bagi penulisan refleksi pula admin beri contoh seperti di bawah. Admin ambil dari Yahya Sufi Hj Abdullah untuk menambah idea.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P


  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
  24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh









Friday, June 20, 2014

JADUAL PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2014

Pelajar tingkatan 3 akan menjalani Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti jadual di bawah pada tahun ini.


Thursday, June 19, 2014

SOAL SELIDIK KEFAHAMAN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2014

Sesi penataran penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah selesai dilaksanakan.  Pentadbir sekolah dan guru diharapkan telah memahami  PBS yang telah ditambahbaik selepas mengikuti sesi penataran tersebut.  Oleh itu, semua pihak diharapkan boleh melaksanakan PBS yang ditambahbaik di sekolah masing-masing. 

Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kefahaman pentadbir sekolah dan  guru untuk melaksanakan PBS yang telah ditambahbaik. Hasil maklumat ini akan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merangka pelan tindakan pelaksanaan PBS selanjutnya.

Semua guru diminta menjawab SEMUA item yang terkandung dalam soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. 

Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Terdapat 2 pautan iaitu untuk sekolah rendah dan juga untuk sekolah menengah.

Soal Selidik Kefahaman Mengenai Penambahbaikan PBS 2014 (Sekolah Menengah)


Soal Selidik Kefahaman Mengenai Penambahbaikan PBS 2014 (Sekolah Rendah)





#Soal selidik PBS, soal selidik PBS 2014

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2014M / 1435H



Waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2014 M atau tahun 1435 H adalah seperti di  pautan di bawah.

Sila klik pada negeri yang dikehendaki.


















mysumber : jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2014 1435h malaysia http://www.mysumber.com/jadual-waktu-berbuka-puasa-dan-imsak-2013-1434h-malaysia.html#ixzz355ReLdJM


Waktu berbuka puasa 2014, waktu berbuka puasa dan imsak 2014, waktu imsak 2014, waktu berbuka tahuun 2014, waktu berbuka 2014, waktu berbuka 1435H, waktu berbuka puasa negeri Johor 2014, waktu berbuka puasa Johor Bahru 2014,

Modul Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) - Versi 2014 (Edisi 3)

Secara ringkas, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) khusus untuk guru-guru baharu yang pertama kali ditempatkan mengajar di sekolah menengah dan rendah mulai tahun 2011. Bermula tahun 2012, pelaksanaan PPGB akan dipantau sebanyak 2 kali setahun. 

Program ini akan berjalan selama setahun bermula dari hari pertama guru baharu ditempatkan (posting). Guru-guru baharu akan dibimbing oleh guru mentor yang dilantik pihak sekolah. Bimbingan dan tunjuk ajar meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, pengurusan tugas dan program sekolah, pelaksanaan ko-kurikulum dan beberapa aspek yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. Ia merupakan proses memasyarakatkan Guru Baharu supaya dapat menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan.

Maklumat lanjut bolehlah meneliti buku panduan edisi ke 3 tahun 2014 seperti di bawah. 



Sunday, June 15, 2014

Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan minda!

Admin ambil cerita neh dari blog neh - klik sini - dan admin potong sikit kat bahagian awal blog tuh. Sila baca komen-komen di post asal blog tersebut. 


Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka.

Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di rumah.



Ok jom kita tengok satu-satu.




1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.



Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus. Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang. Cuma susun yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul. 





Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang. 

Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower.



Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu. Pastu bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. ;D




2) Colour Sorting 


Ok untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang berwarna.
Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama.
Macam Haikal, selalunya aku guna tiga benda.

a) Fruit Fork.



b) Fur Balls

 




c) Batang Aiskrim






Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak. Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari perangai Haikal.

Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan bersemangat. 
Dia tak cepat bosan dan happy je masa bermain. Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak jugak. =)
  
Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk aktiviti sorting colours ni,
sebab Haikal akan bosan bila tengok benda yang sama hari-hari. So kita tukar-tukar.
Hari ni batang aiskrim, esok fur balls, lusa fruit fork, dan sebagainya.
Aktiviti ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja.
Asalkan barang tu berwarna, boleh guna.
Sudu ke, sepit baju ke, pensil warna ke, kertas warna ke, stokin ke. -___-




3) Sorting beads



Aktiviti ni agak merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor.
Sebab ia melibatkan beads/manik.
Aktiviti ni aku dapat tahu dari mak saudara aku. Dia nurse.
Dan dia jugak pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist,
dan ini salah satu aktiviti yang anak dia buat semasa assessment.



Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik berbagai warna dan jenis.
Butang baju pon boleh.
Longgokkan banyak-banyak dalam pinggan.
Dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna.
Dah macam babak nak cari bakal isteri dalam cerita p.ramlee pulak. Kahkah. 






Kenapa guna manik?
Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus.
So nanti penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar.
InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan cantik.
Macam iolls.
*muntah*
;D




4) Shape Sorting



Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam ni.



 

 

Branded dan mahal. 
Berlagak habis la masa tu. Bahah.
Tapi percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape sorter yang mahal-mahal camni.
Dah la mahal, pastu blocks dia tak banyak.
Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je.
Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.  
Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar. -____- 
Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna sebagai shape sorter sahaja.
Boring. Dan membazir.



Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih berbaloi.
Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma RM40.
Ada tiga kegunaan pulak tu:



Shape sorter.



Boleh buat castle atau tower.




Dan boleh buat Domino jugak!


Lebihhhhh berbaloi dari beli shape sorter yang mahal tapi tah hape-hape itu. -..-
Jadi Haikal pon boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.
Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes,
benda ni jugak boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino.
Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours menggunakan wooden blocks ni.
Kan dia ada banyak warna tu. 
Sangat beronok-ronok bukan? :D




5) Penyepit baju.



Masa buat assessment dengan Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni.
Guna sepit baju.



Tak payah yang fancy-fancy camni pon takpe.

Sepit baju mydin pon boleh guna. =)
Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit di tepi bekas seperti ini..





Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya.
Memula memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu kahkah.
Tapi lama-lama dia semakin terrer.
Makin laju dia buat. =)




6) Fur sticks & Penapis Sayur.



Bahah.
Kenapa penapis sayur perlu terlibat sama dalam hal ni. -___-




 

Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi.
Aku dulu memang suka buat arts. Macam buat kad mother's day ke hape kan.
Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas rumah, malas. -..-



Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana kedai stationaries. Mesti ada punya.
Apa yang korang perlu buat ialah, potong fur sticks tu pendek-pendek
dan suruh anak masukkan dalam lubang penapis sayur.






Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine motor skills.
Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur sticks tu.
Aktiviti ni memang fun sebab boleh menguji tahap kesabaran anak korang jugak. :D




7) Hair bands, lidi dan penapis sayur.



Ye, masih menggunakan penapis sayur. -___- 



 

Tapi kali ni kita guna penapis sayur berlainan dari yang tadi.
Supaya blog readers tahu kat rumah iolls ada banyak penapis. Kahkah!



Ok tentang hair bands, semua mak-mak mesti ada hairbands bukan?
Takkan la kau memasak dengan rambut lion king segala. 
Macam aku, memang suka standby hair bands banyak-banyak kat rumah.
Sebab hairbands ni, hobi dia menghilangkan diri selalu.
Sebelum mandi elok je letak atas meja, tetiba habis mandi ting! Hilang. -..-
So kalau travel ke apa, aku memang standby banyak hairbands dalam wallet.
Kang kalau hairbands hilang atau hari tu kuat berpeluh so hairband berbau hapak nak pengsan bila bau kahkah.
So lebih senang bila ada banyak spare.



Jadi sementara hair bands yang belum diguna masih banyak,
boleh lah guna untuk buat aktiviti bersama Haikal.
Jangan bagi anak main yang dah hapak pulak ye. Rosak saraf hidung budak tu. ;D 




Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan masukkan dalam lidi mengikut warna.

Tapi aktiviti ni cukup bagus untuk fizikal dan mental anak.
Sebab?
Sama macam aktviti lain, dapat enhance sensory and fine motor skills. 
Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus. Latih anak sabar. =)




8) Count the sea-shells.



Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan sekadar menulis di atas kertas.
Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira.
Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.


 

Korang boleh je kutip mana-mana kalau rumah kat tepi pantai kan.
Tapi boleh jugak guna benda-benda lain macam batu sungai ke kan.
Eh semua benda pon boleh guna kottt. Nak kira je pon kan. -..-



Dalam aktiviti ni, Haikal perlu letak bilangan sea-shells mengikut nombor yang diletakkan kat sebelah pinggan.
Macam ni..




Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.




9) Bolts & Nuts



Ok yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari.
Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah.
Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah.
Tapi tak ingat dah berapa. -___-



 

Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz.
So bolt dan nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk, saiz).
Kalau tak match, memang tak masuk.



Oh aktiviti ni paaaaaling aku suka.
Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni.
Selalu dia main benda senang-senanggg je kan.
Yang ni susah, padan muka dia. ;D




Tapi lama-lama, pon Haikal boleh buat.

Tak pandang pun rilek je dia buat. -___-



Aktiviti ni bagus.
Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna, bentuk dan saiz,
ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement.
Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor skills dan brain development!
Sekali lagi bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. :D




10) Melukis


Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,
ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis,
sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja.
Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang.
Cantik ke tak cantik tu balakang kira.

Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.
Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif.
Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas.
Hamboi.

Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI melukis. 
So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira.
Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin harian.


 
 


Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti melukis dengan anak.

Rugi.
Lukislah apa saje. Dan suruh anak imitate. 
Walau sekadar bulatan atau garisan.



Ataupon buat camni.
Kita lukis sesuatu bentuk (bulat, square, line, oval, etc.) dan suruh anak sambung lukisan tersebut.
Pepandai dia la nak sambung dan menjadikan apa-apa yang dia nak.



Memang la buruk hazabedah lukisan dia. Bahah.
Tapi kita tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran dia.
Jadi biar dia lukis, biar dia explore. =)






Ok ni aku saje nak share.
Hari tu aku jumpa crayon blocks ni. Pun dekat Mr. DIY.
Crayon blocks ni sangat berguna. Bila Haikal dah bosan melukis, dia boleh buat tower. =)




Macam-macam mainan budak-budak sekarang.

Crayon blocks lah apa semua lah. -____-



Helloooo mama dulu lukis pakai arang je tau.
Ok tipu. ;D




11) ABC 123 Blocks.



Macam yang aku cakap sebelum ni, warna dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak.
Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin diorang akan cepat bosan.
So korang boleh try guna blocks.
Kat mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap.



 

Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap huruf A-Z dan nombor 1-10.

Amazing? Memang.
In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards.
Tak percaya korang boleh cuba.




12) Car track.



Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat yang mahal tu.
Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat lantai dan design lah ikut suka korang.
Dan amik segala mainan cars yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas track.






Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak untuk lebih fokus.
Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking tape sahaja,
 korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu.
Supaya aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang dengan lebih baik.




13) Shoot the ball.



Ok ni last.
Aku pon dah penat taip. -______-"



"Shoot the ball" jugak adalah salah satu aktiviti Haikal semasa assessment tempoh hari.
Just baling bola dalam jaring.
Main bola jaring la senang cakap. -..-



Kebaikan aktiviti ni lebih kurang macam memanah.
Dapat latih anak lebih fokus, precise dan concise dalam hidup.
Macam yang kita tahu, aktiviti memanah adalah sunnah nabi.
Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk buat aktiviti memanah.
So untuk melatih ke arah itu, boleh buat aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).
Dan bila dah besar sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar memanah.
Gitu.



Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini. -___-


Aktiviti ni korang kena lakukan secara berperingkat.
Buat paras rendah dulu. Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang.
Benda ni penting untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang lebih susah.
So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring tu, baru letak paras yang lebih tinggi.
Kalau boleh paras yang memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki.
Pergerakan macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang dia.
Dan ofkos untuk otak jugak. =)




Ok dah.
Habis jugak entry ni. Hahaha.
Panjang betul lah hai. Terhakis dah jari aku ni haa. 
Harap korang sama-sama dapat manfaat lah.
Tak delah sia-sia sangat jari aku terhakis ni haaa.. -___-



Oh lagi satu, mohon jangan tanya aku aktiviti sekian-sekian sesuai untuk umur berapa.
Aku tak boleh jawab.
Sebab lain budak, lain tahap dia.
Macam Haikal, dia dua tahun. Tapi doktor kata pemikiran dia sama macam budak lima tahun.  
Aku tak tahu la nak rasa apa. Bersyukur ada, gerun pon ada.
Nasib doktor tu tak kata macam umur 25.
Boleh aku start carikan jodoh untuk dia. -____-



So sepatutnya, parents tu sendiri tahu tahap potensi dan kebolehan anak. 
Jangan takut untuk dedahkan benda baru kepada anak pada umur berapa-berapa pun.
Lagi awal lagi bagus kan.Yang penting keselamatan kena utamakan.
Kalau anak suka masuk barang dalam mulut, dalam hidung, kena awas lebih.



Dan sebenarnya kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak.
Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak perlu keluar peluh pon. 
Jangan malas dan jangan harapkan ipad semata.
 :D