Saturday, June 7, 2014

Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan Pendidikan Peringkat Kebangsaan

Pertandingan blog dan kurasi kandungan pendidikan telah kembali lagi. Sila baca maklumat di bawah yang diambil dari laman web penganjur. 


Bermula dari tahun 2008, Pusat ICT UPSI telah menganjurkan  pertandingan educational blogging yang telah menjadi acara tahunan bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia dalam konteks pendidikan. Pada tahun ini, Pusat ICT UPSI dengan sukacitanya ingin memaklumkan satu nafas baharu dalam pertandingan ini yang sekarang di jenamakan sebagai EDU2014.

EDU2014 adalah satu platform untuk menggalakkan perkongsian kandungan dan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan. EDU2014 pada tahun ini adalah anjuran bersama UPSI, Digital Malaysia dan Joota.  Secara khusus, ia adalah anjuran Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan Peringkat Kebangsaan.

Dengan penjenamaan baru EDU2014, pertandingan tahun ini akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu, Kategori Blog dan Kategori Joota Edu(Kurasi Kandungan).  Kami amat berbangga kerana ini adalah kali pertama di Malaysia satu pertandingan Kurasi Kandungan di adakan. Konsep Kurasi kandungan adalah satu konsep yang menjadi topik hangat di Amerika Syarikat dan kita mahu rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam gelombang ini, terutama sekali aplikasinya dalam pendidikan. Untuk maklumat lanjut mengenai Kurasi Kandungan sila ke http://www.joota.com/jootaedu


Skop Pertandingan

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kategori pertandingan.
Blog/ deck yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan pendidikan.

Syarat-syarat penyertaan

01: Blog/laman Joota yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
02: Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia.
03: Kandungan dalam blog/laman Joota mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
04: Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog/laman Joota adalah tanggungjawab peserta.
05: Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap   sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
06: Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
07: Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
08: Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa
memaklumkannya kepada para peserta.
09: Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
10: Pemenang atau wakil dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian   hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan.

Pendaftaran penyertaan boleh dibuat di laman web berikut:



1 comment: