Tuesday, September 30, 2014

Tahniah Hazzirah Izzati pelajar paling muda dianugerahkan PhD UTM

Artikel di bawah yang diambil dari sini dan sini mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi untuk kejayaan anak didik semua. Tahniah kepada beliau.

------------------------------------------------------------------------------


Hazzirah Izzati Mat Hassim
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.


SENARAI PENERBITAN HAZZIRAH IZZATI MAT HASSIM
Bab dalam Buku
  1. Nor Haniza Sarmin, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Siti Afiqah Mohammad, Bab dalam Buku bertajuk “A Bieberbach Group with Cyclic Point Group of Order Two and Its Homological Functors”, Recent Advances In Homological Functors and Capability of Groups. (penilaian)
  2. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Rosita Zainal, Bab dalam Buku bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 33-42. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.
  3. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Rosita Zainal & Ghazali Semil @ Ismail, Bab dalam Buku bertajuk “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 43-58. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.

Jurnal

(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Homological Functor of A Bieberbach Group with A Cyclic Point Group of Order Two. AIP Conf. Proc.    1605: 672-677. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  2. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Generalization of of the Exterior Square of A Bieberbach Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 849-854. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  3. Tan Yee Ting, , Nor’ashiqin Mohd Idrus, Rohaidah Masri, Nor Haniza Sarmin, Hazzirah Izzati Mat Hassim. Homological Functor of A Torsion Free Crystallographic Group of Dimension Five with A Nonabelian Point Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 691-695. –diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Exterior Squares of Some Crystallographic Groups. Jurnal Teknologi.    62(3): 7-13. (eISSN: 2180-3722, ISSN: 0127-9696) – diindeks oleh Scopus.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups. AIP Conf. Proc.    1522: 1069-1074. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali. The Nonabelian Tensor Square & Homological Functors of Some 2-Engel Groups. Jurnal Sains dan Matematik.    4(1): 53-59. (ISSN: 1985-7918).
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad. On The Computations of Some Homological Functors of 2-Engel Groups of Order At Most 16.  Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA).    7(1): 153-159.
  2. Nor Haniza Sarmin, Yuhani Yusof, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Fadila Normahia Abd Manaf, The Commutativity Degree of 2-Engel Groups of Order at Most 20.Menemui Matematik. 2011.  33(1): 1-10.

PROSIDING PERSIDANGAN

Peringkat Antarabangsa

(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Siti Afiqah Mohammad “The Abelianisation of Bieberbach Groups with Cyclic Point Group of Order Three”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2014 (ISPC 2014), pp 907-919.  ISBN: 978-967-0194-39-4.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), pp 95-112.  ISBN: 978-967-0194-21-9.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Extended Abstracts of 22nd Iranian Algebra Seminar, pp 160-163.

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, Proceedings of The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), pp 42-43. ISBN: 978-967-0194-01-1.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 361-366. ISBN: 978-967-5878-03-9.
  2. Azrul Azim Mohd Yunus, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Mohd Sham Mohamad & Hazzirah Izzati Mat Hassim, “The Homological Functors of Some Quaternion Groups,” Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 384-388. ISBN: 978-967-5878-03-9.

Peringkat Kebangsaan

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), pp 177-187. ISBN: 978-983-2063-36-0.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), pp 480-486. ISBN: 978-983-42204-8-8.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”,Proceedings of National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), pp292-298.  ISBN: 978-967-0194-10-3.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010 sempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-18 (SKASM 2010 & SKSM 18), Jilid 2, pp 87-92.

Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Persidangan/Seminar


Peringkat Antarabangsa

(2013)
  1. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Generalization of the Exterior Square of a Bieberbach Group”, The Third International Conference on Mathematical Sciences, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, 17 – 19 Disember 2013.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Institut Teknologi Bandung, Indonesia, 30 November 2013.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Some Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  4. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares of Two Families of Torsion Free Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  5. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Jabatan Matematik, Universidade de Brasilia, 17 Mei 2013.
  6. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multiplier of Bieberbach Groups with Elementary Abelian 2-Group as the Point Group”, The Second Biennial International Group Theory Conference 2013 (BIGTC 2013), Dogus University, Istanbul, Turki, 4 – 8 Februari 2013.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-20 (SKSM 20), Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18-20 Disember 2012.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”,  International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor, Malaysia, 27 – 30 November 2012.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, 22nd Iranian Algebra Seminar, Sabzevar Tarbiat Moallem University, Sabzevar, Iran, 31 Januari – 2 Februari 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu, Johor, Malaysia, 14 – 18 Februari 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur, 30 November – 3 Disember 2010.

Peringkat Kebangsaan

(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On the Generalization of a Homological Functor of Bieberbach Group with Cyclic Point Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang, 6-8 November 2013.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18 – 20 Disember 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”,National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, UTM Johor Bahru, 15-17 November 2011.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, 9-11 November 2011.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, 01 Oktober 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik (SKASM 2010) bersempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18), The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor, 8-10 Disember 2010.

Peringkat Universiti

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “The Homological Functors and Capability of Some Bieberbach Groups”, Siri Seminar Aljabar, Semester II 2010/2011 (Bahagian 3), Bilik Mesyuarat & Seminar, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, 7 Mac 2011.

Monday, September 29, 2014

Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov 2014



MELAKA, 29 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

"Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.

Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong; Sultan; Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Ketua Menteri; Ketua Hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.

Katanya jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Dis ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya.

-- BERNAMA




Thursday, September 25, 2014

The Henley & Partners Visa Restrictions Index - Malaysia pada kedudukan ke 8

Mengikut data The Henley & Partners Visa Restrictions Index yang dikeluarkan pada 25 September 2014, Malaysia berada pada kedudukan ke 8 iaitu dalam kelompok 26 negara terbaik.

Laporan ini boleh diperolehi di pautan berikut: https://www.henleyglobal.com/international-visa-restrictions/


Laporan juga boleh di baca melalui scribd di bawah ini :






Wednesday, September 24, 2014

Tutorial : Menggunakan SPS Lite Untuk Merekod Kehadiran Murid




Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - klik untuk ke web SPS - telah mula disebar luas bermula tahun lepas lagi secara berperingkat. Sistem ini dikatakan menggabungkan hampir semua sistem yang ada pada masa sekarang menjadi satu sistem sahaja. 

Penggunaan rekod kehadiran murid ke dalam sistem SPS akan dimulakan bermula 01 Januari 2015. Namun secara berperingkat, sistem akan melalui ujian penggunaan bermula pada 01 Oktober 2014. Walaupun versi laman web ada (rujuk sini), namun penggunaan telefon pintar dapat dimaksimakan dengan adanya SPS Lite. Penggunaan SPS Lite ini memudahkan rekod kehadiran murid dibuat. 

Baca panduan di bawah tentang cara penggunaannya.

Tuesday, September 23, 2014

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 09 Oktober 2014 - Matematik dan Bahasa Tamil

Seperti yang telah diumumkan (rujuk berita ini), kertas Matematik dan Bahasa Tamil telah dibatalkan dan perlu diduduki oleh calon pada 09 Oktober nanti. Berikut adalah jadual untuk peperiksaan tersebut :


Selain ujian UPSR pada 09 Oktober, calon juga perlu menduduki ujian Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September 2014 (rujuk sini).





Monday, September 22, 2014

UPSR: Pelajar tahun 6 perlu duduki semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober 2014

Semalam, 21 September kita dikejutkan dengan berita kebocoran kertas matematik dan bahasa tamil yang disertakan dengan laporan polis oleh pihak lembaga peperiksaan. Pada hari ini, 22 September pula, pengesahan telah dibuat untuk kertas matematik dan bahasa tamil tersebut diulang semula pada 09 Oktober 2014.

TERKINI : Lihat jadual waktu peperiksaan untuk 09 Oktober 2014 ini - klik sini.







KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN
MATHEMATICS & BAHASA TAMIL
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014


1.           Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037  bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor. 

2.           Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037  adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut.

3.           Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua.  Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.  Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

4.          Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014.

5.           Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.  Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.

6.           Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam  tidak akan berulang.

7.           Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
22 September 2014

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4431 (pada 22 September 2014 jam 05:25 p.m)










Sunday, September 21, 2014

Jadual Waktu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014

Jadual ini telah diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

TERKINI : Terdapat pindaan pada jadual waktu ini. Tarikh 27 November telah ditunda ke 04 Disember. Sila baca di sini - klik di sini.





# Jadual SPM 2014, Jadual Waktu SPM 2014



Saturday, September 20, 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH) - 2014

Sekolah Dalam Hospital (SDH) bukanlah perkara baru dalam sistem pendidikan negara kita. SDH telah dilaksanakan di beberapa buah hospital mulai beberapa tahun lalu. Pada tahun ini dan akan datang, beberapa buah hospital akan turut mengikut jejak langkah dengan penubuhan SDH. Beberapa kekosongan jawatan telah dikenalpasti. Calon yang berminat bolehlah merujuk maklumat seperti di bawah yang diambil dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH) berikut:
  1. SDH Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis 
  2. SDH Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
  3. SDH Hospital Tawau, Tawau, Sabah
Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum 08 Oktober 2014 (Rabu).

Thursday, September 18, 2014

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 30 September 2014

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, ujian UPSR untuk mata pelajaran Sains telah ditangguhkan ke 30 September. Untuk SK pula mereka akan menduduki semula kertas 1 dan 2 untuk Bahasa Inggeris. Berikut adalah jadual bagi peperiksaan tersebut:






Calon juga perlu menduduki semula ujian untuk Matematik dan Bahasa Tamil pada 09 Oktober 2014 (rujuk sini) disebabkan pembatalan kedua dua mata pelajaran tersebut (rujuk sini).





Tuesday, September 16, 2014

QS World University Rankings® 2014/15

Pihak QS Quacquarelli Symonds Limited telah mengeluarkan ranking / kedudukan universiti di dunia melalui laman webnya http://www.topuniversities.com/qs-world-university-rankings untuk tahun 2014/2015. Beberapa universiti di Malaysia telah memperbaiki kedudukan dengan kedudukan terbaik (negara Malaysia) ialah Universiti Malaya dengan kedudukan ke 151. Kedudukan untuk beberapa universiti Malaysia yang lain adalah seperti berikut:



Seperti biasa, kedudukan 10 terbaik didominasi universiti ternama dunia seperti berikut:


Friday, September 12, 2014

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN
SCIENCE & BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014
  1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor. 
  1. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014.
  1. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas Bahasa Inggeris yang diduduki di SJKC dan SJKT.
  1. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.
  1. Pihak LP menyedari bahawa tindakan selepas keputusan di atas perlu dilaksanakan secepat mungkin. Tarikh 30 September 2014 adalah tarikh yang paling sesuai bagi membolehkan pihak LP melaksanakannya kerana isu logistic (percetakan dan pengedaran) dan teknikal, termasuk keselamatan soalan dan integriti. Proses ini melibatkan seramai 473,175 calon, 51,438 petugas, 8,299 pusat, dan 382 bilik kebal di seluruh Negara.
  1. Dengan perkembangan terbaharu ini, KPM akan membuat siasatan dalaman atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. KPM memandang serius insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. KPM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa (PDRM, SKMM) untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan, termasuk kemungkinan pendakwaan jenayah di mahkamah terhadap mereka yang didapati bersalah. KPM berharap tindakan tegas dan semaksimum mungkin dikenakan kepada pengkhianat tersebut.
  1. KPM amat berasa kesal dengan perbuatan tidak amanah dan tidak berintegriti yang dilakukan oleh pengkhianat ini. Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan berharap satu siasatan dan tindakan keras dapat kita ambil tanpa mengira siapa pun yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran ini.
  1. Selain daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Science 018, 028 dan 038 sepertimana yang disebut di atas, TIADA PEMBATALAN untuk mana-mana kertas peperiksaan UPSR yang lain setakat ini.
  1. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran beritu palsu, pihak LP menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh hubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.
  1. KPM akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas bagi meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP), pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam. Ahli-ahlinya akan terdiri daripada pakar pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, keselamatan, dan logistic.
  1. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin meminta maaf kepada mereka yang mengalami sebarang kesulitan akibat insiden ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia