Friday, October 31, 2014

Perubahan Tarikh SPM Daripada 04 Disember ke 27 November 2014

Pada 19 September 2014, pihak Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan surat perubahan tarikh peperiksaan SPM dari 27 November 2014 ke 04 Disember 2014 (rujuk sini). 

Namun pada hari ini, pihak Lembaga Peperiksaan sekali lagi mengeluarkan surat perubahan bahawa tarikh 27 November akan berjalan seperti biasa dan tidak perlu di ubah ke 04 Disember 2014. Harap maklum kepada pihak yang berkenaan supaya tidak keliru dengan perubahan ini terutama kepada calon SPM.







Pautan berita berikut mungkin boleh dijadikan rujukan: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perak-umum-pembatalan-cuti-27-nov-1.19078


IPOH 31 Okt. - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pembatalan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini yang sepatutnya bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, surat pekeliling mengenai pembatalan itu telahpun diedarkan kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan
persekutuan hari ini.

Menurutnya, pengumuman pembatalan itu dibuat setelah sebelum ini iaitu pada 5 September lalu kerajaan negeri mengedarkan pekeliling mengumumkan bahawa 27 November ini merupakan cuti umum negeri.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang berlangsung semalam telah bersetuju membatalkan penetapan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
"Cuti umum sempena hari keputeraan baginda hanya akan mula disambut tahun depan.

"Selaras dengan keputusan ini, pelepasan cuti umum negeri Perak yang sepatutnya pada 27 November ini dibatalkan dan tarikh tersebut merupakan hari bekerja seperti biasa," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 19 April lalu merupakan cuti umum negeri Perak sempena Keputeraan Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE



Saturday, October 18, 2014

Hari Kelepasan Am Negeri Johor Tahun 2015

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi kerajaan negeri, berikut adalah senarai cuti umum / hari kelepasan am bagi negeri Johor untuk tahun 2015.





Hari Kelepasan Am
Tarikh
Hari
Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. (Maulidur Rasul)
3 Januari
Sabtu
Hari Thaipusam **
3 Februari
Selasa
Tahun Baru Cina
19 & 20 Februari
Khamis & Jumaat
Hari Pekerja
1 Mei
Jumaat
Hari Wesak
3 Mei
Ahad
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
6 Jun
Sabtu
Awal Ramadhan *
18 Jun
Khamis
Hari Raya Puasa
17 & 18 Julai
Jumaat & Sabtu
Hari Kebangsaan
31 Ogos
Isnin
Hari Malaysia
16 September
Rabu
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1436H *
24 September
Khamis
Awal Muharam (Maal Hijrah) 1437 H
14 Oktober
Rabu
Hari Deepavali *
10 November
Selasa
Hol Almarhum Sultan Iskandar **
18 November
Rabu
Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor **
22 November
Ahad
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
24 Disember
Khamis
Hari Krismas
25 Disember
Jumaat



# Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.


# Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.


Berdasarkan senarai di atas, cuti hujung minggu yang panjang ialah seperti berikut (tertakluk bagi mereka yang berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja) :

1. 19 Februari hingga 22 Februari - Khamis (Tahun Baru Cina) + Jumaat (Tahun Baru Cina) + Sabtu + Ahad (Gantian cuti hari Jumaat - tahun Baru Cina).

2. 01 Mei hingga 04 Mei - Cuti Hari Pekerja (Jumaat) + Sabtu + Ahad (Hari Wesak) + Isnin (Gantian cuti hari Jumaat).

3. 18 Jun hingga 20 Jun - Cuti Awal Ramadhan (Khamis) + Jumaat + Sabtu.

4. 17 Julai hingga 19 Julai - Cuti Hari Raya Puasa (Jumaat) + Sabtu + Ahad (Gantian cuti hari Jumaat).

5. 24 September hingga 26 September - Cuti Hari Raya Haji (Khamis) + Jumaat + Sabtu.

6. 20 November hingga 22 November - Jumaat + Sabtu + Ahad (Hari Keputeraan Sultan)

7. 24 Disember hingga 27 Disember - Khamis (Maulidur Rasul) + Jumaat (Krismas) + Sabtu + Ahad (Gantian cuti hari Jumaat).


Untuk memudahkan perancangan, anda dinasihatkan untuk melayari juga halaman bagi maklumat berikut:

1. Cuti umum persekutuan dan negeri-negeri diseluruh Malaysia.

2. Takwim persekolahan tahun 2015 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.








Thursday, October 16, 2014

Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tahun 2015 - Tingkatan 4

Berdasarkan sebaran melalui aplikasi WhatsApp dan facebook, berikut adalah iklan permohonan kemasukan ke MTD bagi tingkatan 4 tahun 2015.


Syarat kemasukan yang tertera ialah:

1. Warganegara Malaysia.
2. Jantina - Lelaki sahaja.
3. Tinggi minimum - 152 cm.
4. Berat minimum - 40.5 kg.
5. Body masa index (BMI) - 18 hingga 27.
6. Ukuran dada 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas).
7. Penglihatan - baik dan tak rabun warna. Jika berkacamata, tidak melebihi 6/12.
8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
9. Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) di dalam PT3 2014.
10. Keutamaan diberi kepada pelajar yang aktif sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform.
11. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
12. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikuti pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2015.

Permohonan boleh dibuat melalui laman web berikut :


Namun begitu, semakan pautan pada 16 Oktober 2014 mendapati laman web tersebut amat sukar untuk dilayari.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 November 2014.



Wednesday, October 15, 2014

Tarikh Keputusan UPSR 2014 dan SPM 2014

2 peperiksaan besar yang sering ditunggu-tunggu keputusannya iaitu UPSR dan SPM akan diumumkan seperti berikut:

UPSR - 26 November 2014 (Rabu)
SPM - 03 Mac 2015 (Selasa)

Walau bagaimanapun, tarikh yang diberi ialah tarikh perancangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan laporan berita berikut:

Pautan berita tentang UPSR - klik sini

Pautan berita tentang SPM - klik sini



Walau bagaimanapun, tarikh tersebut mungkin boleh berubah. Sila ikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa.


Tuesday, October 14, 2014

Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2015

Takwim penggal persekolahan bagi tahun 2015 telah dikeluarkan oleh KPM. Ini merupakan sesuatu yang baru bagi admin kerana biasanya takwim persekolahan hanya akan dikeluarkan pada bulan November atau Disember sahaja. Perubahan mengeluarkan takwim tahun 2015 lebih awal pada bulan Oktober sangat dialu-alukan untuk memudahkan perancangan semua pihak.


Monday, October 13, 2014

Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri Tahun 2015

Laman web kabinet telah mengeluarkan tarikh-tarikh cuti umum untuk Persekutuan dan Negeri-negeri di Malaysia.

* Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) bagi tahun 2015 akan disambut 2 kali iaitu pada 3 Januari 2015 dan 24 Disember 2015. Pengesahan telah dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); dan

* Hari Wesak bagi tahun 2015 telah ditetapkan pada 3 Mei 2015. Pengesahan telah dibuat oleh Persatuan Buddhist Malaysia.






Sunday, October 5, 2014

Pindaan Jadual Waktu Tarikh Peperiksaan 27 November 2014 SPM 2014

Pindaan disebabkan cuti umum negeri Perak. Rujuk surat siaran seperti berikut:

KEMASKINI:
Sila rujuk post ini - klik di sini - untuk perubahan / pembatalan perubahan tarikh ini.







Saturday, October 4, 2014

Penangguhan Kursus i-Think Dalam Talian 2014 (KiDT)



Kursis i-Think Dalam Talian atau KiDT (klik sini) telah dilancarkan pada tahun lepas lagi. Pada tahun 2014, disasarkan lebih banyak sekolah akan terlibat. Pelbagai kursus dan taklimat telah dilakukan untuk menyebarkan perkara ini kepada semua guru disekolah. Namun, perancangan tidak selalunya menepati dan menyebelahi keadaan. Server yang mungkin agak kecil telah menyebabkan kualiti pelayaran guru untuk menyiapkan modul dalam kursus tersebut terlalu perlahan malah tidak boleh diakses terus. 

Disebabkan masalah kualiti tersebut, maka kursus tersebut telah ditangguhkan. Berikut adalah surat rasmi penangguhan itu:



Apa kata admin ?

Admin telah siap semua modul yang ada. Begitu juga dengan ramai rakan online admin yang lain telah berjaya menyiapkan modul tersebut dan telah lulus ujian akhir. Pengetahuan yang hendak disampaikan adalah bagus. Namun masalah kualiti "kelajuan" ini bukan sahaja untuk KiDT tetapi hampir kesemua laman web sistem online yang ada di KPM.  Ia isu lama yang perlu diperbaiki oleh kerajaan untuk memastikan pembelajaran dan budaya kerja abad ke 21 berjalan dengan lancar seperti dinyatakan di dalam PPPM.

Berdasarkan tinjauan dan perbualan dengan rakan rakan di dalam web tersebut, ramai yang tetap meneruskan KiDT itu walaupun surat penangguhan rasmi telah dikeluarkan. Kami sukarela untuk terus menyiapkan modul yang ada sebagai inisiatif menambah ilmu. 

Bagi mereka yang hendak menangguhkan KiDT, admin rasa baik fikir dahulu. Setakat ini ia hanya ditangguhkan. Bukan dibatalkan. Lambat laun kena buat juga. Jadi ambillah inisiatif untuk terus membuatnya jika mempunyai kelapanggan. Jika terpaksa membuatnya tahun hadapan, diharap masalah kesesakan ini telah dapat diatasi. Jika tidak isu yang sama akan berulang.... pening kepala tunggu video 'loading'.. 





Friday, October 3, 2014

PERTANDINGAN LOGO BAHARU DAN SLOGAN KPWKM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menganjurkan pertandingan mencipta logo baharu dan slogan Kementerian bermula 1 hingga 31 Oktober ini.

Pertandingan ini bertujuan memperkasakan imej korporat, reputasi dan kredibiliti KPWKM dalam membentuk masyarakat Malaysia yang sejahtera dalam usaha penjenamaan semula Kementerian ini.

Semua warganegara Malaysia yang berbakat adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Syarat-syarat penyertaan turut disertakan dalam Poster seperti mana dilampirkan.

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas. Download gambar jika perlu. 







Thursday, October 2, 2014

I-Think Online ? Mari Kita Mulakan...

Admin mendapat tahu cerita dan aktiviti i-think online neh melalui facebook setelah ramai rakan maya yang mempromosikannya secara langsung dan juga tidak langsung. Promosi secara langsung tuh ialah apabila ada rakan yang secara terus memberikan pautan web tersebut, manakala promosi secara tak langsung tuh bila ramai yang mengeluh akibat 'line' yang slow. Ini sudah tentu mendatangkan kemarahan kepada pengguna laman tersebut yang terpaksa membazirkan banyak masa untuk menjawab modul modulnya.

Pautan laman web i-think online boleh dipaut seperti berikut




Kata laluan default ialah ithink123 dan anda perlu menukar kata laluan tersebut. AWAS jangan biarkan ancaman cyber mendekati anda.

Pengalaman pertama kali admin melayari laman ini ialah teruja. Ini kerana selepas satu per satu modul yang dilaksanakan, admin akan rasa ketagih untuk menyiapkan modul seterusnya. Ia bagaikan motivasi kepada admin untuk menyiapkan semua modul tersebut.

Namun begitu, keterujaan admin dirobek dengan masalah berikut:

1. "Line" yang lembab. Untuk membuka 'slide' yang ada mengambil masa yang lama. Kadar masa untuk 'loading' sangat lama. Admin sempat gosok baju, mandi, makan tengah hari, layan cerita doraemon dan pelbagai aktiviti lagi untuk menunggu slide berikutnya terpapar. Itu admin gunakan internet streamix 4 Mbps. Bayangkan orang lain yang menggunakan internet yang lebih perlahan dari itu !

2. Admin terpaksa menunggu "suara" habis membaca perkataan demi perkataan yang ada terutama arahan soalan. Rasanya tak perlu memaksa pengguna mendengar suara tersebut. Memadai untuk memberi masa 3-5 saat untuk pengguna membaca arahan yang ada. Selagi suara tersebut tidak habis, maka kita tidak boleh untuk klik seterusnya. Jadi terpaksalah kita layan sahaja video tersebut. 

Semakan lokasi server i-think

Semakan melalui http://geoip.flagfox.net/ mendapati server untuk i-think berada di Singapura. Wah ! negara maju dengan internet yang super laju. Tapi tidak dapat menampung kesesakan apabila beribu pengguna dari Malaysia melayarinya.

Setelah tabah, sabar dan konsisten melayari laman web ini, akhirnya berjaya juga admin menyiapkan kesemua modul yang ada. Keputusan akhir ujian yang admin dapat ialah bawah 70% tetapi masih dikira lulus. Ini kerana markah lulus ialah 60%. Kira cukup makan jer.



Bagi yang mendapat markah lebih dari admin diucapkan tahniah, manakala yang dapat markah kurang dari itu diharap jangan bersedih kerana ujian boleh diulang untuk memperbaiki markah yang diperolehi (jika tidak lulus). 

Lencana i-think diperolehi selepas melengkapkan sesuatu modul. Jika belum lengkap, lencana tersebut akan berwarna kelabu.

Untuk mendapatkan markah, anda perlu menyelesaikan semua modul yang ada. Satu modul bersamaan 100 markah. Jika anda LIKE post rakan, anda dapat 2 markah. Jika anda KOMEN post rakan yang lain, anda akan dapat 5 markah.

Selain dari menggunakan laman web, laman web i-think boleh dilayari menggunakan perisian yang boleh di muat turun melalui Play Store di gadget pintar. Hanya taipkan "i-think online" dan anda akan mendapat perisian yang dikehendaki. Berikut adalah paparan aplikasi tersebut.




Aplikasi ini memudahkan anda mengikuti pelbagai perkara berkaitan i-think. Antara menu yang ada untuk aplikasi menggunakan telefon pintar ini ialah:

1. User Profile - maklumat pengguna, jumlah point yang diperolehi, post yang pernah dibuat, komen dan maklum balas rakan-rakan.
2. Course Map - maklumat berkaitan kursus.
3. Newsfeed - memaparkan status rakan-rakan di i-think. Menggunakan aplikasi ini lebih mudah untuk 'like' post rakan-rakan yang lain dengan cepat.
4. Users Directory - maklumat pengguna / carian pengguna.
5. Bulletin Board - paparan berita dan info.
6. Messages - inbox untuk i-think. Berperanan seperti email.
7. Support dan Help - sokongan dan bantuan dari pihak i-think.

Bagi admin, penggunaan aplikasi lebih mudah untuk kerja-kerja post / buat status atau komen status rakan lain. Tugas untuk 'Like' status rakan juga lebih mudah di sini. Manakala jika ingin membuat status, admin lebih suka menggunakan laptop kerana lebih mudah untuk menaip dengan panjang lebar.

Untuk menjawab modul pula admin lebih suka menggunakan laptop. Tapi jika sekadar untuk mendengar modul atau untuk rujukan sahaja, maka menggunakan gadget pintar sudah memadai. Namun semuanya bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Cuba lihat mesej di meja bantuan ini:



Untuk mengumpul point, aktiviti berikut akan diberikan markah / point:
1. Melengkapkan sesuatu modul - 100 point
2. Membuat status / post - 10 point
3. Membuat komen ke atas post - 5 point
4. Komen / post anda disukai oleh pengguna lain - 5 point
5. Anda like post rakan / komen rakan - 2 point
6. Komen anda ditandakan sebagai Jawapan Baik - 20 point
7. Anda menanda komen pengguna lain sebagai Jawapan Baik - 5 point

Namun begitu, ada ketikanya markah kita akan ditolak. Mengapa ?

Perhatikan point history di bawah. Ada yang kena -5. Antara sebabnya yang admin ketahui ialah apabila kita like post sendiri. Kita like komen sendiri juga point akan ditolak. Maksudnya di sini ialah kita tidak boleh menanda diri kita sendiri. Biarkan orang lain yang menanda untuk diri kita.



Penggunaan i-think atau peta pemikiran sangatlah digalakkan kerana ia memberi galakan kepada murid untuk berfikir. Ini sudah tentu dapat mengubah budaya pembelajaran masa lalu (dan mungkin juga budaya masa sekarang) yang menjurus kepada kaedah menghafal fakta sahaja. Bersamalah kita mengambil faedah yang ada dari program ini untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah nanti. Selamat mencuba.




Wednesday, October 1, 2014

Subsidi Petrol Ron95 Dan Diesel Dikurangkan 20 Sen Seliter



KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Berikutan itu harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

KPDNKK berkata pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak.

-- BERNAMA




# kenaikan harga minyak, minyak naik harga

PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015

Permohonan secara online murid tahun 6 (2014) ke tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2015 boleh dilakukan melalui pautan berikut:



Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Oktober 2014 tetapi dinasihatkan untuk mengisinya lebih awal untuk mengelakkan kesesakan.



Permohonan boleh dilakukan oleh murid dengan bimbingan ibu bapa / penjaga dan guru.

Sila baca panduan seperti di bawah:




Aliran dan laman web SBP yang berkaitan boleh di lihat di bawah :





# Permohonan SBP 2015, permohonan ke sekolah berasrama 2014 / 2015, permohonan ke SBP 20014