Thursday, October 2, 2014

I-Think Online ? Mari Kita Mulakan...

Admin mendapat tahu cerita dan aktiviti i-think online neh melalui facebook setelah ramai rakan maya yang mempromosikannya secara langsung dan juga tidak langsung. Promosi secara langsung tuh ialah apabila ada rakan yang secara terus memberikan pautan web tersebut, manakala promosi secara tak langsung tuh bila ramai yang mengeluh akibat 'line' yang slow. Ini sudah tentu mendatangkan kemarahan kepada pengguna laman tersebut yang terpaksa membazirkan banyak masa untuk menjawab modul modulnya.

Pautan laman web i-think online boleh dipaut seperti berikut




Kata laluan default ialah ithink123 dan anda perlu menukar kata laluan tersebut. AWAS jangan biarkan ancaman cyber mendekati anda.

Pengalaman pertama kali admin melayari laman ini ialah teruja. Ini kerana selepas satu per satu modul yang dilaksanakan, admin akan rasa ketagih untuk menyiapkan modul seterusnya. Ia bagaikan motivasi kepada admin untuk menyiapkan semua modul tersebut.

Namun begitu, keterujaan admin dirobek dengan masalah berikut:

1. "Line" yang lembab. Untuk membuka 'slide' yang ada mengambil masa yang lama. Kadar masa untuk 'loading' sangat lama. Admin sempat gosok baju, mandi, makan tengah hari, layan cerita doraemon dan pelbagai aktiviti lagi untuk menunggu slide berikutnya terpapar. Itu admin gunakan internet streamix 4 Mbps. Bayangkan orang lain yang menggunakan internet yang lebih perlahan dari itu !

2. Admin terpaksa menunggu "suara" habis membaca perkataan demi perkataan yang ada terutama arahan soalan. Rasanya tak perlu memaksa pengguna mendengar suara tersebut. Memadai untuk memberi masa 3-5 saat untuk pengguna membaca arahan yang ada. Selagi suara tersebut tidak habis, maka kita tidak boleh untuk klik seterusnya. Jadi terpaksalah kita layan sahaja video tersebut. 

Semakan lokasi server i-think

Semakan melalui http://geoip.flagfox.net/ mendapati server untuk i-think berada di Singapura. Wah ! negara maju dengan internet yang super laju. Tapi tidak dapat menampung kesesakan apabila beribu pengguna dari Malaysia melayarinya.

Setelah tabah, sabar dan konsisten melayari laman web ini, akhirnya berjaya juga admin menyiapkan kesemua modul yang ada. Keputusan akhir ujian yang admin dapat ialah bawah 70% tetapi masih dikira lulus. Ini kerana markah lulus ialah 60%. Kira cukup makan jer.



Bagi yang mendapat markah lebih dari admin diucapkan tahniah, manakala yang dapat markah kurang dari itu diharap jangan bersedih kerana ujian boleh diulang untuk memperbaiki markah yang diperolehi (jika tidak lulus). 

Lencana i-think diperolehi selepas melengkapkan sesuatu modul. Jika belum lengkap, lencana tersebut akan berwarna kelabu.

Untuk mendapatkan markah, anda perlu menyelesaikan semua modul yang ada. Satu modul bersamaan 100 markah. Jika anda LIKE post rakan, anda dapat 2 markah. Jika anda KOMEN post rakan yang lain, anda akan dapat 5 markah.

Selain dari menggunakan laman web, laman web i-think boleh dilayari menggunakan perisian yang boleh di muat turun melalui Play Store di gadget pintar. Hanya taipkan "i-think online" dan anda akan mendapat perisian yang dikehendaki. Berikut adalah paparan aplikasi tersebut.




Aplikasi ini memudahkan anda mengikuti pelbagai perkara berkaitan i-think. Antara menu yang ada untuk aplikasi menggunakan telefon pintar ini ialah:

1. User Profile - maklumat pengguna, jumlah point yang diperolehi, post yang pernah dibuat, komen dan maklum balas rakan-rakan.
2. Course Map - maklumat berkaitan kursus.
3. Newsfeed - memaparkan status rakan-rakan di i-think. Menggunakan aplikasi ini lebih mudah untuk 'like' post rakan-rakan yang lain dengan cepat.
4. Users Directory - maklumat pengguna / carian pengguna.
5. Bulletin Board - paparan berita dan info.
6. Messages - inbox untuk i-think. Berperanan seperti email.
7. Support dan Help - sokongan dan bantuan dari pihak i-think.

Bagi admin, penggunaan aplikasi lebih mudah untuk kerja-kerja post / buat status atau komen status rakan lain. Tugas untuk 'Like' status rakan juga lebih mudah di sini. Manakala jika ingin membuat status, admin lebih suka menggunakan laptop kerana lebih mudah untuk menaip dengan panjang lebar.

Untuk menjawab modul pula admin lebih suka menggunakan laptop. Tapi jika sekadar untuk mendengar modul atau untuk rujukan sahaja, maka menggunakan gadget pintar sudah memadai. Namun semuanya bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Cuba lihat mesej di meja bantuan ini:



Untuk mengumpul point, aktiviti berikut akan diberikan markah / point:
1. Melengkapkan sesuatu modul - 100 point
2. Membuat status / post - 10 point
3. Membuat komen ke atas post - 5 point
4. Komen / post anda disukai oleh pengguna lain - 5 point
5. Anda like post rakan / komen rakan - 2 point
6. Komen anda ditandakan sebagai Jawapan Baik - 20 point
7. Anda menanda komen pengguna lain sebagai Jawapan Baik - 5 point

Namun begitu, ada ketikanya markah kita akan ditolak. Mengapa ?

Perhatikan point history di bawah. Ada yang kena -5. Antara sebabnya yang admin ketahui ialah apabila kita like post sendiri. Kita like komen sendiri juga point akan ditolak. Maksudnya di sini ialah kita tidak boleh menanda diri kita sendiri. Biarkan orang lain yang menanda untuk diri kita.



Penggunaan i-think atau peta pemikiran sangatlah digalakkan kerana ia memberi galakan kepada murid untuk berfikir. Ini sudah tentu dapat mengubah budaya pembelajaran masa lalu (dan mungkin juga budaya masa sekarang) yang menjurus kepada kaedah menghafal fakta sahaja. Bersamalah kita mengambil faedah yang ada dari program ini untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah nanti. Selamat mencuba.




1 comment:

  1. terimakasih atas perkongsian ilmu yang sangat membantu.

    ReplyDelete