Friday, October 31, 2014

Perubahan Tarikh SPM Daripada 04 Disember ke 27 November 2014

Pada 19 September 2014, pihak Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan surat perubahan tarikh peperiksaan SPM dari 27 November 2014 ke 04 Disember 2014 (rujuk sini). 

Namun pada hari ini, pihak Lembaga Peperiksaan sekali lagi mengeluarkan surat perubahan bahawa tarikh 27 November akan berjalan seperti biasa dan tidak perlu di ubah ke 04 Disember 2014. Harap maklum kepada pihak yang berkenaan supaya tidak keliru dengan perubahan ini terutama kepada calon SPM.







Pautan berita berikut mungkin boleh dijadikan rujukan: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perak-umum-pembatalan-cuti-27-nov-1.19078


IPOH 31 Okt. - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pembatalan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini yang sepatutnya bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, surat pekeliling mengenai pembatalan itu telahpun diedarkan kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan
persekutuan hari ini.

Menurutnya, pengumuman pembatalan itu dibuat setelah sebelum ini iaitu pada 5 September lalu kerajaan negeri mengedarkan pekeliling mengumumkan bahawa 27 November ini merupakan cuti umum negeri.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang berlangsung semalam telah bersetuju membatalkan penetapan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
"Cuti umum sempena hari keputeraan baginda hanya akan mula disambut tahun depan.

"Selaras dengan keputusan ini, pelepasan cuti umum negeri Perak yang sepatutnya pada 27 November ini dibatalkan dan tarikh tersebut merupakan hari bekerja seperti biasa," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 19 April lalu merupakan cuti umum negeri Perak sempena Keputeraan Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment