Monday, December 29, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4551 pada 29/12/2014 jam 12:00 tengah hari



Kenyataan tambahan dari KPM pula adalah seperti berikut:












Thursday, December 25, 2014

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL. 21 TAHUN 2014 : PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Berikut adalah Surat Siaran berkenaan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yanag akan berkuat kuasa mulai Januari 2015. Disertakan sekali ialah Garis Panduan pelaksanaannya yang hampir 20 muka surat.

Pautan laman web adalah seperti berikut:







Namun begitu, semakan admin pada 25 Disember 2014 sekitar jam 3 petang mendapati pautan di atas sangat perlahan. Ini bermakna masalah kualiti capaian laman web masih tidak diatasi dengan baik.

Selain itu, pautan yang disediakan pula adalah ke pautan laman web asal sistem emis dan apdm yang sememangnya telah digunakan sebelum ini.












Tuesday, December 23, 2014

Pinjaman Bank ASB ? Baik Hindarkan Segera - Part 1

Ramai juga rupanya dikalangan kawan-kawan admin bertanya tentang hal ini. Membuat pinjaman bank untuk pelaburan ASB; atau mana-mana pelaburan lain dengan cara meminjam bank di bank atau institusi kewangan yang lain dan wang itu dilaburkan semula di suatu tempat untuk tujuan mendapat keuntungan.

Baiklah. Untuk hujah berkaitan halal haram isu pinjam duit untuk menambah duit neh admin serah kepada yang lebih pakar. Banyak hujah tentang aspek agama neh dalam internet. Anda kena rajin google jer. Admin bagi hujah bukan dari aspek agama tetapi dari aspek matematik, iaitu aspek mengira. Ramai malas atau tak tahu nak kira. Jadi admin cuba kirakan. Jika tak betul sila betulkan pengiraan yang admin buat neh...

Andaian pengiraan admin ialah seperti berikut:

1. Pinjaman bank yang hendak dibuat ialah RM100,000 dengan tempoh pinjaman 25 tahun.
2. Kadar dividen diberi oleh ASB ialah 6% setahun sepanjang tempoh. 
3. Dividen atas baki terendah tahunan (bukan atas baki bulanan).
4. Kedua dua pengiraan ialah simpanan / dividen hanya dikeluarkan selepas 25 tahun (tempoh matang).

Admin ambil jadual bayaran balik untuk jumlah pinjaman RM100,000 dari laman web Maybank dengan pembiayaan ASB Financing-i (produk pembiayaan Islamic Maybank). Ini sebagai suatu contoh pengiraan sahaja. 


Berdasarkan jadual di atas, bayaran bulanan untuk RM100,000 bagi tempoh 25 tahun ialah RM598 sebulan. Admin akan bundarkan menjadi RM600. Senang nak kira. 

Jadi, selama 25 tahun anda akan membayar balik kepada pihak Maybank sebanyak : RM600 x 12 bulan x 25 tahun = RM180,000.

Jumlah wang yang anda akan dapat adalah seperti jadual di bawah. Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1 di atas, dengan andaian-andaian yang diberi seperti diperenggan awal, jumlah wang yang akan anda dapat ialah RM429,187 iaitu jumlah wang pinjaman RM100,000 di tambah dengan dividen selama tempoh itu (25 tahun). Banyak bukan ?

Anda silap. Itu bukan jumlah bersih yang anda dapat. Setiap bulan anda membayar RM600 untuk pinjaman bagi mendapatkan wang RM100,000 itu. Kosnya ialah RM180,000 bagi tempoh 25 tahun itu.

Hasilnya, pendapatan bersih anda ialah hanya RM249,187 sahaja.

Sekarang, andaikan pula jika anda menyimpan sendiri RM600 setiap bulan tanpa membuat apa-apa pinjaman dari bank.

Simpan secara konsisten selama tempoh yang sama seperti pengiraan di atas, iaitu selama 25 tahun dan renungkan jadual di bawah (jadual 2).

Jadual 2

Dalam jadual 2, memang dana permulaan anda sangat rendah. Hanya berjumlah RM7,200 untuk tahun pertama. Teruskan menyimpan secara konsisten dan hasilnya pada akhir tempoh 25 tahun itu, wang anda ialah sebanyak RM395,024. Cara kira dividen admin gunakan cara baki terendah tahunan untuk memudahkan pengiraan. Jika guna baki terendah bulanan jumlahnya akan lebih tinggi. Selain itu, admin abaikan dividen untuk tahun pertama tersebut. 

Adakah anda perlu membayar RM180,000 untuk pinjaman bank ? Sudah tentu tidak kerana anda tidak membuat apa-apa pinjaman. Ia adalah wang anda sepenuhnya. 

Berapa beza jika anda membuat pinjaman bank dengan menyimpan secara konsisten?

RM395,024 - RM249,187 = RM145,837

Bagi admin, ia adalah jumlah yang sangat banyak. Secara purata, ia berjumlah RM486 sebulan !

Jika anda bercadang untuk membuat pinjaman untuk pelaburan seperti ASB, admin cadangkan untuk anda hentikan niat tersebut dan mulalah menyimpan secara konsisten tanpa membuat apa-apa pinjaman bank. Namun begitu, ini hanyalah pengiraan secara matematik sahaja. Faktor yang lain perlu diambil kira juga. 

Selamat menyimpan !

Sambung di part 2 untuk beberapa ulasan - klik ke part 2 di sini.



Thursday, December 18, 2014

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2014

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah skim unit amanah kedua yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Unit amanah di Malaysia adalah seperti dana bersama di Amerika Syarikat. ASB hanya dibuka kepada Bumiputera warga negara Malaysia. Had input maksima ialah RM200,000 dan keuntungan modal pula tidak dikenakan cukai. Berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus ASB sejak ia mula dibuka.

Untuk tahun 2014 pula, ASB telah mengumumkan dividen dan bonus seperti berikut:



Untuk rekod, pembayaran dividen dan bonus ASB untuk beberapa tahun yang lepas adalah seperti berikut: 


Tahun Dividen (sen) Bonus (sen) Jumlah (sen)
1990 8.00 6.00 14.00
1991 8.50 4.00 12.50
1992 7.50 5.00 12.50
1993 9.00 4.50 13.50
1994 9.50 4.50 14.00
1995 10.00 3.00 13.00
1996 10.25 3.00 13.25
1997 10.25 1.25 11.50
1998 8.00 2.50 10.50
1999 8.50 1.50 10.00
2000 9.75 2.00 11.75
2001 7.00 3.00 10.00
2002 7.00 2.00 9.00
2003 7.25 2.00 9.25
2004 7.25 2.00 9.25
2005 7.25 1.75 9.00
2006 7.30 1.25 8.55
2007 8.00 1.00 9.00
2008 7.00 1.75 8.75
2009 7.30 1.25 8.55
2010 7.50 1.25 8.75
2011 7.65 1.15 8.80
2012 7.75 1.15 8.90
2012 7.75 1.15 8.90
2013 7.70 1.00 8.70
2014 7.50 1.00 8.50

Monday, December 1, 2014

Permohonan BR1M dan Kemaskini Maklumat Bagi Tahun 2015

Permohonan semula / kemaskini boleh dibuat secara dalam talian atau secara manual mulai 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014.

Pautan secara dalam talian ialah seperti berikut :



(sila klik pada gambar di bawah untuk lebih jelas)
 
 

Sebagai alternatif, jika anda tidak mahu mengisi / kemaskini secara online, anda bolehlah mengisi borang secara manual seperti berikut :