Wednesday, January 14, 2015

Kadar Bayaran Baharu Pengurusan Peperiksaan Awam UPSR, PT3, SPM, SPM(U) dan STAM Mulai 1 Januari 2015

Kadar Bayaran Baharu Pengurusan Peperiksaan Awam UPSR, PT3, SPM, SPM(U) dan STAM Mulai 1 Januari 2015 telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Beberapa perubahan telah berlaku dan antara lainnya yang admin terlibat ialah dalam peperiksaan UPSR di mana perubahan seperti ini dilakukan:

1. Pembetulan maklumat calon - RM30 dikenakan (sebelum ini percuma).
2. Pendaftaran lewat calon UPSR - RM30 (sebelum ini percuma).
3. Penyemakan semula kertas UPSR - RM50 (sebelum ini hanya RM10).
4. Bayaran salinan keputusan peperiksaan - RM30 (sebelum ini hanya RM10).
5. Bayaran calon daftar lewat - RM30 - (sebelum ini percuma).
6. Bayaran pengesahan keputusan peperiksaan - baharu - RM50.

Bacaan lanjut surat siaran dari Ketua Pengarah Pelajaran boleh dibaca di bawah ini:









No comments:

Post a Comment