Thursday, January 1, 2015

Pinjaman Bank ASB ? Baik Hindarkan Segera - Part 2

Ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berdasarkan post sebelum ini - klik di sini - yang mana ada beberapa bahagian atau persoalan yang rasanya perlu diterangkan.

Antaranya seperti berikut:

1. Dividen ASB tak pernah rendah dari 6%. 

Memang betul. Dividen ASB dari tahun 1990 hingga 2014 boleh dilihat di post yang neh - klik di sini. Memang lah dividen ASB itu lebih tinggi dari 7%, tetapi dah diberitahu ia hanya andaian untuk suatu pengiraan. Ia hanya untuk mengira sahaja dan ambil 6% untuk kira 2 cara pelaburan. Malah jika letak dividen 7% atau 8% dan ke atas / atau peratus yang lain, jumlah perbezaan antara 2 kaedah itu akan lebih besar. 


2. Kenapa kena tolak RM180k ? 

Jika dah namanya meminjam, maka wang itu sudah tentu kena tolak. Ia bukan hak kita lagi. Ia hak bank yang memberi pinjam. Jadi nilai yang tertulis di buku pelaburan itu bukan nilai bersih yang sebenarnya. Jadi kenalah tolak. Dari mana datangnya kos RM180k tuh ? Ia datang dari ansuran bulanan yang kita bayar RM600 tiap-tiap bulan tuh. RM600 x 12 bulan x 25 tahun = RM180k.


3. Kenapa guna RM600? Dalam jadual kan hanya RM598. Kalau 25 tahun dah berapa? Jadi admin kira salah. 

Dah diberitahu awal-awal yang admin memang bundarkan ke ratus terdekat. Beza RM2. Cuba kira sendiri berapa untuk 25 tahun. RM2 x 12 bulan x 25 tahun = RM600 sahaja. Tak banyak beza atau memberi kesan pon ke atas pengiraan tuh. Jika kira dividen untuk RM2 tuh pon tak sampai beri ralat sampai RM3k.


4. Pengiraan untuk simpanan bulanan (simpan sendiri) kira salah untuk dividennya sebab dividen dikira atas baki bulanan. 

Yang neh pon dah cakap awal-awal. Untuk memudahkan anggaran kira guna baki tahunan jer. Sebab itu jika dilihat pada jadual 2, tiada dividen untuk tahun pertama. Jika dikira dividen untuk baki bulanan, maka nilai perbezaan akan lebih besar. Nak kira guna baki bulanan boleh kira guna mesin kira automatik di pautan yang diberi di bawah (rujuk no. 6). 


5. Saya rasa untung jika dapat RM100k. Lepas tahun ke 2 saya bayar loan guna dividen jer. Tak payah bayar bulan-bulan. Jimat.

Ia tak jimat pon sebenarnya. Kos RM600 tetap berjalan seperti biasa walau kita secara fizikalnya tak keluarkan duit sendiri. Malah ia akan merendahkan pendapatan terkumpul di hujung tempoh 25 tahun. Kiraannya seperti ini:

Dividen 6% x 25 tahun x RM100,000 = RM150,000
Pinjaman diperolehi (sebab dah matang) = RM100,000, Jumlah = RM250,000.

Tolak bulan bulan bayar bank = RM180,000

Bakinya hanya = RM250,000 - RM180,000 = RM70,000.

Jauh lebih rendah. 

Admin tak akan kira beza jika simpan sendiri dan tiap hujung tahun keluarkan dividen. Sebab cara perbezaan itu tidak adil sebab "tiap-tiap bulan kena bayar bank RM600". Kena fahamkan kos bank neh. Di sinilah ramai keliru sebab mereka selalu abaikan kos bank / kos pinjaman.


6. Secara mudahnya begini. 

Bank kenakan kadar faedah pinjaman berapa % ? Saya tak pasti. Mungkin 5%, 6% atau lebih. Atau kurang. Yang neh kena rujuk bank sendiri. 

OK katakan ambik 5%. Dividen ASB berapa ? Katakan 7%. Beza berapa ? Anda hanya dapat 2% jer selepas bayar loan bank - secara kasar. Bayangkan dividen ASB anda 2% jer selepas tolak kos bank. 

Sedangkan kawan lain simpan secara konsisten dapat 7% dividen bersih. Tak ada kos bank. 

Pada suatu masa terdapat titik persilangan antara loan bank dengan simpanan secara konsisten. 


Untuk kira dividen secara baki bulanan boleh gunakan kalkulator online di web yang berkaitan. Antaranya pautan berikut:




Kiralah sendiri. Buat perbandingan. Bagi pinjaman bank jangan lupa untuk tolak kos pinjaman tersebut. Saya dah buat pelbagai pengiraan untuk pelbagai jumlah pinjaman seperti 30k, 40k dan sebagainya. Hasilnya, simpanan secara konsisten lebih baik berbanding membuat pinjaman bank untuk pelaburan ASB (atau lain-lain pelaburan berasaskan simpanan). 


7. Komen di blog.

Semua bebas beri komen di blog neh. Tapi sila beri komen positif. Komen negatif saya tak layan, pada masa yang sama tidak juga di delete. Banyak komen masuk tapi tak sempat nak reply semua. Tambahan pula dunia kewangan dan perbankan neh bukan perkara utama yang perlu saya layan.

Saya dapati ada yang bagus beri komen, malah memberi cadangan. Ya, memang betul pengiraan saya kurang tepat sebab hanya menggunakan MS Excell. Pengiraan yang lebih tepat sila guna kalkulator di pautan di atas. 

Saya juga tak akan terangkan lagi kenapa dapat RM429k tapi merugikan banding dapat RM395k. Perkara neh telah diterangkan di jadual 1 dan jadual 2. Mungkin anda perlu baca berkali-kali dan fahamkan.

Ramai (berdasarkan komen) yang tak sedar dia membayar ke bank tiap bulan jika berhutang. Itu adalah kos. Tak apa lah jika membayar ke bank itu lebih berkomitmen berbanding menyimpan sendiri. Tapi agak pelik sebab kita boleh pula patuh dan taat menyimpan dengan bank seolah olah bank itu tuan kita sedangkan kita ada pilihan untuk menjadikan diri kita sendiri sebagai tuan atau taat kepada diri sendiri (dari aspek menyimpan wang).


8. Kakitangan awam

Tadi ada ternampak komen berbaur negatif. Seolah "dengki" dengan penjawat awam atau guru. Post ini tidak ada kaitan dengan kerjaya atau status saya sebagai penjawat awam. Sila komen dengan lebih positif lagi di masa hadapan. Malah blog ini adalah blog pendidikan. Sumber carian bahan seperti bank soalan / latihan dan bahan untuk pendidikan. Hanya ada beberapa post berkaitan sosial, kepenggunaan dan kemasyarakatan.


9. Saya tak kaya untuk simpan RM600 sebulan.

Ini bukan soal kaya atau mampu atau tidak. Ini adalah kesedaran masyarakat untuk tidak berhutang untuk menghasilkan simpanan. Tak mampu dengan jumlah RM600, kira untuk jumlah yang lebih kecil. RM100, RM200 dan setakat mana kemampuan sendiri. Mesin kira dah ada di pautan di atas.

Malah untuk pinjaman RM30k dengan tempoh matang 10 tahun, ansuran RM323 sebulan pun saya telah kira. Hasilnya sama. Simpan secara konsisten lebih baik. Itulah kesimpulannya.


Selamat tahun baru 2015. 




105 comments:

  1. dari gaji saya rm2000...saya ingin invest duit saya rm600 setiap bulan. baki bersih gaji saya setiap bulan tinggal rm1400.

    option 1:
    saya buat loan ASB bulan2 bayar rm600...lepas 25 tahun saya dapat CASH ON HAND rm429000.

    option 2:
    saya simpan terus ke ASB rm600 setiap bulan dan selepas 25 tahun saya dapat CASH ON HAND rm392000.

    cikgu rasa yang mana saya pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pilih bayar setahun,

      pastu tahun seterusnya bayar pakai dividen.

      baki dividen buat beli barang sekolah anak.

      cukup 25 tahun paling kurang dapat 100k. syukurlah...

      bagi modal kat anak biar dia pegi invest benda lain pulak..

      Delete
    2. elena sofea...
      pernah tak tanya pegawai bank... kadar terapung yg digunakan boleh meningkat sehingga 12% kadar pinjaman..

      dan selepas 25 tahun anda mungkin terpaksa bayar bank lagi extra 5 tahun..
      600x 60=12 000

      Delete
    3. Pn Elena, option 1 nilah yg mcm admin cite tu..baik hindarkan.. amik option 2..hehe

      Delete
  2. itulah yang saya cuba sedarkan... dapat rm429k tuh nilai tertulis di dalam buku asb... tapi transaksi bulan bulan bayar rm600 kat bank tuh tulis kat mana ? tuh yang kena tolak kos pinjaman rm180... harap pengguna sedar ada transaksi "tersembunyi" ... jangan tengok pada jumlah tertera dalam buku jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..

      phm sikit..

      ni klu pakai dividen utk bayar balik kan cikgu..?

      tapi kalu x pakai dividen, bayar 600 sebulan sampai umur 25, x tolak 180k lah kiranya...

      Delete
    2. Jumlah yg tetcatit dalam buku ASB cuma RM329K ( dividen terkumpul sahaja). Sijil ASB RM100K yg dipegang bank juga akan diserahkan kepada pelabur sbb mada tu pelabur dah langsaikan hutang/pembiayaan RM100K tu melalui pembayaran ansuran rm598 sebulan selama 25thn tu.
      khalid RFP, IFP, CFP

      Delete
    3. Tidak ada transaction tersembunyi. Ansuran RM180K yg dibayar pada bank merupakan modal yg kita keluarkan utk mendapatkan RM429K..... ianya sama dgn modal yg kita keluarkan utk mendapatkan RM395K jika simpan sendiri.

      Delete
  3. jumlah tertulis dlm buku 429K ada hak 100% pemegang buku..tak perlu bayar apa2 lg pd bank sbb bayaran utk bank dh langsai setelah 25thn

    ReplyDelete
  4. bayaran kepada bank dibuat secara bulanan

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. bayaran kpd PNB masih perlu dikeluarkan dari poket sendiri

      Delete
  6. kuar duit dari poket masuk poket bank dengan keluarkan duit dari poket sendiri kemudian masuk poket sendiri balik mana lagi untung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengambil LASB lagi untung.
      KEUNTUNGAN menggunakan LASB lebih ketara jika dividen ASB yg digunakan lebih tinggi misalnya 8%

      Delete
    2. Yes sbb kita melabur rm600 sebulan tetapi keuntungan kita dikira dari rm100k dari bulan pertama lagi. Bezanya kalau saving dlm buku nampak duit kita rm600 tu, tapi kalau loan org tak nampak sijil 100k tu. Tu yg org kata rugi rugi rugi. Sbb tk nmpk. Buka sbb terselindung tp sbb tak tahu.

      Delete
    3. boleh ajar saya tak tentang cara nak guna kira-kira yang diberikan saya tak fahamlah beberapa perkara kat alat kira2 tu....katakanlah saya mula melabur sebanyak rm200 pada bulan 6 secara simpanan pada januari berikutnya berapa yang saya peroleh??

      Delete
  7. maafkan saya dan tolong betulkan yang mana tersilap ye

    1. Saving-keluar RM180,000(RM7200x25) menghasilkan RM395K
    2. LOAN-keluar RM180,000(RM7200x25) menghasilkan RM429K

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..dua2 modal sama rm180000 tapi menghasilkan cash on hand yg berbeza lepas 25 tabun.
      1. Saving rm600 sebulan + dividen= 395k
      2. Modal pinjam bank rm100k + dividen= 429k

      Sama je dua2 terpaksa tolak duit gaji tiap2 bulan rm600 tapi option 2 lagi untung lepas 25 thn.

      Wallhualam.

      Delete
    2. Rumusannya melabur menggunakan LASB lebih menguntungkan dari melabur sendiri setiap bulan.
      Jumlah BERSIH pelabur LASB dapat RM429K vs simpan sendiri RM395K.
      Dari jumlah RM429K yg pelabur LASB dapat tu...RM100K dalam bentuk sijil ASB yg dibeli menggunakan loan tu...dan another RM429K merupakan dividen terkumpul dalam buku ASB tuan

      Delete
    3. Correction: another RM329K merupakan dividen terkumpul...

      Delete
    4. loan-keluarkan 180k n bayar ke bank
      savings- keluarkan 180k n bayar ke acc asb sendiri

      thats y loan kena tolak 180k sbb kte bg kt bank duit tu.. tp klu savings 180k tu hak milik kita n masuk dlm asb sendiri thats y xyah tolak..

      Delete
  8. Kita manusia biasa..boleh ke simpan duit 600 stiap bulan dan x terfikir utk kluarkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...buat potongan gaji berjadual...skrg tgh senyum panjang...6.75% dividen 100% milik aku tanpa dikongsi..hehehe.

      Delete
  9. Assalam..

    Saya cadangkan cikgu masukkan sekali dalam kiraan berkenaan mengenai zakat yang perlu ditolak setahun sekali apabila nisab 85gram emas sudah cukup (nilai semalam, 31 Dis 2014, RM 137.87 X 85).

    Mengenai kiraan yang dibuat, kos tersembunyi memang ada, iaitu 180k, tetapi tidak perlu ditolak kerana bank akan pulangkan semula sijil ASB 100k yang dipajak selepas cukup 25 tahun. masih berbaki 80k, iaitu keuntungan bank. Pada saya bank mengambil untung kerana mendahulukan wangnya dalam pembelian sijil ASB atas nama peminjam. Walaubagaimanapun, nilai itu sudah dicover dengan pendapatan akhir pinjaman. Juga tidak perlu ditolak. Yang perlu ditolak adalah kiraan zakat.

    Satu lagi masalah pengiraan ialah mengenai had 200k (unit boleh labur, UBL) untuk pelaburan ASB yang hanya boleh ditingkatkan atas dasar pertambahan oleh dividen. Jadi orang yang menyimpan hanya boleh menyimpan 600 sebulan sehingga nilai mencapai 200k sahaja. Selepas itu perlu menyimpan di unit amanah yang lain (dividen lebih rendah dari ASB).

    Harap penerangan saya tidak mengelirukan.

    Akhir kata, menyimpanlah dalam Tabung Haji, dividen 2013 ialah 6% bagi simpanan melebihi kos haji tahunan, dan dividen 8% bagi simpanan kurang atau sama dengan kos haji tahunan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Kiraan yg dibuat Cikgu tu betul. Tetapi kesilapan besar yg dilakukan Cikgu ialah dalam kiraan JUMLAH BERSIH yg pelabur DAPAT. sebenarnya JUMLAH BERSIH yg pelabur LASB dapat ialah RM429K....tak perlu ditolak RM180K ansuran yg dibayar pada bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolak la.. dh nama pn meminjam dri bank.. kalau x tolak, ibarat awak ada 100k dlm asb tnpa sbrng pengorbanan untk pmbyrn kepada bank yg meminjamkn 100k nya..

      Delete
  11. Saya buat loan asb sbb sy tahu sy tak boleh konsisten simpan duit. Cara ni lebih selamat hehe

    ReplyDelete
  12. Esok 2hb jan. Boleh ke bank utk update buku. Sekian.

    ReplyDelete
  13. Yeap saya yg marhein ni pn dh buat calculation sdr. Yg cikgu lupa nak masukkan dlm table kiraan adalah jumlah pelaburan = jumlah simpanan. Dgn loan, pelaburan@simpanan adalah bermula dgn nilai sijil rm100k yg mmg tak nampak dlm buku simpanan. Manakala dengan kaedah simpann, prlaburan@ simpanan adalah bermula dgn rm600 So dgn membayar kepada bank selama 25thn sebenarnya adalah nilai sijil rm100k+keuntungan bank. Makanya cost sebenar yg perlu ditolak adalah 80k sahaja. Dan itu pon x perlu tolak lagi dari keuntungan buku simpanan selepas 25 thn sbb dah bayo secara bulanan. Samade loan atau simpanan, jumlah pelaburan (fork ur own money from yor own pocket) masih rm600 sebulan. Bezanya ujung tu karang yg simpan dlm buku nampak lah jumlah dlm buku. Yg buat loan dapat sijil utk dicashkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan amount keuntungan masih lebih bg yg buat loan since kadar keuntungan dikira trus atas rm100k dar bulan pertama berbanding atas rm600 per month acumulatively. Dan keuntungan both adalah bersih pada penghujung 25thn.

      Delete
  14. Bahaya loan2 ni.klu dh mati sape nk bayarkn?

    ReplyDelete
  15. insured la bro...kalo mati waris dapat free2 je takyah bayo dah bulan2..

    ReplyDelete
  16. Tahniah cikgu..sekurang2nya kita semua dapat pelajari sesuatu yg boleh buat kita berfikir.

    ReplyDelete
  17. Bagus cikgu timbulkan persoalan ni..baru orang buka mata sikit tentanh pengiraan ni..klu tak nak tunggu bulan jatuh ke riba je..sya da hampir mencapai 800k loan asb..saya rasa cikgu tgk forum..forum teknik lian asb dlm carigold..banyak membantu..bnyak pengetahuan..cth macm leverage..other people money..money mangmnt..power of cash..saya dapat dari situ..sbb tue bnyk kelebihan pada loan asb..hutg sethun skli je..pastu da bolh senyum..pengiràan kasar mmg rugi..tp itu kalu dividen kurang dari interest bank..klu divdn lebih tinggi kita tetap untung..cth divdn 7% interst bank 5.2% beza 1.8% tue untung kita..itu yg biasa belum masuk leverage loan asb boleh mencecah 40%setahun..tak pacaya..saya da rasainye..klu tak pecaya jugak buatla dlu setahun..klu tak ok terminate je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 800k tu... kiraan zakat jangan dilupakan sedara... agar harta kita berkat dan tak menjadi alat penyiksa kita di sana...

      Delete
  18. Saya rasa pinjaman Asb lagi ok. Sbb 3dlm 1.
    Simpana
    Pelaburan dan
    Ada perlindungan kan.

    ReplyDelete
  19. Simpan, dpt balik. Pelaburan dapat div n bonus. Perlindungan insurance, andai hilang upaya kekal atau kematian, waris dapat sijil penus wapaupon loan blm abis bayar.

    ReplyDelete
  20. Untuk pelaburan asb ni kita boleh Guna formula ruls 72, dimana selepas 9 tahun buat pinjamam asb, pelaburan kita Akan jadi berganda.

    ReplyDelete
  21. Setuju dengan Cikgu, yang dapat untung dari Lasbi ialah bank.

    Tambah lagi, Equity yang ada dalam loan tu kena zakat 2.5% setiap tahun.

    Pasal status asb halal atau haram itu, terpulang kepada masing2, nak ikut fatwa kebangsaan atau Fatwa Selangor.

    Saya pernah tanya PM banker, dan tanya macam mana bank dapat untung dengan lasbi, tapi tak berbalas,
    Hari ni baru tahu. Hehe

    Anyway ini adalah pendapat saya.
    Kita ada pilihan lain. Tabung Haji ada.
    Bursa Malaysia ada.
    Amanah saham yang comfirm patuh syariah ada.

    Tepuk dada tanya selera. Slrpp.

    ReplyDelete
  22. Asb ni kne x gst..lau kne kre mcm mne yerr

    ReplyDelete
  23. Salam, saya terjumpa blog ini dan sekadar nak mencelah. Saya bukan pakar kira mengira, tapi sudah dua kali ambik loan ASB. Kali pertama 20k untuk 3 tahun, saya langsaikan terus loan selepas setahun. Saya tak pasti untung atau rugi, tapi saya cuma ingin kebahagian, dan kebahagiaan dalam hidup saya adalah hidup tanpa hutang.

    Kali kedua saya ambik sebab tiba2 rasa rugi pulak tak ambik peluang sebagai seorang bumi. Saya ambik Maybank Islamik loan 200k yang boleh langsai sebelum umur pencen. Bayaran hanya RM1,100+ sebulan. Selepas tak sampai dua tahun, secara tiba-tiba bank naikkan interest rate (BLR), bank tanya saya sama ada nak panjangkan tempoh atau bayar lebih. Sebab saya tak suka tempoh hutang dipanjangkan melebihi umur pesaraan, saya setuju bayar lebih. Tahu berapa yang saya kena bayar? Hampir RM1,500 sebulan.

    Tapi saya masih bersabar. Sehingga awal tahun lepas, saya putuskan untuk menamatkan loan tersebut. Sebab kadar dividen yang saya dapat adalah jauh lebih rendah dari bayaran hutang yang saya buat untuk tempoh setahun. Dan saya sudha tanggung kerugian itu untuk tempoh yang agak lama. Alasan lain, saya dah tak boleh nak buat tabungan ASB tambahan, sebab 200k dah penuhkan kuota saya.

    Bila saya tamatkan loan 200k itu, duit dividen tahunan yang terkumpul tidak pernah saya usik. Ada juga duit yang bank bagi pada saya selepas penamatan loan. Iaitu portion duit pokok hutang yang kita dah bayar. Tak banyak mana tapi ok la. Dapat balik juga premium insurans.

    Again, saya tak pasti rugi atau untung. Tapi saya rasa sedikit sebanyak loan ASB itu memang membantu saya memulakan era penyimpanan ASB saya. Umpama memberikan modal permulaan untuk saya mengorak langkah. Tapi adat dunia, kadang kala untung, kadang kala rugi - bila bank naikkan BLR (walaupun kalau loan islamic, ada had maksima BLR), siksa jadinya hidup kita kerana kesan kepada cash flow bulanan.

    Walau apapun, saya bersyukur kerana pernah membuat ASB loan, dan saya bersyukur juga telah tamatkan (selepas lebih 4 tahun), dan saya lebih bersyukur sekarang kerana saya bebas hutang dan boleh menabung sendiri. Kebahagian tanpa hutang adalah kebahagian hakiki yang tidak boleh ditafsirkan dalam keuntungan material!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks share your story. Baru ada semangat nk join ASB.
      thank you so much!!!v semoga Allah memberkati hidup tuan. =)

      Delete
    2. Btl tu sy sgt setuju..mula2 join lasb ni byrn blnan sy dr rm524 thun 2010.ms tu tiap thun bole senyum lg sebab dividen 7% ke ats.tp ntah mcm mna kpa dan blr bank naikkan skt2 sampai jd rm617 sebulan nk kena byr.beberapa thun ni nmpk rugi skt la sebab dividen lg rendah dr jumlah perlu byr setahun..hrp2 bank jgn la naikkan lg kpa n blr tu.menjelang nk sampai 2035 cmna la agknya nasib kita sbgai peminjam lasb ni kn.pape pn dividen thun ni yg terburuk sekali selama yg sy dlm dunia pelaburan asb ni.huhu

      Delete
  24. Salam,
    Post dan komen yang menarik disini.

    Banyak input yang berguna walaupun kadang kala saya nampak ada sedikit unsur perbalahan disini.

    Dan saya dapati rata-rata melihat duit atau wang adalah bernilai.

    Sebagai manusia biasa kita semua termasuklah saya sendiri tidak bileh lari dari duit, apa lagi kalau tidak berduit atau kurangnya duit.

    Sebagai bank, mereka semestinya melaburkan duit mereka kepada orang awam seperti kita, tapi apakah kit tahu mereka laburkan duit mereka dalam bentuk apa?

    Ada yang ready menjawab, " owh, mereka memang berkepakaran". Sampai bila kita nk tumpang kepakaran mereka?

    Kita tidak ada masa nak buat kerja mereka? Maka sampai bila-bila pun kita akan tetap harapkan mereka (bank).

    Jadi, saya lebih rela RM600 @ RM1100 @ RM1500 digunakan untuk membayar sebuah rumah.

    Ini kerana, kemana-mana tempat saya pergi, sememangnya amat sukar melihat rumah yang kosong, walaupun homestay sekalipun. Jika bulanan rumah tersebut RM450 sedangkan kita membayar bank RM600, itu cukup memadai bagi saya apabila saya hanya tambah RM150 sahaja setiap bulan. Atau saya boleh gunakan kaedah RM1000 sebulan (harga sewa + duit kocek) dan saya mssih jimat RM50. Apalagi jika saya korbankan RM50 itu menjadikan bulan yang saya bayar sebanyak RM1050/bulan, kerana RM50 ×12bulan sekurangnya RM600 setahun iaitu kadar sebulan bayaran bank. Menjadikan 21bulan bayaran yang berjaya dilangsaikan dalam setahun.

    Jika asalnya loan rumah tersebut adalah selama 20 tahun maka saya sudah jimat hampir separuh dari masa yang sepatutnya saya perlukan untuk langsaikan hutang.

    Kebiasaannya loan hartanah menggunakan semi fixed loan, iaitu interest berdasarkan baki hutang terkini. Maka saya sudah berjaya kurangkan interestnya juga.

    Itu belum lagi saya kira jika saya menjual rumah tersebut. Sebab, jika rumah tersebut adalah rumah kedua saya yang masih terikat dengan loan maka pada tahun kelima dengan menjual rumah kedua tadi saya sudah mampu membayar baki loan rumah pertama saya.

    Mungkin jauh dari tajuk yang dikemukan, cuma saya melihat dalam skop pelaburan yang amat luas, labur duit bukan utk banyak duit, tp utk jimat duit.

    Bateri pun tak megizinkan saya menulis panjang- panjang,

    Saya nk ingatkan diri saya dan tusn puan, tujuan asal kita melabur bukan mahu banyakkan simpanan tunai, tetspi kita utamakan simpanan asset bernilai dan yang penting ada kenaikkan nilai pada asset tersebut.

    Ermm... ada baki tunai lagi lepas loan rumah tadi dilangsaikan, munfkin ASB jadi pilihan sebab boleh guna utk kurangkan kos bulanan rumah baru nanti.Rumah sedia ada cuma ada 3 bilik, sbb tu kalau dapat yang 4 bilik lagi selesa rasanya. Tak boleh tunggu lama2 takut harga rumah naik lagi.

    Sekian dulu. ;-)

    ReplyDelete
  25. Sy ad buat asb loan. Tak byk sebab sy xsuka berhutang.sy buat 10thn.betul xde keuntungan pn. Jadi tahun ni sy ad lebihan duit atau maybe bonus sy tambah dlm asb sekali dengan LASB. Mungkin end of year, byk la sikit dividen. Separuh dr usaha sy nk menyimpan. Benda yang berkait dengan hutang ni ase xaman. Setiap org as pendapat memsg. Jadi kita yg membaca ni buat la sempadan dn ilmu supaya manfaat. Buat la kira2 sikit. Tak rugi. Sy suka klu bab2 pelaburan ni.

    ReplyDelete
  26. Kena ingat.. Asb menggunakan sistem BLR... Kiraan berdasarkan flat rate... Akan ada banyak perbzaan disitu.. Ak ckp berdasarkan pengalaman ber asb sebelum.nie... Bulanan tuk tahun pertama mungkin 598... Tahun berikutnya akan bertambah dan bertambah... Tu sebelum nke la.. Xtau plak ak lau skunk dah tukar flat rate... Kadar bayaran bulanan still 598 setiap bulan selama 25tahun... Bagi ak memang simpan sendiri lagi menguntungkan... Bergantung pada komitment masing2 atas penggunaan duit tu swndiri... Kena betul2 nekad nak menyimpan... Jgn kejap masuk bulan nie kejap x... Memang lambat la... Dri segi asb loan...
    bileh rujuk kira2 flat rate tu... Memang akan dapat 400++k lau xusik duit tu... Tapi.. Confiden ke memang kena bayar 598 sebulan??? Mohon pencerahan cara pembayaran BLR nie pada otai2 semua... Nak tau jugak

    Saya citer dari pengalaman lepas... Maaf lau ader salah betulkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul BLR x turun pun setiap tahun asyik naik ke...

      Delete
  27. Tahun ni dividen asb ada effect tak pasal mata wang ekonomi jatuh?

    ReplyDelete
  28. Kalau lah buat loan rumah sng mcm asb happy lah aku hhe

    ReplyDelete
  29. Menarik tajuk ni. Cuma sy berpendapat org kita mmg suka berhutang utk raih keuntungan berbanding simpan sendiri. Ada pro n kontra.
    1] kalau loan byk, tahun pertama dan seterusnya dpt la untung kasar pd jumlah besar (realitynya peminjam dah & sedang byr monthly installment utk dptkan dividen tersebut)
    2] jika byr sendiri pulak takde la dpt jumlah dividen yg besar pd hujung tahun sbb modal terkumpul yg kita dump bulanan lebih kecik. Tp 100% kita punya tanpa perlu share dgn bank.
    3] org kita sgt setia byr monthly pd bank, tapi tak mampu utk setia saving secara konsisten. Pelik tapi benar.
    4] tajuk ni mungkin sesuai utk golongan berada yg lebih besar income tp kecil komitmennya berbanding golongan ada ada yg incomenya sederhana.

    Apa pun tahniah pada tuan2 puan2 yg share pelbagai pendapat. Sesuatu yg sy boleh pelajari hari ni..

    ReplyDelete
  30. Dividen asb baru je umum tadi. agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen dan bonus sebanyak 0.50 sen.. huhuhuuujatuh dri tahun2 sebelumnya.

    ReplyDelete
  31. part 1 dan part 2 dier dah terangkan mmg jelas. saya paham siap buat excel sendiri jumlah mmg sama yg cikgu buat. korang kena betul2 paham pengiraan dan kena tambah logik sket baru nampak gambaran. masih ada yg sangkal naper rm429k masih rugi. jgn tertipu dgn nombor

    ReplyDelete
  32. Jgn smpai cikgu kene buat part 3 baru nak paham... kalu x paham lagi.. cuba la rajin sikit buat kira2.. baca berkali2 smpai paham.. xpaham jgk.. terima la hakikat simpan sndiri lagi untung drp buat asb loan.. kalu hakikat ni pn xleh trima, mungkin sbb dah terbuat ASB loan. Kalu dah terbuat, kira la sndiri tahun ke brapa baru x rugi untuk stop.

    ReplyDelete
  33. Sangat informatif terima kasih Cikgu..memang dari awal dah lihat tak berbaloi ambil loan ASB .. lebih baik simpan sendiri bulan bulan..memang ada kos yang tersirat yang mata kasar tak boleh dilihat melainkan kita kira betul betul..memang they will show what we want to see..but kita sendiri harus pandai mengira dan menilai..tak rugi kita ikut cakap Cikgu ni..what his trying to deliver is right..ini pendapat saya yer..saya sokong Cikgu

    ReplyDelete
  34. Terima kasih cikgu. Cukup bermanafaat. Sy akan cuba menyimpan secara konsisten. Cukup berguna.

    ReplyDelete
  35. Better amek kira susut nilai matawang kita..kuikui...25thun nanti 200k apalah sgt..skg pun rm50 shari ja punya blanja...

    ReplyDelete
  36. bagus..entry cikgu ni..saya pernah 2x buat loan asb ni.tp xsampai 5thn buat sy tarik diri.tp syg..bank hanya buat pemulangan baki duit saya tak sampai 2k setelah hampr 5 thn buat byaran rm200 sbulan selama 5thn dgn pinjaman 20k..sgt kecewa..akhirnya saya buat simpnan sdri..syukur sgt2.. ada masa.. jemput ler ke blog sya http://mirabechok.blogspot.my/

    ReplyDelete
  37. bulan nie bru start byr loan asb....klu cancel cnfm kna cas 3000 lbh...klu sy x byr smpi 3 bln lbh bank akan trik balik ke sijil 2 n apa kesan akan dtg??

    ReplyDelete
    Replies
    1. memandangkan awak dah pun mulakan loan, saya suggest teruskan bayaran. Cancel = rugi banyak. Default (gagal bayar) = black list & bank akan tuntut semua bayaran selisih, dan awak gak kena tanggung semua kos legal.

      Delete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum cikgu, cara pemikiran cikgu membuatkan saya terfikir akan benarnya. saya baru bekerja dan ingin menyimpan duit, saya berharap cikgu dapat update tentang perbezaan kadar faedah setiap bank agar saya/kami senang untuk merujuk bank mana yang patut saya/ kami simpan .. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  40. Terima kasih. Saya tak kisah sangat pasal jumlah yang terkumpul. Saya cuma fikir pasal blr. Kalau loan , berkemungkinan bayaran bulanan kita pada bank akan bertambah la?

    ReplyDelete
  41. salam semua...
    sy nk tnye...
    sy dah buat asb loan cimb selama 5 tahun...bayaran sbln rm238...kalau sy terminate,agak2 brapa jumlah yg sy akan dapat yer...trima kasih...

    ReplyDelete
  42. Ramai lg yg x berpuas hati dgn blog cg ni..tp sy dh baca dua2 part cg post..part ni baru sy faham..betul Kata cg..mmg kita dapat dividen,tp dividen tu plk kita guna utk byr balik hutang dgn bank..dh nama loan mmg la Kena byr,.tu dh bukan jadi duit kita..so,yg kita byr 600 sebulan tu,bukan duit kita..tu adalah duit bank..sebab bank bagi pinjman,n kita Kena byr balik..baru sy faham..nasib sy x masuk lg loan ASB ni😂

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah terserempak dgn artikel cikgu.sy dah baca both parts&mmg ada logik matematiknya.
    Dgn loan asb mmg segalanya nampak mudah sampaikan hidden cost pun kita terlepas pandang bila nampak result 400+++.
    Dan betul kita mmg susah nak istiqamah simpan 500 sebulan.kdg2 kena guna duit utk benda2 emergency juga.
    Pada saya,menyimpanlah walau rm50 sebulan.itu lebih baik berbanding membuat hutang.
    Apa yg kurang dlm masyarakat kita ni adalah dari sudut menyimpan dan juga membaca. Again, thanks cikgu. Semoga usaha cikgu diberkati Allah.

    ReplyDelete
  44. Dah lama sy dilema nak buat ke tak loan ASB ni..sejak 2008 smpi skrg xbuat2. Cara fikirku sama seperti cikgu samsuddin ni...bank untung bnyk, makin lama kita buat makin la durg untung. Lagi satu, komitmen byr hutang bulanan..mmg la akhir tahun ke 25 tu dpt bnyk, tp kalo mak sy sakit, adik sy sakit..nak dpt duit dari mana. Separuh dah bayarkan kat loan..byr kereta, byr segala2. So bagi saya kualiti kehidupan dalam masa 25 tahun tu akan teruk dengan masalah kewangan..skrg saya amalkan simpan sikit2 biarpun xbnyk kat ASB. Kalo ada lebihan duit, semua sekali lebih tu saya masukkan ke kat dlm. Kalo ada emergency case y btl2 perlukan duit, saya boleh keluarkan je bila2 masa, berbeza dgn asb loan y ada tempoh matang 25 tahun. Setelah renungan pnjang, lg untung laki bini simpan satu akaun je..y pnting xcerai la, dirembat pla nt.haha..sb dividen dikira dr baki bulanan terendah. So pndapatan extra stiap bulan, masukkan je semua..

    ReplyDelete
  45. Salam Sejahtera semua.

    Apa yang dikemukakan oleh Cikgu Shamsudin semuanya adalah fakta benar. Ianya mengambil kira keuntungan bank dan juga penyimpan baik secara sendiri dan juga pinjaman.

    Saya menyokong pendapat ini kerana ianya sangat benar, walaubagaimanapun terdapat pro dan kontranya seperti disiplin diri untuk menyimpan, kemampuan, rela dalam
    keterpaksaan dan sebagainya.

    Ianya amat bergantung kepada individu itu sendiri.

    Cumanya kita perlu bertanyakan kepada diri sendiri di tahap manakah awareness atau kesedaran kita berkaitan pentingnya menyimpan.

    Terima kasih Cikgu Shamsudin. Teruskan coretan dalam memberi idea dan kesedaran kepada pembaca.

    ReplyDelete
  46. Buat loan ASB xdpt bonus 1% dr nilai loan.

    ReplyDelete
  47. sy nak tnya skit, harap2 boleh jawab la ye, asb ni boleh check melalui online ke duit simpanan kita dn kadar dividen? mcm internet banking. sbb sy malas sngt nk keluar p bank. tq

    ReplyDelete
  48. Kena ada buku kira2 duit keluar dan masuk baru senang nak pahamkn mcm mana dpt tu keuntungan bersih...apa2 pun loan bank x rugi..Cuma untung x banyak berbanding Simpan sendiri...

    ReplyDelete
  49. saya curious dengan nilai sebenar insurans yang kena dibayar. especially sekarang di cimb ada "additional 5% will be added as premium". apakah bermaksud 5% dari pinjaman?

    ReplyDelete
  50. As salam.. Cikgu saya nak minta tlg... Saya nak tya.. Dlm minggu ni saya ke maybank utk buat personal current akaun..semasa proses tersebut. Peg bank beriatahu saya masih ada hutang loan asb.. Pada tahun 2004..sebanyak RM1820,78...saya dah kebank utk ptoses tutup acc loan tersebut. Masa tu saya kena bayar (tak igt brp) sebab dividen saya tak cukup untuk cover loan...

    Jadi saya igt semua nya dah selesai.. Bila saya dapat tau mcm ni. Saya tya peg.. Knp bank tggu smpi skrg br nak beritahu. Patut bank boleh anta surat utk maklumkan lebih awal.. Ini sampai saya dpt tau dah jumlah ribu2..

    Peg tu cakap dia pon tak tauuuuuuuuu..... 😢
    Cikgu boleh bg idea tak. Saya perlu buat apa.. Perlukah saya report maybank ni.. Dan kemana saya nak report?

    ReplyDelete
  51. As salam.. Cikgu saya nak minta tlg... Saya nak tya.. Dlm minggu ni saya ke maybank utk buat personal current akaun..semasa proses tersebut. Peg bank beriatahu saya masih ada hutang loan asb.. Pada tahun 2004..sebanyak RM1820,78...saya dah kebank utk ptoses tutup acc loan tersebut. Masa tu saya kena bayar (tak igt brp) sebab dividen saya tak cukup untuk cover loan...

    Jadi saya igt semua nya dah selesai.. Bila saya dapat tau mcm ni. Saya tya peg.. Knp bank tggu smpi skrg br nak beritahu. Patut bank boleh anta surat utk maklumkan lebih awal.. Ini sampai saya dpt tau dah jumlah ribu2..

    Peg tu cakap dia pon tak tauuuuuuuuu..... 😢
    Cikgu boleh bg idea tak. Saya perlu buat apa.. Perlukah saya report maybank ni.. Dan kemana saya nak report?

    ReplyDelete
  52. 3 thun buat loan asb 200k xmguntungkn pun...nk terminate kna plak byaq kat bnk lg 6k++....untung hape..bln2 kna byq 1245...makin terbeban...

    ReplyDelete
  53. SANGAT SETUJU DGN CIKGU.sahabat cuba fikir secara teliti.antara MEMINJAM dan MEMYIMPAN.walaupun dari aspek meminjam tu ada terselit perlaburan,tetapi bank sebagai tmpat memberi pinjaman dan berkerja utk uruskan perlaburan semestinya berkehendak kpd keuntungan.so,keputusan d tgn masing2.bg sy sbg muslim,menjauhkan diri dr penyakit hutang CUKUP MEMBAHAGIAKAN.walaupun zaman sekarang tidak mudah utk elak dari berhutang.SO,JGN TAMBAH HUTANG.��

    ReplyDelete
  54. Bank xkan cerita pasal interest rates. Mereka akan menggunakan terma2 lain untuk mengelirukan pelanggan. Mana ada pinjam wang dari bank x dikenakan interest rate.
    So dividen 6% xkan dinikmati sepenuhnya

    ReplyDelete
  55. Perkongsian yg bagus!!!
    Saya pernah buat ASB loan..x byk la 50k ja utk tempoh 20 th..buat lama sbb nak bayar bulanan rendah..mula2 mmg happy la bila update buku ASB bole tgk ribu riban dividen.
    Apa yg buatkn saya tersedar adalah bila suami tgk statement dr bank..amount interest lg tinggi dr principal..bila buat kiraan betul2 mmg pada saya rugi buat ASB loan ni..kita hanya nampak amount yg besar yg bakal kita dpt di akhir tempoh pinjaman tu tp x nampak apa yg kita bayar bln2 kat bank..itu semua adalah komitmen!!!
    Akhirnya sya decide tutup acc loan tu dn hidup tanpa fikirkan hutang bulanan utk tempoh masa yg lama. Walau ada yg cakap bole guna balik duit dividen utk bayar hutang dgn bank bulan2 tu, tp brapa ramai yg bole tutup mata ja tgk dividen ASB tu d awal tahun..silap2 guna duit tu utk shopping...hihihi

    ReplyDelete
  56. utk tahun ni saya rasa saya rugi sebab bayar bulan lagi byk dari dividen. sy ambil loan asb 50k tiap2 bulan rm308 setahun rm3,696.00 dividen rasanya cuma dapat rm33++. tapi belum boleh kemaskini lagi. kira kat kalkulator online

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar jelah, hmm, mmg terkejut jugak tengok pengumuman dividen asb tahun ni, rasa baik simpan dalam almari je duit, hahaha

      Delete
  57. Maaf saya nak bertanya saya baru buat loan asb tahun ini start bayar pada bulan 4, bila baca artikal ini baru sedar ia merugikan tambahan pulak dividen yg diumumkan tahun ini yang makin turun. Apa tindakan yg wajar saya lakukan sekarang, harap dapat padangan yang bernas dari semua

    ReplyDelete
  58. Nak tanya. Jika ada rm 7200 masuk ASB. Dan biarkan selama 10 tahun.
    Dan buat loan rm 7200 tu srlama 10 tahun. Anggatkan dividen cukup untuk rolling bayat 1 tahun.

    Mana lagi untung. Maaf kan saya bertanya

    ReplyDelete
  59. Salam.. lebih baik rm7200 duit sendiri labur dlm Asb drpd buat loan, sebab kita x thu interest yg bank kenakan naik sesuka hati..

    ReplyDelete
  60. TQ admin.. tapi nampaknya ramai orang kompius sebenarnya..(termasuklah kakak saya...huhu)

    ReplyDelete
  61. Sokong cikgu. Mmg btl pn merugikan. Xyhla citer bab 25thn, 30thn akn dtg. Kite xtau apa akn jd.Da mcm MLM lak aku baca komen sorg2. Interest n dividen x tetap la. Bile2 dorg blh ubah. Kalau mati br waris dpt 100k tu. Kalau tempang? sakit? putus tgn? dpt ke?. Sape nk byr bln2 asb loan tu lau korg xblh bkerja? Tarik loan pnjg2, lmbt lg ke nk bersara tu cik abg, cik kak oii?

    ReplyDelete
  62. Memang betul rugi. Sy kena tambah lebih kurang rm1500 utk tahun ni utk loan 150k. Tengah plan nak stopkan loan.tahun2 lepas topup sikit2 boleh sabar lagi.

    ReplyDelete
  63. Saya mau stop la loan saya ni 200k. Bulanan pn da 1400. Nilai ringgit pn sudah teruk...

    ReplyDelete
  64. Setuju sangat dgn idea cikgu shamsudin buat simpanan asb

    ReplyDelete
  65. Fuhh baca komen puj da panjang... 💚

    ReplyDelete
  66. Bln 6 thn lps saya pergi maybank nak terminate asb loan. Org bank tu ckp cara senang tak payah bayar lagi pinjaman dlm masa 3 bln lps tu akan dpt duit sikit la lps tolak penalti dan bla bla bla.. lps tu sampai skrang sya tak de cek kat bank pun duit balance brape. Ni tadi dpt surat dari maybank sya kena bayar rm 915.57... surat tu ada no tax cbs16.... sebenar nye tu surat ape ye?? Saya kena bayar income tax ke??

    ReplyDelete
  67. Somebody was realize this..
    AGREE WITH U!

    ReplyDelete
  68. Baru dpt surat kena bayar GST utk loan ASB ... banyak tu kena byr.. rugilah

    ReplyDelete
  69. Tq cikgu....good info...sesungguhnya ramai yg malas nk ambil tau hidden kos...yg tau dividen masuk je .... Sikit ke banyak ke diirg tak kisah sbb nnt dpt berjuta lepas 25 tahun nnt...heheheh...

    Kalau sekarang ni beras 10 kilo nak dekat RM30...25 tahun nnt berapa RM? mungkin RM120 kot....

    ReplyDelete
  70. Salam.

    Tumpang bertanya. Sy ada buat loan asb rm30000. Setiap bulan bank akan auto deduct around rm200 dari akaun sy. Dividen asb sy x pernah ambil.

    Lepas 2 tahun sy terminate asb n jumlah sy dapat total rm200 sahaja. Sedangkan dividen sy x pernah ambik pon. Mana pergi semua dividen saya ya?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  71. Klu ikut kefahaman den...dah mcm ade 2 loan....(bg loan asb)..jd 2x loan(rm600x2)...
    Den ade jgak loan asb 50k..tiap tahun amik utk kegunaan awal tahun...
    Nak tye 1 je...klu jual loan asb dah 5 tahun(50k) dgan cimb(ikat 30 tahun)..berapa sen dpt ye.. harap ade yg membantu..

    ReplyDelete
  72. Haah..pening r..aritu ade gak ambik loan..bru je approve..ambik nge sorg laki nie..beria die cite..suh org melayu ambik loan ape sume kan..bese r..aku nie pun beria lah ambikk..skali skrg da tkr tgn..ade sorg kakak cimb yg handle..but..xbest..n rasa nyesal plak ambik..sbb org kata 30thn 50k lame giler..then..bile tnye lebih lnjut nge kakak yg cimb tue xreply plak..xde nk explain..btul2..time nk suh aku wat buku hari2 cal..bhye ambik nie..kalu xbyr..masuk insovensi lah aku nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku jadi pegawai bank tu. Aku tak amik. Aku senyum sahaja bila ada calon sudah datang.. hehehe

      Delete
  73. Sy bru byar 2 bulan rm1100++.. cimb islamic 200k.skrg msih berfikir sma ada nk truskn atau x.cover takaful slma 10yrs shj premium rm1800++ mcm tu..if terminate hati senang x pyh pk terbeban hutang tp xde lgsg saving sbb bulan2 duit zero.huhu.bkn boros tp da keperluan belanja.adoi.nk ke bank ke nk hold dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari bayar Rm 1100. Cari rumah lebih baik. Kalau mampu bayar 1100, sudah tentu mampu bayar RM 1100 sebulah untuk rumah. Cari apartment 300K ke bawah.

      Delete
  74. Baru 2 bulan bayar da rs nk terminate..adoi..

    ReplyDelete