Saturday, January 17, 2015

Transformasi Bilik Darjah SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya

Bilik darjah yang kondusif amat perlu untuk menarik minat murid belajar dengan lebih bersemangat. Bilik darjah yang menarik bukan saja idaman murid dan ibu bapa malah ia menjadi idaman guru kelas itu sendiri. Pelbagai alasan mungkin boleh diberikan untuk tidak menghias kelas tetapi selepas melihat gambar-gambar yang admin sertakan di bawah, alasan itu mungkin tidak perlu lagi. Semua pihak boleh menyumbang kepada kelas yang ceria, bersih dan menarik. 

Gambar ini adalah hasil lawatan admin ke SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor pada 17 Januari 2015. Fokus utama adalah kepada program transformasi bilik darjah. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah ini yang telah melakukan budaya positif yang begitu mengagumkan. Sememangnya sekolah ini layak untuk terus berada dalam kecemerlangan berdasarkan rekod yang telah ditunjukkan. 

Sebahagian kawasan / bilik-bilik khas masih lagi dalam proses penambahbaikan. Admin cadangkan anda melawat sendiri sekolah ini untuk melihat usaha yang telah dilakukan mereka. 

Terima kasih admin ucapkan kerana sudi menerima kunjungan admin dan rakan-rakan. 

Gambar di bawah hanyalah sebahagian sahaja. Koleksi gambar ada disimpan di dalam google drive di pautan yang disertakan. Sila klik di sini.















No comments:

Post a Comment