Monday, February 8, 2016

Pelaksanaan Kursus iTHINK Dalam Talian (KiDT) 2016




KiDT untuk iThink kembali lagi untuk tahun 2016. Kursus dalam talian ini pernah dilakukan pada tahun 2014 dan dihentikan sekejap selepas masalah kualiti laman web tersebut. Ya ! sudah tentu masalah kualiti menjadi masalah utama dalam kebanyakkan web jabatan kerajaan ... suatu masalah berulang yang bagaikan tidak ada kesudahan dan jawapan. 

Untuk tahun 2016, dikatakan sesiapa yang sudah menyiapkan kursus dalam talian ini pada tahun sebelum ini dikecualikan. Admin juga sudah ada voucher yang boleh ditukarkan kepada sijil. Tapi malangnya bayang sijil pun tak nampak lagi (setakat post ini ditulis pada 08 Februari 2016) sedangkan kursus sudah dulengkapkan (dan lulus) serta voucher sudah diperolehi pada awal tahun 2015 dan sudah diserah ke PPD pada awal tahun 2015 juga. 

Carian google mendapati arahan untuk melengkapkan kursus ini diperolehi dari JPN Perak, manakala arahan dari JPN / PPD lain belum tersiar pula. Mungkin agak awal dan mengambil masa terutama dalam mood cuti perayaan Tahun Baru Cina neh.



Satu masalah pertama yang admin dapati ialah nak daftar atau log in ke sistem dia. Rupanya kata laluan dia ialah "password". 

Kenapa tak beritahu awal-awal ? 

Dah tertekan pulak "hantar password baru" ke email. Tapi malangnya email pon dah lupa guna yang mana (mungkin dia guna email masa daftar sistem tahun 2014 dulu. Dah 2 tahun kot... mana nak ingat.. bila rujuk email tiada apa apa mesej diterima... mungkin cuti TBC kot.. (sangka baik neh)..

Berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya log in... masalah kualiti menjadi igauan ngeri juga...sama seperti tahun dulu...

Apa pun selamat berkursus di dalam talian... sabar menempuh dugaan... pautan laman KiDT seperti di bawah...



Sila baca dan install program berkaitan sebelum memulakan kursus

Siaran di laman web KPM

Paparan laman web berkaitan




Kemaskini selepas melayari laman web tersebut dan marasai sendiri aplikasi berkenaan:

1. Dari langkah pertama dah boleh kata "OMG ! standard perisian kementerian memang macam neh.. tak mesra pengguna langsung. Anda kena buang MF (Mozilla Firefox), buang semua Java dan aplikasi flash... dan install balik versi yang dia gunakan sahaja. Versi lama atau versi lebih terkini dikira gagal... ikut panduan hasil explorasi rakan-rakan maya di dokumen bawah neh... sangat sedih apabila ianya tidak mesra teknologi (dalam erti kata tak ikut perkembangan zaman). Terima kasih pada panduan dari guru di bawah... selepas admin berkali-kali cuba akhirnya berjaya selepas mengikuti panduan di bawah neh




2. Admin explore sistem neh. Nak quit tuh kena hati-hati. Jangan asal boleh jer nak cepat tutup skrin tuh. Kena klik QUIT kat main MF tuh supaya ianya tersimpan. Baru tutup pop up tuh. Jangan menyesal bila dah buat 10 modul tiba-tiba hilang semua sebab terlupa nak klik QUIT.

3. Admin dah buat 10 benda. Dah dapat 10 tick hijau kat pop up... disebabkan kesuntukan masa, admin pon klik QUIT.. lepas 30 minit admin masuk balik... pilih "sambung pada sesi lepas"... tapi semuanya balik pada asal. Takde lagi kotak hijau berlingkar oren (sapa dah buat tahu lar maksudnya)... maksudnya apa ? kembali pada asal buat dari mula ? 

4. Selepas klik QUIT, admin log out... selepas 30 minit masuk balik.. bila tengok kat pop up tuh tau tak apa berlaku ? Benda yang tadi ada 10 tick hijau sekarang cuma ada 4 jer tick hijau... maknanya apa ? sia-sia jer la keje korang berjam-jam mengadap benda tuh.

5. Kenapa guru je kena buat benda membazir masa, tenaga, wang ringgit neh ? kenapa pegawai kat ppd, jpn, kpm sampai menteri sekali tak kena buat? biar susah sama susah senang sama senang. Rasakan sendiri apa yang berlaku. Jangan apabila guru merungut dipandang sepi dan tiada tindakan pembetulan. Hanya tahu simpati tapi takde tindakan pembetulan pun tak guna juga. 

5. Admin saja explore sistem neh sebab nanti kawan-kawan senang nak rujuk. Ada masalah boleh tolong jawab. Tapi kalau kualiti sistem neh macam gini... memang admin doakan cepat-cepat jer la sistem neh berkubur. Lagi baik dan berkualiti laman web i-think masa zaman 2014 dulu. Lagi senang nak urus dan takde hilang data. Nak lancarkan sistem pun senang.

6. Secara keseluruhan sistem ini menyusahkan. Ianya lebih menyusahkan kerana kesilapan sistem dan 'perangkap' untuk anda hilang data secara tidak disedari. Dalam anda sibuk melayan kursus tersebut di pop up berlainan, paparan browser anda yang lagi satu menjadi tidak aktif. Browser anda yang tidak aktif ini akan "log out" tanpa disedari. Walau anda melayan kursus di pop up tersebut hingga habis, data anda hilang tanpa disedari kerana 'time out' browser anda tersebut. Oleh itu, semasa anda melayan kursus tersebut, sila lihat juga browser anda dari masa ke semasa.




7. Rujuk gambar di atas. Admin explore dan dah habis modul "Sekolah Pemikiran". Lepas klik dan habiskan 'video' Integrasi tuh, patutnya admin boleh ke Modul seterusnya iaitu Enam Titik Permulaan. Tapi hampa. Sistem akan berpusing-pusing selama-lamanya. Ini cubaan kali ke 3 buat modul yang sama; selepas dah siap 10 tick hijau tetapi apabila log in hanya tinggal 4 sahaja. Bayangkan betapa membazirnya masa admin melayan sistem neh. 

Nampak tak lingkaran hijau kat tengah skrin tuh? Dia pusing-pusing je dan tak ke modul seterusnya..

8. Selepas beberapa ketika (agak lama juga) admin log in semula sistem tersebut. Paparan adalah seperti di bawah. Cuba perhatikan dengan teliti... bilangan tick hijau telah berkurang. Makin kita habiskan modul bukan makin banyak tick hijau tapi makin kurang.

























102 comments:

  1. Bersabar..tggu loadin untuk setiap peta2 ithink....grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..ithink blh login lagi ke..saya try bukakweb www.ithinkonline.org.my x blh pun..

      Delete
    2. baca balik, rujuk balik kat atas tu link yang betul yer.. kat atas tu tuan blog ada bagi

      Delete
  2. sy da cuba masuk..boleh selesai dlm 3 modul..esoknya, cuba masuk lg, masalah 'plugin unresponsive' plak..minggu depan nk kena buat LADAP i-Think nih..acaner????

    ReplyDelete
  3. bagaimana nak retrieve password klu dh tertekan new password. tq in advance

    ReplyDelete
  4. boleh tmbah nyusahkan ni ek...nasib badan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba nk bgtau yg sistem ni sgt bodoh...sgt tidak sesuai utk yg buta it dan juga yg bijak it...

      Delete
    2. Yang buat web ni xcukup budget kot....macam hampaihhhhh

      Delete
  5. saya masuk tapi Java unresponsive! Berpuluh pulu kali dan berpeluh-peluh install dan uninstalled Java baru dapat nampak. rupa rupayna number lessons adalah 0/998????? sebanyak takat ini ke? lepas buat satu jam, tekan quit tapi bila masuk semula masih 0/998????? dkat 1000 lesson or slides?????

    ReplyDelete
  6. lagi teruk dari dulu. yang dulu rasa lebih mesra pengguna. ini udah download semua yang dia nak pun tak boleh bukak juga. kesian kawan-kawan guru.

    ReplyDelete
  7. Pagi-pagi ni sudah meminta guru-guru log in ke ithink...sukanya pada awal-awal..tetapi selepas pukul 10 pagi pula tak dpt log in..asyik pusing-pusing atau keluar network error...apa ni???sebagai admin lagi kesian dah cuba byk kali install tak dpt dpt...tahun lepas punya ithink lagi senang drp sekarang. Aduhai sakit !!! dan malang nasib admin !!!

    ReplyDelete
  8. sistem pengoperasian jabatan kerajaan standard cap ayam

    ReplyDelete
  9. Memang menyusahkan program ithink yang baru ni. Kenapalah kita kaum guru yang selalu jadi mangsa? Server i-think yang lama jauh lebih efesien dan mesra pengguna? Why do we always go backword?

    ReplyDelete
  10. bagaimana nak retrieve password klu dh tertekan new password ye..harap dapat membantu..tq

    ReplyDelete
  11. Saya dah buat 2014 dulu,tp tak print voucher..camane ek?kene buat semula ke,skrg saya di sekolah baru

    ReplyDelete
  12. Saya sudah selesai semua modul dan lulus pada tahun 2014.Laman web yang lama sudah ditutup.Bagaimana caranya untuk saya print out voucher?Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama keadaan. rasa buang masa

      Delete
    2. samalah kite....dah guane tu....

      Delete
  13. kenapa tak boleh ke modul seterusnya..hanya dpt utk bhgian welcome sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan saya.... sgt frustrating....huh!

      Delete
  14. assalam cikgu. saya pun jadi mcm tu. dah siap 3, dpt tick hijau dah... dh quit mcm diajar dlm video. bila login blk, kena buat dr mula... sakitnya tuh di sini... huhu... membazir lebih dr sejam.

    ReplyDelete
  15. Assalam, samala saya. Dah siap buat pada tahun 2014 tapi tak print voucher. Jadi sekarang macam mana nak print voucer sebab mygfl tu mcm takde rekod menyatakan saya dah selesaikan kesemua modul & skor pun tak ada. Tolong!

    ReplyDelete
  16. Saya dah cuba buka laman KiDT.Tapi tak boleh bukak.Sama tak dengan kawan-kawan yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun sama...ini mesej yg sy dpt...

      Network Error (tcp_error)

      A communication error occurred: "Operation timed out"
      The Web Server may be down, too busy, or experiencing other problems preventing it from responding to requests. You may wish to try again at a later time.

      For assistance, contact your network support team.

      Delete
    2. sya pun tak boleh bukak. aada cara tak

      Delete
  17. Dah 3 kali cubaan tapi tetap dalam 'Frame" HASIL PEMBELAJARAN nak bergerak ke "frame" PENGENALAN tak dapat. Mohon bantuan ya.

    ReplyDelete
  18. apa maksud MyGfL tu...? sapa tahu...

    ReplyDelete
  19. Mengarut semua ni ,, ada baiknya duduk ambil exam.. terbuka sapa guru nak ikut...ikut lah .. terbuka.... x nak x pa.. modul sama mcm i think .. setahun buat 2 kali.. mcm ptk dulu.. tapi hanya utk ilmu bukan ada kaitan gaji...

    menyusahkan kaum guru .. kalau laman web hebat mcm FB ok jga...

    ReplyDelete
  20. saya sudah 2 hari perkara yang sama yg dikomen berlaku.....rasanya i-think dulu lebih mesra

    ReplyDelete
  21. dah banyak kali tp tetap bersabar ........org yg buat program ini kena kuat bersabar ni buang masa bukan menyenangkan guru tak mesra langsung

    ReplyDelete
  22. salam..cg shamsudin, saya ade sedikit kemusykilan.
    saya ade nombor voucher yang 2014 tapi masa tu sy x claim sijil dgn ppd lagi..macam mane ye?

    ReplyDelete
  23. lemah semangat trus nk buat..suma komen negatif je..aduh

    ReplyDelete
  24. tukar laman pun samo aje. xmesra langsung. dah la mcm memaksa berita mcm gah tapi realitinya? kita shj yg tahu

    ReplyDelete
  25. selain mslh server, nk tny assignment kt dlm tu senang ke susah?

    ReplyDelete
  26. cikgu, saya pun sependapat..buang masa benda ni...paling terkini Java 8 kenapa kena guna Java 7? saya tak boleh teruskan sebab masalah Java, walau dah install Java 7...siapalah yang mencipta benda alah ni....ya Allah, rasa nak hempas laptop!

    ReplyDelete
  27. sistem ini memang membazirkan masa dan tenaga guru. Saya juga menghadapi kehilangan tick yang sudah siap sebanyak 5 kali!

    ReplyDelete
  28. saya punya pun sama..buat banyak dah, log out...lepas tu log in, hilang dah...kena buat semual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun..huhu. Dah lebih 10.kali peta dakap tu. Tk naik2 level.

      Delete
  29. makin lama mengadap, makin kurang tick. sistem tak mesra pengguna. sape la yg buat sistem ni.. kl jump depan2, rasa nak jeee... haaaaaaa. dah geram sangat tu!!!!

    ReplyDelete
  30. Salam semua. Nak tanya, ada tak guru di sini yg telah melengkapkan kursus i-Think sblm ini, telah terima sijil TETAPI oleh krn telah dinaikkan pangkat menjadi Pentadbir, diwajibkan menjawab modul pentadbir pula sekarang? Klu ya, bagaimana saya nak daftar modul pentadbir krn apa yg ditawarkan kpd saya ada modul guru shj. Sila beri tunjuk ajar. Terimla kasih.

    ReplyDelete
  31. Menyusahkan org...ingat cikgu ne banyak mase kot...

    ReplyDelete
  32. i cant download d flash...what to do??

    ReplyDelete
  33. saya sudah buat 4 modul. dah click QUIT baru log out... buka balik yang buat sebelumye xde pape. Stress!!! kenapa ye

    ReplyDelete
  34. Sy pun sama. Dh buat sampai A thinking school, n log out mcm cara yg admin ajar. Tp bl log in semula, dpt tick hijau sampai SIM overview je. Buang masa betul.

    ReplyDelete
  35. Saya buat tajuk Defining In Context ni....lebih 40 kali selama 3 hari...selepas quit ulang juga tajuk yang sama. BAZIR MASA aje

    ReplyDelete
  36. nonsense.
    nak masuk page iThink pun kena "think" beberapa kali.

    ReplyDelete
  37. macam mana ye..luahan rasa ketidakpuasan hati cgu kat sini agak2 sampai tak ke org yang sepatutnya?...ada yang perlu dikemaskan lagi... laporkan.

    ReplyDelete
  38. Setelah menunggu hampir sebulan, akhirnya modul yang saya harus lengkapkan diuploadkan untuk saya. Saya bersemangat sungguh dan saya baru sahaja menghabiskan 2 jam untuk melengkapkan 3 modul. Setelah log in semula, satu modul pun tidak direkodkan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  39. Assalam n salam sehati sejiwa...maaf saya ingin bertanya...user id n password utk login masih sama ka seperti yang dulu..sebab saya try login tak dapat2...klik lupa kata laluan pun smpai skrg tak ada d send kata laluan.

    saya juga ingin bertyk...yg lama dulu sek kami suda siap jawab sampai ujian tapi sijil tak ada pun diberikan n bila kawan pindah sekolah, sekolah baru mereka minta sijil saya jadi bingung d mana saya boleh dptkan sijil utk mereka sbb masa d sek kami mereka suda lulus ujian.

    ReplyDelete
  40. Memang MEMBAZIR MASA. Dah buat banyak modul. Klik QUIT. Log in balik semua hilang.

    ReplyDelete
  41. saya ada cara,,,,,buat sampai habis xyah tekan quit tu,,,,makna nya kena mengadap menda tu selama 8-9 jam la,,,buat sampai habis,,,mngkin cara ni berkesan,,,saya da cuba memang menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana ya ckg? blh ckg kongsikan caranya?

      Delete
    2. betul ke cikgu ....8-9 jam buleh habis ke
      habis tu sampai test sekali ke

      Delete
    3. masa yang sesuai 12t/mlm - 5 pagi dan buat mulai modul SOALAN BERPANDU dan terus tanpa henti ke soalan UJIAN TERAKHIR. Hampir 5-6 jam lah. Yang ni jika modul sebelum telah selesai lah.

      Delete
  42. dah berjaya habiskan 2 3 modul.. ikut arahan kene tekan quit kat MF tu... tp memg x pernah di simpan rekod kita.. asyik kene ulang balik dr awal.. kene mengadap strait dr awal sampai habis ke ?? jenuh..

    ReplyDelete
  43. langsung tak kluar apa2. asyik loading je berbulan2.. what a stupid application nie hah?

    ReplyDelete
  44. tolonggggggg.... masih tak boleh login lg oooo....
    adakah sebab java deployment toolkit 7.0.0.147 is known to be vulnerable?

    yg sy punye asyik kluar network error je manjang nyeeee

    ReplyDelete
  45. Saya punya laptop baru format dan install software latest version java flash dan firefox..bila nk buka tak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena guna java 7 jg.... yg lates sistem tak terima.... uninstall yang encik ada tu dan install java 7... baru ok

      Delete
  46. Selepas sistem ithink diupdate 1 mei yg lepas....segala kerja tidak boleh disimpan....berpuluh2 jam telah dibazirkan dengan membuat ulangan kerja....sudah 89% berjaya....tinggal 11% sahaja lagi.....rasa macam nak baling laptop ke dinding jerr.....

    ReplyDelete
  47. Nak tanya. Bagaimana cara nak buat kolaborasi dengan pelajar lain seperti yg diminta dalam modul murid abad ke 21.

    ReplyDelete
  48. Maknanya 1 hari dok depan laptop jgn buat apa2

    ReplyDelete
  49. Sy setuju dgn admin.Selepas beratus kali cuba buat sehingga ke Modul Peta Sebab dan Akibat ,ia kan akan berulang-ulang.Sy cuba buat jwb dlm BI akan dpt "well done".Markah 100%.Dah berjaya ke Modul Peta Titi.Bila buka i Think akan juga ke Modul Peta sebab dan Akibat.Last boring sy berjanji tak akan buat lagi...

    ReplyDelete
  50. xdop pekdoh mugo nih....nyusoh kokram

    ReplyDelete
  51. bodo sistem nih.... loading... x save...loading...x save

    ReplyDelete
  52. sakit hati sbb sy dh habiskan masa dan tenaga buat ithink 2014.bila semak kt JPN nm sya x de.kena buat semula.sakit ati.sistem lama pun x wujud lagi

    ReplyDelete
  53. Hell hello Hello duk duk duk...Hello KPM, Heloo....org Admin... Hello
    Pahamka masalah guru guru ni...
    System tak boleh harap...Hello duk duk

    ReplyDelete
  54. tak yah buat lerrr. nanti dia hilang sendiri punya

    ReplyDelete
  55. Asm.Tuan admin sama jer masalah kita satu Malaysia.Letih,stress,buang masa ,rasa macam tipah tertipu pun ada bila sistem tak mesra pengguna.

    ReplyDelete
  56. new problem...
    error-could not invoke commit.
    Your result may not be recorded.

    ReplyDelete
  57. kalau buat secara offline lepastu hantar keputusan kan senang...ingat sekolah sekolah luar bandar internet 4g ka? Ingat senang nak pakai perahu pg bandar ka? BUAT OFFLINE LEPAS TU HANTAR RESULT ONLINE KAN SENANG................................................................................................................................................................................fish

    ReplyDelete
  58. dh buat benda yang sama berulang-ulang dr smlm -_-

    ReplyDelete
  59. saya nak daftar masuk pun x boleh.. asyik keluar pengesahan gagal.. sila cuba sekali lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. password adalah password.cuba tulis email untuk minta pentadbir reset semula kalau masih menghadapi masalah itu.

      Delete
    2. Bolehkah nak tanya masalah pengesahan gagal sudah selesaikah? Hal ini kerana saya dah berjaya buat beberapa kali tetapi kali ni selepas queit dan nak masuk sekali muncul perkataan pengesahan gagal dan tdk dapat masuk lagi. bolehkah minta tolong.terima kasih

      Delete
  60. susala camni........dahla kita ni byk keja nak buat,ni mghadap laptop berjam-jam,tp masi tk dpt masuk sistem..time-outla,error la....tgula bila kidt ni dah dimurnikan dan mesra pelanggan barulah suru guru2 isi....,ingat masa cuti ni nak settle kidt ni,tp klu dah hari2 problem sama jg,bila la nk siap ni...

    ReplyDelete
  61. penat dah haih sari suntuk dok loading page sama saja...

    ReplyDelete
  62. Inilah yang dinamakan pembelajaran abad ke 21 agaknya. Buang masa guru. Sudah la munggunakan java yang outdated. Sudah habiskan banyak slaid tetapi akhirnya ianya sia-sia. terpaksa mula semula.Tahniah KPM

    ReplyDelete
  63. hujung 2014 dah siap tapi tak print voucher.. masuk 2015 dah busy..lepas tu suami eksiden..terus lupa print voucher..kena buat lagi la benda yg sngat menuntut masa ni..menyesalnya tak sudah...kenapa la tak print

    ReplyDelete
  64. Sapala cipta program ni....tak mesra pengguna langsung....Kalu kat luar negara dah lama banned

    ReplyDelete
  65. Alhamdulillah, selepas berbulan2 mengadap benda ni dengan penuh kesabaran. akhirnya berjaya tamatkan kursus iThink dalam talian ni sampai habis. terima kasih pada semua yg membantu dengan komen2 yang membina.

    Tiba2 terdengar Azan subuh sayup2 kt telinga...rupa2 nya ak mimpi...

    ReplyDelete
  66. Tiada komen yg memuji program ni...sy dah siap buat sampai LULUS...Bila nak print sijil....

    keluar TIMES OUT.Takpe lah boleh terima.Bila buka semula...hampas..balik ke MODUL BINGKAI RUJUKAN???

    ReplyDelete
  67. Salam. Saya baru posting bulan Januari. Saya cuba login dengan no. KP dan guna kata laluan 'password' tetapi keluar 'invalid user'. Adakah saya kena create account dulu tapi dalam web cuma ada sign ini sahaja. Minta bantuan yang pakar. Terima kasih.

    ReplyDelete
  68. Rase nk menyumpah aje buat bende2x yg mambazir masa mcm ni...

    ReplyDelete
  69. TIPS PENTTING!

    JANGAN SESEKALI BUAT I-THINK SECARA BERJEMAAH DI DLM SATU LOCAL NETWORK!

    Server MYGFL nampaknya terkesan dan terkeliru dalam penerimaan paket data yang berbilang IP walaupun anda buat ikut kaedah yang betul iaitu klik butang QUIT dulu (untuk simpan progres kerja anda) pastu baru tutup Pop up window.

    Saya percaya itu antara penyebab banyak Modul Lesson yg anda telah selesaikan (contohnya current Modul 5 tiba-tiba bila re-login jadi Modul 2 atau hilang terus rekod).

    Kelihatannya seperti Server MYGFL terdetect tahap progres org lain yg guna local network yg sama dgn anda. Klu terima tahap yg lebih tinggi xpe lah jgk. Ini tidak... masalahnya dia rekodkan yg paling rendah sekali kemudian save ke progres akaun anda.

    Kalau nak buat buat di rumah sendiri dan tiada sesiapa yang mngakses MYGFL selain anda.

    Sekali lagi KPM dapat Programmer & Pengendali Server cap taik ayam.

    ReplyDelete
  70. Tuan admin, tolong abaikan dapatan saya yang di atas tentang Jangan berkongsdi Network.

    Nampaknya situasi Modul hilang slepas diselesaikan terjadi walaupun tidak berkongsi Network, Jadi dapatan tesbut tidak konklusif tetapi tidak mustahil juga

    Saya telah cuba selesaikan modul sehngga ke tahap "Sekolah Pemikiran" tetapi bila saya Quit dengan kaedah yang betul kemudian Log out & Delete History > bila RE-login, MyGFL hanya detect rekod saya baru selesaikan hingga "Gambaran Keseluruhan I-Think" sahaja!!!

    Memang hampeh pengendali sistem ni...

    buat Cikgu2, x payah lah bersusah payah membazir masa buat kerja x berfaedah ni. Suruh pegawai PPD aje yg buat bagi diorg gile meroyan melayan sistem separuh masak ni.

    Saya percaya mesti ada yg sampai tertinggal kerja yg lebih penting sbb menhadap bende ni kan?

    ReplyDelete
  71. saya dah siap sampai enam titik dalam course ni...lpas quit...kira2 nak smbun balik la... bila log in n tekat continue kluar the course session has ended...xkluar pun pop up untuk sambung course...xpaham...yg heran kat halaman ithink tu dh berpuluh ribu siap..mcm maner dorang buat...mgkn xtutup kot...

    ReplyDelete
  72. Sy juga tak siap2 ithink ni.....tak reti nak download....dah download berulang2 xleh log in plak.....dah boleh login ....takde respon plak bhgn nak jawab soalan n video tu.....last2 dah sibuk semak kertas ujian.....ldp...key in merkah...program sekolah itu ini...terus terlupa....hari ni dtg surat suh sain sama ada buat atau tidak....kena hantar ke ppd....so jawab jujur je la...tak lengkap lagi....semua ni sgt menuntut masa...duit utk internet(terpaksa langgan mini wifi yg unlimited plak tu....mahal gilo bil kena bayar tiap bulan)namun masih tak kesampaian nak siapkan....hati teringin tapi byk lg tugas lain yg perlukan lebih perhatian kt....keluarga...anak2....anak murid yg bmasalah pnp....blm lg dgn kehendak pdp21 lg....hurmmmm.....beginilah keadaan kt cikgu ye ...yg org tak sedari di luar sana....

    ReplyDelete
  73. Letih nak menyiapkan 1 modul ulang perkara yg sama walaupun ikut step yg di beri. Buang masa sakit mata duk mengadap berjam jam..

    ReplyDelete
  74. Terima kasih kepada KPM & pereka I-think sebab kami guru2 Malaysia dah ada hobi baru. Mengadap monitor 24 jam.

    ReplyDelete
  75. tiada faedah dan kebaikan langsung ithink ni.. menyusahkan jer.

    ReplyDelete
  76. dh buat bnyak kali ..tapi setiap kali masuk mst kena wat dari mula...dh click quit..tp bila buka semula..kena wat dr awal..ntah pape la..penat dah

    ReplyDelete
  77. Salam tuan. Saya nak tanya bagaimana untuk selesai pada bahagian A thinking school, kita diarahkan membuat 2 assignment di learning platform. Bagaimana cara untuk membuka learning platform?

    ReplyDelete
  78. Tak payah la nak buat sistem kalu tahap sistem seteruk sehampeh ni. Membazir sahaja duit.

    ReplyDelete
  79. java apa yg ithink guna..boleh sapa2 share...sbb yg dia bg dh x boleh download

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada masalah nak download java kena block....dua laptop saya buat masih tak boleh download java. Ada cara tak? Saya buang antvirus pun masih tetap masalah yg sama.

      Delete
  80. apa gilanya dok mengadap ithink ni...buang karan jaa..kalo xtau buat web lain kali...jgn buat...nyusah orang lagi ada.

    ReplyDelete
  81. dia guna java jaman jepun nuuhh..

    ReplyDelete