Friday, February 26, 2016

SURAT PEKELILING IKTISAS KPM BIL. 2 TAHUN 2016 - STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

Ujian SEGAK sememangnya telah dilaksanakan sejak lama. Rasa admin dah lebih 5 tahun ia dilaksanakan. Tapi bagi tahun 2016, terdapat SPI dan panduan baru untuk pelaksanaannya. SPI itu adalah seperti berikut:









Monday, February 8, 2016

Pelaksanaan Kursus iTHINK Dalam Talian (KiDT) 2016




KiDT untuk iThink kembali lagi untuk tahun 2016. Kursus dalam talian ini pernah dilakukan pada tahun 2014 dan dihentikan sekejap selepas masalah kualiti laman web tersebut. Ya ! sudah tentu masalah kualiti menjadi masalah utama dalam kebanyakkan web jabatan kerajaan ... suatu masalah berulang yang bagaikan tidak ada kesudahan dan jawapan. 

Untuk tahun 2016, dikatakan sesiapa yang sudah menyiapkan kursus dalam talian ini pada tahun sebelum ini dikecualikan. Admin juga sudah ada voucher yang boleh ditukarkan kepada sijil. Tapi malangnya bayang sijil pun tak nampak lagi (setakat post ini ditulis pada 08 Februari 2016) sedangkan kursus sudah dulengkapkan (dan lulus) serta voucher sudah diperolehi pada awal tahun 2015 dan sudah diserah ke PPD pada awal tahun 2015 juga. 

Carian google mendapati arahan untuk melengkapkan kursus ini diperolehi dari JPN Perak, manakala arahan dari JPN / PPD lain belum tersiar pula. Mungkin agak awal dan mengambil masa terutama dalam mood cuti perayaan Tahun Baru Cina neh.



Satu masalah pertama yang admin dapati ialah nak daftar atau log in ke sistem dia. Rupanya kata laluan dia ialah "password". 

Kenapa tak beritahu awal-awal ? 

Dah tertekan pulak "hantar password baru" ke email. Tapi malangnya email pon dah lupa guna yang mana (mungkin dia guna email masa daftar sistem tahun 2014 dulu. Dah 2 tahun kot... mana nak ingat.. bila rujuk email tiada apa apa mesej diterima... mungkin cuti TBC kot.. (sangka baik neh)..

Berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya log in... masalah kualiti menjadi igauan ngeri juga...sama seperti tahun dulu...

Apa pun selamat berkursus di dalam talian... sabar menempuh dugaan... pautan laman KiDT seperti di bawah...



Sila baca dan install program berkaitan sebelum memulakan kursus

Siaran di laman web KPM

Paparan laman web berkaitan




Kemaskini selepas melayari laman web tersebut dan marasai sendiri aplikasi berkenaan:

1. Dari langkah pertama dah boleh kata "OMG ! standard perisian kementerian memang macam neh.. tak mesra pengguna langsung. Anda kena buang MF (Mozilla Firefox), buang semua Java dan aplikasi flash... dan install balik versi yang dia gunakan sahaja. Versi lama atau versi lebih terkini dikira gagal... ikut panduan hasil explorasi rakan-rakan maya di dokumen bawah neh... sangat sedih apabila ianya tidak mesra teknologi (dalam erti kata tak ikut perkembangan zaman). Terima kasih pada panduan dari guru di bawah... selepas admin berkali-kali cuba akhirnya berjaya selepas mengikuti panduan di bawah neh




2. Admin explore sistem neh. Nak quit tuh kena hati-hati. Jangan asal boleh jer nak cepat tutup skrin tuh. Kena klik QUIT kat main MF tuh supaya ianya tersimpan. Baru tutup pop up tuh. Jangan menyesal bila dah buat 10 modul tiba-tiba hilang semua sebab terlupa nak klik QUIT.

3. Admin dah buat 10 benda. Dah dapat 10 tick hijau kat pop up... disebabkan kesuntukan masa, admin pon klik QUIT.. lepas 30 minit admin masuk balik... pilih "sambung pada sesi lepas"... tapi semuanya balik pada asal. Takde lagi kotak hijau berlingkar oren (sapa dah buat tahu lar maksudnya)... maksudnya apa ? kembali pada asal buat dari mula ? 

4. Selepas klik QUIT, admin log out... selepas 30 minit masuk balik.. bila tengok kat pop up tuh tau tak apa berlaku ? Benda yang tadi ada 10 tick hijau sekarang cuma ada 4 jer tick hijau... maknanya apa ? sia-sia jer la keje korang berjam-jam mengadap benda tuh.

5. Kenapa guru je kena buat benda membazir masa, tenaga, wang ringgit neh ? kenapa pegawai kat ppd, jpn, kpm sampai menteri sekali tak kena buat? biar susah sama susah senang sama senang. Rasakan sendiri apa yang berlaku. Jangan apabila guru merungut dipandang sepi dan tiada tindakan pembetulan. Hanya tahu simpati tapi takde tindakan pembetulan pun tak guna juga. 

5. Admin saja explore sistem neh sebab nanti kawan-kawan senang nak rujuk. Ada masalah boleh tolong jawab. Tapi kalau kualiti sistem neh macam gini... memang admin doakan cepat-cepat jer la sistem neh berkubur. Lagi baik dan berkualiti laman web i-think masa zaman 2014 dulu. Lagi senang nak urus dan takde hilang data. Nak lancarkan sistem pun senang.

6. Secara keseluruhan sistem ini menyusahkan. Ianya lebih menyusahkan kerana kesilapan sistem dan 'perangkap' untuk anda hilang data secara tidak disedari. Dalam anda sibuk melayan kursus tersebut di pop up berlainan, paparan browser anda yang lagi satu menjadi tidak aktif. Browser anda yang tidak aktif ini akan "log out" tanpa disedari. Walau anda melayan kursus di pop up tersebut hingga habis, data anda hilang tanpa disedari kerana 'time out' browser anda tersebut. Oleh itu, semasa anda melayan kursus tersebut, sila lihat juga browser anda dari masa ke semasa.




7. Rujuk gambar di atas. Admin explore dan dah habis modul "Sekolah Pemikiran". Lepas klik dan habiskan 'video' Integrasi tuh, patutnya admin boleh ke Modul seterusnya iaitu Enam Titik Permulaan. Tapi hampa. Sistem akan berpusing-pusing selama-lamanya. Ini cubaan kali ke 3 buat modul yang sama; selepas dah siap 10 tick hijau tetapi apabila log in hanya tinggal 4 sahaja. Bayangkan betapa membazirnya masa admin melayan sistem neh. 

Nampak tak lingkaran hijau kat tengah skrin tuh? Dia pusing-pusing je dan tak ke modul seterusnya..

8. Selepas beberapa ketika (agak lama juga) admin log in semula sistem tersebut. Paparan adalah seperti di bawah. Cuba perhatikan dengan teliti... bilangan tick hijau telah berkurang. Makin kita habiskan modul bukan makin banyak tick hijau tapi makin kurang.

























Saturday, February 6, 2016

Julat dan Gred Terkini 2016 Untuk Sekolah Rendah dan Menengah

Pada tahun 2015, pihak LPM telah mengeluarkan julat untuk gred bagi murid KSSR. Namun julat itu telah berubah dan kini disiarkan julat untuk gred tersebut.




Bagi sistem SAPS pula, berikut adalah tarikh yang berkaitan untuk takwim mengisi data. 

Pihak LPM juga menjawab soalan-soalan lazim berkaitan UPSR 2016 seperti berikut:











Monday, February 1, 2016

Modul 1 - Januari 2016 - Ujian tahun 6

Koleksi soalan tahun 2016 membuka tirainya dengan soalan bulan Januari yang merangkumi semua soalan UPSR dengan format baru. Muat turun melalui google drive di pautan di bawah.